Kehilangan serentak tiga anak. Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila kereta yang dinaiki mereka sekeluarga telah terbabas dan melanggar treler di lorong kiri lebuhraya petang semalam (16 Disember).
Kemalangan membabitkan Perodua Axia dengan treler itu berlaku secara tiba-tiba sehingga semua mangsa tersepit dan tiga anak lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu yang juga pemandu kereta terbabit cedera parah.
Menerusi laporan Harian Metro, kemalangan membabitkan Perodua Axia dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.
Katanya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.
Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.
Katanya, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.
Ads
“Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.
“Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Terbabas sendiri
Ads
Menurutnya, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Bedah siasat akan dijalankan jam kira-kira 3 petang ini manakala Aimi masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Panggilan ayah dijawab oleh pegawai polis
Ads
Sementara itu, dalam laporan Metro juga, bapa Nur Aimi, Abdul Rahim Sidek, 58, terkejut apabila panggilannya untuk bertanya perjalanan Aimi bersama tiga anak dijawab oleh pegawai polis yang memaklumkan anak dan cucunya terlibat kemalangan.
Abdul Rahim berkata, Nur Aimi Nadiah bersama tiga cucunya baru pulang ke kampung di Kampung Bukit Nibong, Melaka.
Katanya, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang kerana Nur Aimi bekerja di negeri itu.
“Sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung,” katanya kepada Harian Metro.
Sumber: Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kisah ini telah berlalu namun mana mungkin hilang dari ingatan seorang ibu. Dia yang menyaksikan bagaimana anaknya yang ceria bertukar lemah dan akhirnya tidak sedarkan diri hanya disebabkan oleh demam biasa pada mulanya.
Bukan tak reda dengan ketentuan, cuma hati ini rindu pada anak syurga. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah anaknya, Puan Farrah ingin menasihati semua ibu bapa lain agar berhati-hati sebelum memberikan sebarang ubat kepada anak terutama ubat supp Voren. Menurutnya, ketika itu dia tidak tahu anaknya salah seorang mangsa influenza B. Ubat supp Voren tidak boleh diberikan kepada pesakit influenza dan juga denggi kerana boleh menyebabkan komplikasi lain.
Ketika ditemuramah, dia berkata “Voren selamat jika ujian darah mengesahkan anak memang bukan influenza dan demam denggi, Kalau ada influenza atau demam denggi itu bahaya,dia akan serang otak bagi influenza dan bleeding bagi demam denggi
“Ramai yang keliru..Supp penting untuk turunkan suhu yang sangat tinggi, jika demam biasa
“Saya bagi dia Supp sebab saya tak tahu dia ada influenza dan saya pun ketika itu tak tahu bahaya Supp Voren kepada pesakit influenza dan pesakit demam denggi.”
Arwah Salah Seorang Mangsa Influenza
Arwah Internal Bleeding
Arwah Menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05am
Dari Dulu Arwah Guna Supp Voren Untuk Turunkan Suhu Badan
Maafkan Mama Tak Menjaga Baby Dengan Baik & Tak Jadi Mama Yang Baik
Sesi persekolahan yang dah bermula sejak awal tahun lalu memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak tahap satu kerana dah tak perlu memikirkan untuk berdepan dengan peperiksaan.
Tapi adakah ibu bapa tahu sebab disebalik idea Kementerian Pendidikan berbuat demikian. Mungkin ada yang tahu tetapi masih lagi ibu bapa yang kurang jelas mengenainya.
Berikut perkongsian dari Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau.
Beri fokus kepada kepelbagaian potensi murid antara 10 sebab Kementerian Pendidikan memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata sebab atau faktor lain yang mendorong kepada pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik selain pelajar juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka.
“Pemansuhan itu turut membolehkan guru menyemai nilai murni dalam diri pelajar dengan prinsip ‘values are caught and tought’.
“Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah ‘learning-centered’ disamping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul,” katanya.
Fokus kepada kepelbagaian potensi murid
Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian potensi murid
Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip Values are caught and taught
Dapat membentuk karakter murid dengan kaedah learning-centered
Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah PBD yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluan murid
Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan pendekatan baru yang diambil. Jelas mereka, pendidikan di peringkat sekolah rendah seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni disamping pendidikan lebih kepada permainan untuk menimbulkan rasa seronok di sekolah.
Sumber: ig Maszlee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses kelahiran meletakkan pelbagai risiko buat ibu. Ada ibu-ibu terpilih menemui Maha Pencipta semasa bersalin, pergi saat berjuang melahirkan zuriat adalah sesuatu yang amat mulia.
Perkongsian daripada bapa ini pasti mengundang air mata. Tidak hairanlah ia menerima reaksi kira-kira 29 ribu dan perkongsian sebanyak 15 ribu di laman sosial.
Isterinya yang bernama Divani Putriami meninggal dunia selepas melahirkan anak kedua mereka. Tambah memilukan apabila bapa ini, Firdaus Sutan Parpatiah meletakkan nama anak perempuan mereka dengan nama yang seakan-akan sama dengan ibunya.
SEGALA YANG INDAH TELAH BUNDA AMBIL
“Maaf bunda, nama Putri kita. Pakai nama bunda saja
“Divani Putriami, Copy Nama Abang nya sedikit, cuma ujungnya saja Chello Khenzi Al-ghani.
“Jadi nama Putri kita Divani Putriami Al-Ghani, gak apa2 kan.
“Sebab Gak pandai cari nama yang indah, sebab semua keindahan sudah bunda ambil.”
RAMAI YANG TERSENTUH & MENDOAKAN ALLAHYARHAM
Posting bapa ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tersentuh hati dengan apa yang dilalui. Mereka mengagumi betapa tenangnya jenazah Allahyarham dan wajahnya seakan-akan tersenyum.
Ramai mendoakan agar ibu muda ini diberikan husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dalam kematian dan bayi yang dilahirkan menjadi anak yang solehah.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...