Kesihatan

Perintah Kawalan Pergerakan, Sebaiknya Duduk Kat Rumah. Kalau Bosan Boleh Buat Eksperimen Dengan Anak-anak Macam Kevin Zahri!

Share

Semalam Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok sehingga 31 Mac 2020. Semua tadika, taska, sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup sepenuhnya.

Malah premis kerajaan dan juga swasta turut ditutup bagi membendung penularan pandemik covid-19 yang semakin hari semakin meruncing di seluruh dunia. Sehingga semalam 16 Mac 2020 Malaysia telah mencatatkan sebanyak 553 kes positif dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Waktu dua minggu yang ada ini boleh digunakan oleh ibu dan ayah untuk meluangkan masa bersama anak-anak sebaiknya. Rancang aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan bersama supaya anak-anak tidak bosan sepanjang dua minggu berada di rumah.

Eksperimen basuh tangan guna sabun

Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah membuat eksperimen yang menarik seperti yang dilakukan oleh Kevin Zahri dan anak-anaknya ini. Seperti yang kita sedia maklum salah satu langkah pencegahan dan mengurangkan risiko penularan virus covid-19 adalah sentiasa memastikan tangan berada dalam keadaan bersih.

 

Kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun selain menggunakan hand sanitizer amatlah digalakkan pada masa sekarang. Tapi biasalah anak-anak kalau tak disuruh liat nak membasuh tangan.

Eksperimen yang dibuat oleh Kevin dan anak-anaknya Rafael dan Mikaela untuk menunjukkan kepada kanak-kanak keberkesanan membasuh tangan menggunakan sabun untuk melawan kuman.

Dalam video tersebut Kevin menggunakan barang-barang yang ada di rumah untuk eksperimen tersebut. Antaranya bekas yang berisi air kosong, serbuk lada hitam dan juga sabun basuh tangan.

Mikaela dan Rafael turut melibatkan diri dalam eksperimen tersebut dengan mencelupkan jari mereka ke dalam bekas yang dikatakan mempunyai kuman itu. Menurut Kevin eksperimen yang dibuat bagi menjelaskan kepada anak-anak kenapa mereka perlu membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.

Aktiviti-aktiviti sebegini memang bagus untuk dilakukan bersama si kecil di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengan menjaga kebersihan seperti ini semoga penularan virus dan juga kuman lain yang ada dapat dibendung. Stay safe everyone!

Sumber: Kevin Zahri

 

Published by
SAHR