Ada kajian yang menyebut, kanak-kanak yang mempunyai gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) mempunyai tulisan tangan tidak cantik. Apakah yang sebenarnya menyebabkan tulisan tidak cantik ini?

Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami Gangguan Hiperaktif

Apakah yang dimaksudkan dengan ADHD?

Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian atau ringkasnya ADHD adalah sejenis masalah kesihatan mental yang boleh menyebabkan tingkah laku hiperaktif dan impulsif yang melebihi tahap normal.

Mereka yang mempunyai ADHD juga mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian pada satu-satu tugas atau tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang panjang.

Kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak boleh menghidap ADHD. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), peratusan kanak-kanak yang menghidap ADHD semakin meningkat pada masa sekarang.

Terdapat banyak tanda dan gejala ADHD yang boleh berlaku. Ada yang mungkin agak tersembunyi, malah ada juga simptom yang sangat jelas kelihatan.

Sebagai contoh, jika anak anda mempunyai kemahiran tingkah laku yang lemah, kesukaran akademik, atau masalah dengan kemahiran motor, ia mungkin merupakan antara tanda bahawa mereka menghidap ADHD.

Tulisan tangan yang lemah atau agak buruk juga dikaitkan dengan tanda-tanda ADHD.

Bolehkah ADHD menjejaskan tulisan tangan anak anda?

Berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam jurnal Learning Disabilities Research and Practice, terdapat banyak kajian sebelum ini yang telah mengaitkan antara ADHD dengan tulisan tangan yang boleh dikatakan sebagai tulisan buruk.

Tulisan buruk ini mungkin melambangkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ADHD mengalami kemahiran motor yang terjejas.

Kemahiran motor adalah kemampuan seseorang kanak-kanak itu untuk membuat pergerakan dengan tubuh badan mereka.

IKLAN

Kemahiran motor kasar adalah melibatkan pergerakan besar, seperti berlari. Manakala kemahiran motor halus pula adalah pergerakan yang kecil seperti menulis.

Kajian yang diterbitkan itu menyatakan bahawa, separuh daripada keseluruhan kanak-kanak yang mengalami ADHD mempunyai masalah dengan kedua-dua kemahiran motor kasar dan juga halus.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah dengan kemahiran motor halus, seperti pergerakan tersentak dan kawalan tangan yang lemah, ini akan menyukarkan mereka untuk menulis dengan cepat dan jelas.

Tulisan tangan yang kurang cantik boleh buatkan anak anda hilang keyakinan di sekolah

Akibat daripada hal ini, guru di sekolah mungkin melabelkan kerja mereka sebagai satu kerja yang comot atau tidak kemas.

Rakan-rakannya yang lain juga mungkin akan mengejek mereka terutamanya jika melibatkan kerja berkumpulan.

Pengalaman seperti ini mungkin akan menimbulkan perasaan kecewa dan rendah diri, yang boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi anak anda di sekolah dan di kawasan lain.

Selain itu, mereka mungkin mula mengelak daripada melakukan tugasan yang memerlukan banyak tulisan tangan.

IKLAN

Sekiranya anak anda mengalami banyak masalah dengan tulisan tangan mereka, bawalah si kecil untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.

Ini mungkin merupakan tanda ADHD atau gangguan lain.

Sekiranya anak anda telah didiagnosis dengan ADHD, tanyakan kepada pakar psikiatri mengenai strategi rawatan danat m latihan yang mungkin dapembantu mereka menulis dengan lebih mudah dan jelas.

Bolehkah tulisan tangan yang buruk akibat ADHD ini dirawat?

Sekiranya anak anda didiagnosis mempunyai ADHD, pakar psikiatri biasanya akan mengesyorkan rancangan rawatan.

Ia mungkin melibatkan kombinasi obat, terapi tingkah laku, kaunseling, dan perubahan gaya hidup.

Beberapa rawatan dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis tangan mereka, serta gejala ADHD yang lain.

IKLAN

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Attention Disorders menunjukkan, ubat perangsang mungkin dapat membantu meningkatkan tulisan tangan yang lebih baik dan cepat dalam kalangan kanak-kanak ADHD.

Tetapi kajian turut menyatakan bahawa pengambilan ubat sahaja tidak mencukupi. Kanak-kanak yang mempunyai tulisan tangan yang lemah pada awal kajian terus mengalami masalah yang sama pada akhirnya.

Dengan kata lain, tulisan tangan mereka menjadi lebih baik melalui pengambilan ubat-ubatan, tetapi masih ada ruang untuk mereka memperbaikinya.

Satu lagi kajian dalam jurnal CNS & Neurological Disorders telah mengkaji kesan ubat-ubatan dan latihan kemahiran motor pada kanak-kanak dengan ADHD.

Kanak-kanak yang mendapat latihan kemahiran motor sahaja, atau bersama dengan ubat-ubatan, menunjukkan peningkatan dalam kemahiran motor kasar dan halus mereka.

Sebaliknya, mereka yang menerima ubat sahaja tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Latihan kemahiran motor khas, dengan atau tanpa ubat, dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran tulisan tangan yang lebih baik.

Kesimpulan 

Jika anak anda mempunyai tulisan tangan yang boleh dianggap sebagai tulisan buruk, bawa mereka untuk berjumpa pakar psikiatri untuk memastikan sama ada mereka mempunyai gangguan ADHD atau tidak.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI