Anak perempuan saya berumur 5 tahun dan dia selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam. Kadang-kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya dan meminta ayahnya ataupun saya untuk membawa begnya ke kelas. Saya risau dengan keadaanya. Mungkin disebabkan begnya. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak saya?
Rossa Rembau
Terima kasih atas soalan Puan. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan mengalami sakit belakang pada waktu malam bukanlah perkara biasa dan memerlukan pemeriksaan segera. Ada pelbagai organ yang berkaitan dengan sakit belakang iaitu, tulang belakang (verterbrae), otot tulang selangka, tulang rawan, sistem aliran darah dan paling penting sistem saraf.
Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:
Adakah anak puan mempunyai tulang belakang yang kelihatan bengkok yang tidak normal?
Jika didapati tulangnya bengkok berbentuk S atau C (kyphoscoliosis), boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik dan tidak spesifik.
Ads
Adakah anak puan pernah terjatuh dan terhentak punggungnya / belakang?
Jika pernah, ini berisiko kepada ceper rawan antara tulang verterbra (interverterbral disc) beralih sedikit daripada kedudukan normalnya (Slipped Disc) atau keretakan tulang ?
Sakit belakang akan lebih teruk apabila anak bergerak. Jika sdisebabkan oleh slipped disc, sakitnya boleh menjalar hingga ke dua belah kakinya dan anak boleh berasa kakinya kejang (stiffness).
Ads
Adakah anak puan mengalami demam, sakit belakang yang lebih teruk pada waktu malam?
Jika ada, dia mungkin mengalami keradangan kepada ototnya (myositis) dan tulang belakang (osteomyelitis/diskitis) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, trauma / kecederaan atau penyakit ketumbuhan (tumor/kanser). Selalunya jika ada jangkitan, sakit belakang berlaku lebih teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidurnya. Sekiranya jangkitan kepada saraf, pesakit boleh mengalami kebas, sakit kaki yang tajam dan mengalami gejala kelumpuhan. Ada pelbagai gejala lain yang mungkin
dialami oleh anak seperti kurang selera makan, kelesuan serta kehilangan berat badan. Penyakit yang jarang berlaku yang mempunyai gejala hampir sama seperti di atas, ialah keradangan kepada saraf tunjang (spondylo myelitis / transverse myelitis) akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun yang perlukan pemeriksaan lanjut.
Ads
Secara realistik, kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai bebanan buku yang berat seperti pelajar sekolah rendah atau menengah. Maka, bebanan beg sehingga sakit belakang amat jarang berlaku. Sekiranya anak pernah menjalani latihan fizikal yang berat seperti bersukan sebelum gejala ini dialaminya, kemungkinan sakitnya disebabkan oleh kekejangan otot belakang (muscle strain). Anak akan menunjukkan gejala sakit di bahagian yang spesifik dan lebih teruk dengan pergerakan belakang, berkurangan apabila dia kurang bergerak (berehat).
Sakit belakang dikalangan kanak-kanak perlu dirujuk kepada doktor dan sebaiknya kepada pakar tulang (Orthopedic) supaya pemeriksaan, ujian seperti radiologi, ujikaji darah dapat dilakukan secara teliti. Rawatan yang anak perlukan bergantung kepada diagnosis punca sakit belakang antaranya seperti fisioterapi, ubat penahan sakit, antibiotik / antivirus atau pembedahan. Sila berbincang dengan doktor yang merawat anak Puan.
Sekian, terima kasih
Dr. Hairin Anisa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni yang selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam.
Menerusi Instagramnya, Haziq memanjatnya rasa syukur yang tidak terhingga kerana dipermudahkan urusan kelahiran bayi ketiganya itu. Begitu juga dengan kesihatan isteri yang baik dan semakin sihat.
Menurut kata Haziq lagi, anak ketiganya yang merupakan seorang bayi perempuan ini lahir tepat jam 9.52 pagi semalam.
“Assalamualaikum. 25/5/2022 952am, another princess was born,”tulisnya berkongsi khabar gembira.
Kata Haziq lagi, kali ini dia amat bertuah kerana berpeluang menemani isterinya ketika berada di dewan pembedahan malah dapat memegang tangan isterinya sepanjang detik mencemaskan itu.
Titip ucapan paling sweet untuk isteri
Melalui entri yang sama itu juga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut berterima kasih buat isteri tersayang malah membingkiskan ucapan penuh manis buat isterinya, Ayunda Putri.
“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT.
“Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat. Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Tq so much 🤍,” tulis Haziq lagi.
Dalam pada itu, perkongsian khabar gembira dari Haziq itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan pengikut setianya.
Mempunyai dua orang anak istimewa yang menghidap autisme dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya bukan sesuatu yang mudah buat pelakon Zarina Zainuddin.
Pasti sahaja kedua anak kembarnya Azil dan Azal yang merupakan anak istimewa menghidap autisme tidak mengerti mengenai situasi di luar sana yang kini merbahaya untuk semua orang.
Zarina terpaksa melakukan pelbagai helah demi memastikan kedua anaknya itu kekal duduk di rumah bersama ahli keluarga yang lain.
Antara alasan yang sering digunakan adalah membuat kerja rumah dan bermain badminton di halaman rumah mereka.
“Azil kerap berkeras mahu keluar kerana sudah terbiasa dengan rutinnya membeli barang sendiri sebelum ini. Dia tidak mahu kami yang pergi belikan untuknya. JIka dihalang, dia akan mengamuk dan mula mencederakan dirinya. Ketika itu saya perlu memujuknya dengan betul dan menerangkan mengenai bahaya di luar sana,” katanya.
Walaupun ada kelonggaran terhadap anak-anak autisme sepanjang tempoh PKP ini, namun Zarina lebih suka jika mereka duduk di rumah demi keselamatan masing-masing dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mereka bosan duduk di rumah dan melakukan sesuatu. Biasanya, saya akan suruh mereka buat kerja bersihkan rumah. Kami juga lakukan aktiviti seperti bermain badminton di halaman rumah,” katanya.
Bagaimanapun, sekali-sekala Zarina tetap membawa mereka keluar berdekatan kawasan rumah. Dia juga lega kerana dua anaknya itu patuh apabila diminta memakai penutup muka, mencuci tangan dan menjaga kebersihan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang lain.
Tabah berdepan karenah anak-anak, Zarina memohon orang ramai mematuhi arahan kerajaan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera dan kehidupan biasa diteruskan.
Masalah kesihatan mental bukan lagi isu taboo yang disorokkan dalam masyarakat.
Ramai yang sudah terbuka dan ‘celik’ minda untuk membincangkan masalah kesihatan yang semakin membarah pada masa kini.
Perkongsian ilmu daripada doktor-doktor pakar serta pesakit yang telah didiagnosa oleh doktor telah membuka mata ramai orang supaya tidak lagi memandang remeh tentang isu kesihatan mental.
Kesedaran masyarakat yang semakin meningkat turut membantu para pesakit untuk lebih berani tampil berkongsi pengalaman masing-masing.
Untuk pengetahuan semua, kesihatan mental itu sendiri mempunyai pelbagai cabang dan perbezaannya.
Bukan semua orang mempunyai masalah mental yang sama, dan hanya doktor pakar sahaja yang berhak untuk memeriksa dan membuat pengesahan jenis sakit mental yang dihadapi pesakit.
Senaman Ringan Kurangkan Risiko
Menurut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri, Pensyarah, Penulis dan Mental Health Educator Vice President II I-Medik bila seseorang mula rasa down, lesu, serabut dan tertekan, mulalah bersenam.
SENAMAN RINGAN BANYAK MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO UNTUK SESEORANG UNTUK MENDAPAT MASALAH DEPRESI.
Ini kerana menurut fakta perubatan, aktiviti fizikal terutamanya senaman secara sederhana akan meningkatkan hormon-hormon seperti berikut:
Serotonin – memperbaiki mood
Dopamine – memperbaiki motivasi
Endorfin – mengurangkan kesakitan badan
Adrenalin – meningkatkan tenaga
Selain itu menurut Dr Rozanizam lagi, senaman secara konsisten juga meningkatkan nama kimia otak neurotrophin yang berfungsi memperbaiki kerosakan dalam otak manusia.
Bahkan kajian yang dilakukan oleh Harvard Public Health School turut menunjukkan berjalan kaki dan berlari secara kerap dapat mengurangkan sebanyak 26 peratus risiko masalah depresi atau kemurungan.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.