Perkahwinan Jarak Jauh, Pergi Check Up Seorang Diri & Mengengsot Masa Alahan. Pengalaman Hamil Kembar Farahanim Ini Buat Netizen Sebak

Share

Hamil dan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) memang mencabar. Farahanim Razak kongsi cerita pengalamannya ketika Raissa Twin dalam kandungan. Sedihnya!

Amina Raissa & Amira Raissa  ialah pasangan kembar yang memang famous di Instagram. Suka tengok kecomelan kedua-duanya. Farahanim Razak, pengacara TV Al-Hijrah ini berkongsi pengalaman kehamilannya di Instagramnya baru-baru ini.

Saat disahkan hamil kembar 7 minggu, Anim memang tak sangka dan speechless sbb anim arif takda keturunan kembar. Masa tu pulak berjauhan dgn suami nk dekat setahun jugak la mcm tu. Jadi setiap kali scan, check up hospital naik Grab je sorang sorang sampai laa penghujung 3rd trimester, daddy dah balik for good.

PERUT SEBENAR IKAN PAUS

Bayangkan lah perut sebesar ikan paus (sebab tu taknak upload gambar mengandung) ke hulu kehilir jalan mcm kura kura tapi suami bagi semangat hari-hari utk terus kuat tanpa dia di sisi anim.

DALAM PERUT LAGI DAH PANDAI PUJUK MOMMY
Setiap masa dekat rumah cakap dgn twins..twins sayang teman mommy yaa mommy nk tido. Mommy nak makan, mommy pening, mommy sedih harini sebab daddy jauh.  Lepas tu mesti dua dua gerak kiri kanan atas bawah. Nak pujuk mommy ya.

Anim ingat lagi setiap kali check up di hospital anim excited sbb kat sana banyak food truck depan O&G jual mcm-mcm food. So anim akan beli nasi ayam goreng kunyit dan nasi sotong kunyit pastu duduk port biasa kerusi belakang sekali tempat orang ambik ubat tu. Makan laa situ sorang dgn air jagung sebekas. Nak pegi cafe jauh sgt nya tak larat nk jalan so situ lah paling dekat.

TERPAKSA MENGENGSOT KE PETI SEJUK
Bila malam kadang kadang Anim mual sampai tak tahan, mengensot je pergi sampai ke peti sejuk tu nak minum susu bagi hilang mual. Tapi Allah permudahkan Anim tak muntah teruk dan selamat harungi semuanya dgn baik.

Terima kasih anak anak mommy yg banyak ajar erti menjadi seorang ibu. Semoga anak anak mommy membesar dgn baik dan sihat sempurna menjadi penyejuk hati setiap insan yg ada dikelilingi mu sayang.

NETIZEN SEBAK

Netizen menyatakan rasa sebak membaca posting Farahanim ini. Ada juga yang berkongsi pengalaman ketika hamil kembar.

Sumber: Farahanim Razak

Published by
Azma ML