Bila pergi rumah orang, tengok kuali, periuk berkilat kadang terdetik dalam hati “Rajinnya cuci periuk, tak nampak langsung kesan hitam atau minyak yang melekat.” Ini respon secara automatik.
Mungkin bagi sesetengah individu tak kisah sangat bab periuk, kuali yang ada kesan hitam, janji dapat masak di rumah. Cuma bagi sesetengah orang memang lepas masak akan terus gosok sampai licin dan berkilat. Bukan pasal cerewet tetapi dah terbiasa.
Apa-apa pun ia terpulang pada anda. Jika dapat tahu rahsia ini pun sangat bagus. Sekurang-kurangnya periuk, kuali yang digunakan dapat tahan lama. Sebab tu zaman mak-mak kita dulu, walaupun periuk belanga dah guna berpuluh tahun, sampai dah ada cucu dan cicit pun masih elok lagi.
Sekarang ini pun, dah banyak bahan cucian yang dijual di pasaran untuk menjadikan periuk sentiasa berkilat dan kesan hitam mudah tanggal.
Bagi anda yang nak tahu rahsia Puan Mariyah Ghazali sehingga periuk, kuali di rumahnya berkilat walaupun lebih 8 tahun digunakan hanya satu bahan sahaja iaitu menggunakan sabun mandi.
Lagi satu cara yang dipraktikkan adalah lepas masak, jangan bertangguh untuk mencuci permukaan bawah periuk atau kuali tu. Jika terus berus, memang mudah nak hilangkan kotoran itu. Apa yang menjadi masalah, kebanyakan kita hanya membasuh dibahagian dalam sahaja. Itu yang menyebabkan bila lagi lama, lagi tebal kesan kotoran minyak sehingga berkerak dan hitam.
Bila dah jadi macam ni, semestinya kita pun malas nak memberus dan biarkan sehingga hitam.
Apabila dah nampak kehitaman, nak sental bukan mudah sampai ada yang cuba kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.
Sebelum ini pun, cara Mariyah mengemas dan menghias rumah rakitnya pernah tular sehingga mendapat pujian ramai. Walaupun bukan rumah mewah, tetapi dekorasi dan kebersihannya sangat tip top.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pernah berkongsi yang dia akan pastikan sebelum nak keluar ke mana-mana atau nak tidur rumah wajib dalam keadaan kemas.
Ada anak kecil bukan halangan untuk rumah sentiasa kemas. Semuanya atas diri masing-masing. Rumah kecil atau besar, bukan alasan sebab syurgaku rumahku.
Kredit: Mariyah Ghazali
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)