woman honding negative pregnancy test

Masalah ketidaksuburan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya, namun belum dikurniakan cahaya mata. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda dan suami sedang merancang untuk hamil.

Merokok dan menghidu asap rokok

Perkara-perkara Ini Perlu Dielakkan Jika Sedang Berusaha Untuk Hamil. Salah Satunya Produk Ada BPAAnda mungkin tidak merokok tetapi berkemungkinan besar, perokok sekunder apabila sering terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh orang lain. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok mampu menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita.

Menurut penelitian pakar, suami yang merokok didapati memiliki bilangan sperma yang kurang, kelajuannya yang rendah dan lebih cenderung untuk mengalami masalah abnormaliti.

Obes

Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan. Hal ini kerana ia mungkin boleh menjadi punca kepada kitaran haid yang tidak teratur. Malah, jika anda berjaya hamil, ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti diabetes dan praeklampsia.

Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk melakukan senaman secara konsisten dan pada masa yang sama dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada mengamalkan diet yang ekstrem.

IKLAN

Aktiviti harian yang aktif dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk lebih sihat dan sekaligus mempercepatkan kehamilan.

Terlalu kurus

Selain tubuh yang obes, tubuh yang terlalu kurus pun boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai BMI ideal melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Penggunaan barangan plastik ada BPA

Perkara-perkara Ini Perlu Dielakkan Jika Sedang Berusaha Untuk Hamil. Salah Satunya Produk Ada BPABPA atau bisphenol merupakan bahan kimia yang sering dijumpai dalam barangan plastik seperti botol minuman, bekas makanan dan bahagian tertentu pada tin aluminium.

IKLAN

Sesetengah kajian mendapati bahawa pendedahan kepada BPA mampu menjejaskan kesuburan wanita dengan menurunkan bilangan telur yang terhasil dan pada masa yang sama juga boleh merendahkan bilangan sperma pada lelaki.

Jadi, bertukarlah kepada barangan yang bebas BPA memandangkan ia semakin banyak dijual di pasaran.

IKLAN

Abaikan kesihatan oral

Perkara-perkara Ini Perlu Dielakkan Jika Sedang Berusaha Untuk Hamil. Salah Satunya Produk Ada BPA

Penjagaan mulut sama penting dengan bahagian tubuh yang lain. Sekiranya selama ini anda kurang mengambil berat dan memberi perhatian sepenuhnya kepada kesihatan mulut, apa kata buat temu janji segera dengan doktor gigi. Hal ini kerana pengabaian kesihatan oral seperti kerosakan gigi dan masalah gusi boleh menjejaskan sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.

Makanan rapu

Makanan rapu yang padat dengan lemak trans dikaitkan dengan masalah konsentrasi sperma. Ia boleh jadi rendah dan kurang berkualiti. Untuk itu, kurangkan dan seelok-eloknya kurangan pengambilan makanan sebegini terutamanya dalam fasa anda yang sedang berusaha untuk hamil.

Tekanan

Jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara, cuba dapatkan bantuan dan sokongan. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Tekanan bukan sahaja tidak baik untuk tahap kesihatan secara keseluruhan, malah ia juga boleh mengganggu tahap kesuburan diri anda dan suami juga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI