Biasanya kebanyakan ibu-ibu bila memasak, selepas menggunakan kuali atau periuk akan berus bersungguh-sungguh di bahagian dalamnya saja. Manakala dibahagian luar hanya dicuci dengan sabun untuk menghilangkan minyak.
Ini kerana ramai beranggapan nak menyental semula kuali dan periuk yang bahagian bawahnya dah hitam mesti akan ambil masa yang lama juga. Bila dari sehari ke sehari dibiarkan, kerak semakin tebal dan warna periuk di bahagian bawah juga semakin bertambah hitam.
Sampai satu masa, kita pula rasa sakit mata melihatnya. Nak buang sayang sebab elok dan masih boleh digunakan lagi. Jadi macam mana nak buat?
Tip yang dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sangat menakjubkan. Memang kagum sangat sebab walaupun periuk dah berusia lebih 20 tahun tetap boleh berkilat macam yang baru. Memang wow!
Nak share satu petua yang memang diamalkan sejak sekian lama. Tiap-tiap hari kita Masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih. Pastu bolehlah sental periuk kita.
Bilas dan cuci bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah!
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Haa, berkilatkan. Boleh cuba lakukan dengan dua tip ni je. Cuma rajin atau tak je. Kalau berdisiplin memang boleh nampak macam baru je semua periuk dan kuali di dapur kita.
Kredit: Zainun Mamat
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)