Viral kisah seorang ustaz yang menempelak wanita yang meletakkan hantaran tinggi tetapi mempunyai masalah ketidakteraturan haid setiap bulan membuatkan doktor selebriti, Dr Say tampil berkongsi fakta mengenai hal ini.
Kata bapa kepada dua cahaya mata ini, tidak adil meletakkan masalah ketidaksuburan di tangan wanita dan jauh sekali hanya disebabkan masalah haid yang tidak teratur.
Tidak hanya tampil berkongsi fakta, malah doktor kesayangan ramai ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika menanti anak pertama yang seharusnya dijadikan contoh bahawa bukan wanita penyebab utamanya.
“Semalam saya terjumpa message seperti gambar kedua & sekali lagi, terduduk saya dibuatnya. Tak pernah saya dengar sepanjang hidup yang keteraturan period mempengaruhi hantaran seorang wanita.
“Ustaz ni tak mahir sains rasanya. Kalau nak cakap keteraturan period mempengaruhi kesuburan meh saya cerita science-nya. Ketidaksuburan 30% adalah disebabkan kesihatan wanita, 30% disebabkan kesihatan lelaki, 30% disebabkan kedua-dua lelaki & wanita & 10% tidak dapat dikenalpasti puncanya.
“Bukannya 100% ketidaksuburan disebabkan oleh kesihatan wanita. Malah saya pasti ramai je followers wanita saya yang period tak teratur kat sini ada zuriat.
“Jadi agak mengecewakanlah bila ustaz ni berhujah sebegitu sebab ia memberi persepsi yang buruk kepada wanita yang periodnya tidak teratur sebab tak semestinya period tak teratur bersamaan tak subur.
“Bercakap mengenai poligami pulak, memang dalam Islam ada dinyatakan keharusan berpoligami adalah sekiranya isteri mandul tapi dari pengalaman saya bertanya kepada pakar-pakar fertiliti & pakar sakit puan, majoriti suami tak buat pun ujian kesuburan sebab ramai yang masih berpemikiran ketidaksuburan 100% disebabkan wanita.
“Padahal ujian kesuburan lelaki SATU SAHAJA. Tu pun egois taknak buat. Pastu bagi alasan bini aku tak subur maka aku dibenarkan kahwin lain padahal silap-silap ko yang tak subur,” tulisnya.
Lima tahun tunggu cahaya mata
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut berkongsi kisah dirinya yang menunggu zuriat pertama mereka hampir lima tahun lamanya. Semuanya disebabkan oleh ketidaksuburan yang dialaminya.
“Doc apa tau, doc ada zuriat”. Saya & wife dulu mencuba hampir 5 tahun untuk mendapatkan zuriat sebelum kami dikurniakan anak pertama kami.
“Macam-macam teguran bini dapat “Dr Azu jangan jalan laju sangat nanti susah melekat”, “Dr Azu jangan gym teruk sangat nanti peranakan tersumbat”.
“Sekali bila check, saya yang tak subur, sperma pelbagai bentuk. In a nutshell wahai para lelaki, jangan ingat luaran kita sihat dalaman kita turut sihat sebab zaman sekarang ni banyak sangat kes lelaki tak subur.
“Dan zuriat bukanlah penentu kebahagiaan. Semuanya bergantung kepada pasangan suami isteri tersebut. Kalau kedua-dua rasa saling melengkapi trust me itu dah cukup memadai. Stop berfikiran kolot,” tulisnya berkongsi.
View this post on Instagram
Menarik: Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan, Erynne Erynna Mohon Doakan Anak, Ada Masalah Duplex Kidney!
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI