
Musim perayaan ini periuk kuali harus dibersihkan sebersihnya sebelum disimpan kemas semula. Namun periuk berkerak lagi-lagi selepas hangus dan rentung dek kerana terlupa tutup api buat kita rasa down. Memang payah hendak membersihkannya.
Tak perlu sental lebih-lebih, kaedah mudah dengan air rendaman bahan ini sebenarnya sangat membantu. Jom cuba perkongsian tip Makudacun Ibra.
Hai semua, teman nak share tip yang berguna untuk mak-mak kat dapur, biasa kita selalu nampak post kes terlupa semasa memasak , almaklum kadang kita ralit pada kerja yang lain atau kadang terlena, tau-tau ada ada bau semerbak satu rumah.
Maka mula la kita panik, sedih, kecewa sebab periuk sudah hitam, tetambah kena periuk yang agak mahal, maka disini teman kongsikan cara bagi periuk tu bersinar kembali.
Sebenar ada 7 cara tapi yang ini salah satu cara yang pernah teman cuba dan menjadi, kita guna bahan yang ada kat dapur saja iaitu menggunakan baking powder atau soda bikarbonat dicampurkan bersama lemon atau cuka.
Kalau tak ada soda bikarbonat kita boleh guna baking power sahaja pun dah ok.
Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
Biarkan sejuk lepas tu masukan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik keseluruhan periuk rendamkan.
Biarkan berapa jam kemudian barulah disental, kadang-kadang ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manda dah berkilat semula.
So mak-mak semua selamat mencuba ye.
P/s periuk stanless steal lebih menyerlah.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Nak Jadi Ibu Ayah Yang Baik, Cuma Ilmu Parenting Ni Kita Terlupa!

Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.
Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan.
Bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah mereka mencapai umur yang matang. Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim
Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.
Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan:
- Ilmu yang mencukupi
- Menjadi model yang terbaik
- Tetapi anda mungkin tertanya-tanya:
Bagaimanakah anda boleh dapat dan belajar setiap ilmu parenting yang diperlukan dalam mendidik anak saya?
Proses pendidikan anak bermula sejak dari kandungan lagi. Ya, ia bermula sejak dari awal lagi.
Mempunyai anak bijak dan berakhlak adalah impian semua ibu-bapa. Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir
Bagaimana ia dilakukan? Semestinya perkara ini dimulai oleh ibu dan bapa itu sendiri.
Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan.
Walaupun Islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang antara kita mengambil perhatian tentang perkara tersebut.
Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam.
Antaranya adalah:
-Mengamalkan solat wajib dan sunat
-Mengamalkan zikir
-Membaca al quran
-Membaca buku buku ilmiah
-Berbual dengan anak dalam kandungan
-Menjaga adab pergaulan dan emosi
-Tidak tertekan atau stress
-Lakukan kerja kerja ringan di rumah
-Makan makanan yang baik dan halal serta suci
-Buang segala perasaan dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
-Sentiasa senyum dan bersabar
-Terdapat banyak penyelidikan mengenai kesan suara seorang ibu kepada anak yang dikandung dalam rahim.
Apabila seorang ibu membaca dengan kuat, suaranya mempunyai kesan menenangkan pada bayi yang belum lahir atau bayi yang baru lahir.
Adalah lebih baik, jika ibu itu dapat membaca ayat al-Quran untuk diperdengarkan kepada bayi di dalam rahim.
Ini kerana, bayi amat kenal dengan suara ibu mereka. Oleh itu, adalah disarankan untuk ibu yang sedang mengandung melazimi 7 Surah Amalan Ibu Mengandung Ini. Semua ini memberi kesan ke atas keperibadian anak.
Ibu yang baik akan melahirkan anak yang patuh perintah Allah.
Jika anda ingin melahirkan generasi pencinta agama dan taat pada ibu bapa, amalkanlah amalan-amalan mulia sepanjang kehamilan.
Selain daripada memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan, amalan-amalan ini juga akan turut membantu kepada si ibu itu sendiri sepanjang proses kehamilan.
Ia secara tidak langsung akan membuatkan si ibu lebih tenang, kuat dan bersedia untuk menghadapi proses bersalin.
Sebagai panduan, anda boleh mengamal membaca doa mudah bersalin ini.
Bagaimana Mendidik Anak Dengan Betul Sepanjang Proses Pembesaran Mereka?
Sebagai ibu bapa kita pasti mahu membuat yang terbaik untuk anak-anak. Itu adalah pasti.
Mendidik anak bukan sekadar proses spontan yang berlaku secara semulajadi, namun merupakan amanah yang amat didorong oleh syarak.
Tidak dinafikan bahawa manusia secara semulajadinya mahukan anak mereka menjadi orang ‘baik’.
Walau jahat sekali pun seorang ibu bapa, hati kecilnya tetap mahukan si anak menjadi orang yang berguna dan taat.
Naluri semujadi manusia akan menggerakkan dirinya untuk mengasuh dan mendisiplinkan anak-anak.
Dalam Islam, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak bukan sekadar terbit daripada kemahuan naluri, bahkan ia adalah satu tuntutan agama.
Firman Allah:
Dan hendaklah engkau menyuruh ahli keluargamu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.. (Surah Thaha ayat 132)
Solat yang dinyatakan dalam ayat di atas menjadi simbol kepada tema pendidikan anak yang dikehendaki oleh agama.
Solat menjadi tapak kukuh kepada pembangunan kecemerlangan individu.
Dalam solat terkandung ketaatan, disiplin, kesabaran, kawalan perlakuan, penyucian jiwa, ketajaman tumpuan akal serta kepatuhan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sebagai panduan, terdapat beberapa cabang ilmu parenting dalam Islam yang harus kita ketahui:
-Pendidikan Akidah
-Pergaulan
-Jasmani
-Pendidikan Emosi
-Pembentukan Pemikiran
-Memupuk Adab & Akhlak
-Kita harus maklum bahawa soal pendekatan boleh berubah-ubah mengikut peredaran zaman, namun prinsip-prinsip asasi pendidikan anak tetap sama.
Secara Ringkas Mengenai Setiap Cabang Ilmu Parenting Ini:
1. Memberi Didikan Akidah
Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.
Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Asas-asas keimanan meliputi keyakinan kepada Allah, rasul, malaikat, akhirat, kitab serta qadak dan qadar.
Pendidikan keimanan ini memerlukan pendedahan bijaksana dan ingatan berterusan, lebih-lebih lagi kerana melibatkan perkara-perkara ghaib.
Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman.
Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.
2. Didikan Adab & Akhlak
Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkahlakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.
Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.
Antara adab-adab yang perlu diterapkan dalam diri anak adalah:
- Berakhlak Mulia – segan, mulia diri
- Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan
- Cara duduk – elakkan daripada duduk bersilang kaki hadapan orang dewasa dan meletak tangan di bawah dagu (menongkat dagu)
- Mengajar anak batasan aurat dengan ajnabi dengan tidak tidak membiasakan melihat maksiat dan menonton filem-filem yang mendedahkan aurat
- Menjaga lidah – tidak berbohong, tidak menyembunyikan kesalahan dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat
- Antara kejayaan besar ibu bapa adalah apabila anak-anak dapat memiliki akhlak dan kesopanan yang tinggi baik dalam berbicara, di hadapan rezeki dan di khalayak ramai.
3. Didikan Membina Pemikiran
Keluarga Islam adalah keluarga yang mengutamakan ilmu.
Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.
Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.
Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.
Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif.
Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:
Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya
Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya
Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain
Dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan
Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri.
Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.
4. Didikan Kecerdasan Emosi
Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.
Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.
Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:
- Anak-anak perlu dibiasakan dengan budaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi.
- Galakkan anak berinteraksi dengan berani dan bebas
- Ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di sekolah, baik dalam kelas mahupun dalam aktiviti kokurikulum
- Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah.
- Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu
- Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa.
Usaha pendidikan begini bukan sahaja untuk kebaikan ibu bapa itu, bahkan juga untuk maslahat ummah yang memerlukan penggerak dan pemimpin ummah yang berkesedaran serta cemerlang.
Kesimpulan: Kejayaan Mendidik Anak Juga Bergantung Bagaimana Anda Menjadi Role Model. Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata.
Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.
Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.
— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda?
Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.
Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.
Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.
Sumber: akuislam.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhenti Reward Anak Pada Perkara Tak Sepatutnya, Tanpa Sedar Kita Ajar Anak Berkelakuan Buruk!

Dalam kita mendidik anak, ada waktunya kita tak perasaan kita tersalah mendidik malah kita jugalah punca anak jadi makin pelbagai ragam dan sikapnya.
Memberi anak ganjaran atau reward terutama ketika anak tantrum dan menyamuk bukan satu langkah bijak. Penulis keibubapaan, Ahmad Fhais Salim berkongsi tip ini buat panduan semua. Jangan salah langkah.
Tanpa sedar, kita sebenarnya yang galakkan anak berkelakuan buruk!
– tantrum
– merengek
– baling barang
– hempas pintu
– lawan cakap
Dan macam-macam lagi kelakuan buruk. Kena aware tentang ni.
Sebagai contoh :
Anak tunjuk protes, mengamuk, tantrum dan dia baling barang gara-gara dia minta nak main telefon kita tak bagi.
Puas slowtalk, semua tak berhasil. Selagi tak dapat telefon selagi tu dia protes.
Sudahnya, kita kerana malas nak panjang cerita dan kadang ada rasa tak sampai tengok anak menangis, kita pun bagi la telefon untuk buat dia diam.
Serius ini la silap paling besar kita. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang, REWARD KELAKUAN BURUK !!
Tanpa sedar kita sebenarnya sedang bagitahu anak bahawa bila dia berkelakuan buruk macam tu dia boleh dapat apa sahaja yang dia nak.
Ini bakal jadi penyesalan seumur hidup kita, serius! Sekali dah di buat susah kita nak di putar balik masa.
Kena berhenti reward kelakuan buruk dan patut banyakkan reward kelakuan baik dia.
Baru la dia rasa ada MAKNA jika dia buat kelakuan baik. Bila baik dapat reward, bila buruk tak dapat apa-apa.
Kena tegas, biar la anak melalak meraung macam mana pun jangan bagi reward, jangan bagi telefon yang di mintanya.
Buat cara ni :
Bagitahu anak. “Nak telefon kena ikut apa ibu suruh ni!”
1 – Tarik nafas
2 – Hembus nafas
3 – Urut dada
4 – Sebut sabar, sabar
Selain dari dapat anak berkelakuan baik, dalam masa sama dapat juga ajar anak cara untuk urus emosi diri sendiri.
Nampak simplekan? Tapi ini la yang paling susah sekali nak istiqomah buat kalau kita tak tahu panduan yang betul nak urus masalah kelakuan buruk anak.
Wallahu A’lam,
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Modal Hanya RM2.10, DIY Sticker Label Sendiri Untuk Anak, Mudah Sungguh!

Tak perlu menulis dengan tangan, label sticker untuk menulis nama anak dan sebagainya ini cukup membantu memudahkan kerja-kerja ibu. Tak perlu menempah sticker, apa hanya anda buat sendiri label sticker ini sendiri.
Perkongsian pengguna Facebook, Ezzaty Liyana ini mak-mak kena cuba. Memang senang tapi kena fokus. Modal RM2.10 sahaja!
Malam ni saja lah nak SHARE something yang rasanya tak ramai tahu rupeanya easy peasy je nak buat CUSTOM STICKER LABEL ni.
Senang sangat rupanya nak buat sticker ni. Boleh tampal kat buku sekolah atau alat tulis anak-anak.
DIY sendiri bermodalkan RM2.10 je semestinya barang dari Eco Shop.
EL tunjukkan step by step ya!
1. Open Microsoft Word.
2. Klik “MAILING” dan “LABELS”.
3. Kemudian, klik “OPTIONS”.
4. Pilih “NEW LABEL”.
5. Namakan template sticker korang. El remark 4141**** tu actually barcode sticker tu. So, lepas ni senang beli je barcode yg sama.
6. Tukar page size to “CUSTOM”.
7. Page width & page height tu ukuran kertas sticker korang. Make sure ukur dengan pembaris.
Ukuran dr hujung kertas ke hujung kertas
8. Kira bacaan top margin & side margin. Kalau boleh, jangan bundarkan. Biar je 0.25cm camtu. Jangan bundar kepada 0.3cm. Margin akan lari nnt.
Cara ukur top and side margin boleh refer kat gambar dan arrow.
9. Masukkan label height and width. Ukuran label ni adalah ukuran sticker korang.
Tengok dalam kotak putih tu dan refer anak panah cara untuk ukur.
10. Vertical pitch and horizontal pitch ni agak mengelirukan sikit. Hati hati!
Vert ~ ukuran dr mula sticker atas hingga mula sticker bawah.
Hor ~ ukuran dr mula sticker kiri hingga mula sticker kanan.
Rujuk anak panah untuk lebih jelas.
11. Number across & down ni paling penting supaya jarak sticker korang tak lari. Kena kira betul².
Num across ~ jumlah sticker dr kiri ke kanan
Num down ~ jumlah sticker dr atas ke bawah
12. Lepas dah siap masukkan ukuran, klik OK.
13. Ruangan address tu, taip apa yang korang nak print kat sticker tu.
14. Kalau nak tukar tulisan atau size, right click je.
15. Pastikan korang pilih “FULL PAGE…”
16. Print!
Oppss! Sebelum print dekat kertas sticker. Korang print dulu atas kertas biasa. Potong ikut ukuran sama dgn kertas sticker. Lepas tu tekap kertas tu atas kertas sticker dan check semua tulisan masuk dalam kotak ke tak. Kalau semua cun, korang boleh proceed print atas kertas sticker.
Yeayyy! Done one for me and one for imany. 🙈 Ada balance lagi 13 sheets.
Untuk sesiapa yg laptop dia setting ukuran dalam inch (“), El tunjukkan kat ruang comment how to change it from inch to cm.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI