Perkataan Pertama Jebat Sebut Baba Dulu! Nabila Tak Sabar Tunggu Anaknya Panggil Mommy

Share

Detik si kecil tersayang mengeluarkan kata-katanya buat kali pertama adalah saat yang ditunggu oleh semua ibu bapa.

Secara umumnya, bayi mula mempelajari cara pertuturan menerusi individu yang berada di sekeliling atau yang kerap bersamanya.

Biasanya bayi boleh mengeluarkan perkataan pertama seawal usia lapan bulan hingga ke usia setahun setengah.

Pengalaman ini juga turut dirasai oleh Sharnaaz dan Noor Nabila apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut Jebat Jayden Ahmad adalah Bababa. Nampaknya itu perkataan yang mudah untuk disebut Jebat setelah berusia 8 bulan.

Gelagat Jebat itu membuatkan peminat baba dan mommynya tergelak melihat aksi lucunya sehingga meleleh-leleh air liur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noor Nabila berkongsi video Jebat yang membuatkan netizen geram dengannya.

“First word anakku: Baba. Bila anak mommy nak sebut maaamiii pulak, tak aci la macam ni. Mommy love you anak,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Jebat.

Ada juga menjelaskan bahawa mereka juga tidak sabar untuk mendengar anak mereka yang seusia Jebat untuk bercakap juga.

Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos tahun lalu.

Sumber: ig noornabila

Published by
Wan Amy