Setiap kali membeli fish cake atau fish ball di kedai, hati pasti terasa sedikit ragu bagaimana cara pembuatannya. Adakah ia bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada anak-anak kita. Bagi mengelakkan keraguan dan pasti lebih bersih dan menjimatkan apa kata kita sajikan fish cake sendiri untuk anak di rumah. Baru lah rasa selamat dan makan tanpa ragu.
Resipi homemade fish cake yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Namun yang paling penting ia bersih, halal dan sangat menjimatkan kita. Nak buatnya pun cukup mudah. Jadi jom cuba!
Resepinya
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend rasa, jangan masin sangat ye sebab nanti time sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)
** Anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu.
Ambil isi ikan tenggiri, kulit takmau ye dan diblend halus. Saya guna food prosessor.
Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
Ads
Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.
Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.
Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (Macam buat serimuka) ratakan ia serta padatkannya.
Menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak
Ads
Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fishcake.
Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah.
DHA Baik Untuk Sistem Saraf & Sel Otak Anak
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan.
Ads
DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak terutama kepada anak-anak kita.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting. Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
Salmon (Atlantic, Chinook, Coho, Pink, Sockeye)
Tilapia
Pollock (Atlantic & Walleye)
Flounder
Haddock
Ikan keli
Kerang
Tiram
Udang
Kerang scallops
2 jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak adalah:
Salmon
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja ayam goreng, anak-anak kita lah yang paling gemar dan teruja. Apa lagi di bulan puasa ini, tak sah kalau tak ada ayam goreng.
Jika anak-anak jemu dengan ayam goreng biasa, apa kata ikut style perkongsian resipi Superdaddy, Khairul Abdullah yang menumis ayam goreng dengan rempah. Memang sedapnya lain macam. Jom cuba!
Goreng ayam gini memang anak-anak suka. Rasa manis-manis pedas gitu. Sedap yakmat.
Bahan-bahan nak kena ada.
½ ekor ayam, dipotong dan digaram kunyitkan dia
2 biji kentang dipotong baji
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 tangkai daun kari
1 sudu rempah 3 sekawan
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 batang serai diketuk
2 sudu Serbuk Kari Ayam/Daging
2 sudu Serbuk Kari Ikan
3 sudu sos tiram
1 sudu gula
Garam secukup rasa.
Cara nak buat dia:
1. Goreng ayam sampai masak dan ketepikan. Goreng pula kentang sampai keperangan dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sekitar 6 sudu untuk menumis.
2. Tumis hirisan bawang besar sampai garing rangup dan masukkan sedikit daun kari, kacau sekejap dan angkat. Letak atas tisu dapur, biar dia serap minyak.
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah 3 sekawan, halia, serai dan daun kari sehingga harum dan masukkan rempah kari daging dan kari ikan.
4. Kacau cepat-cepat dan masukkan sos tiram. Kacau sebati dan masukkan sedikit air, dan kacau sedikit lagi biar memekat.
5. Masukkan ayam dan kentang lalu kacau sebati. Masukkan sebahagian bawang besar goreng tadi dan kacau. Tutup api dan hidangkan dalam bekas dan taburkan baki bawang besar goreng tadi.
Tempe goreng yang sedap selalunya lembut di dalam dan ada rasa manis. Tempe goreng memang sedap dimakan panas-panas. Boleh ajar anak-anak makan tempe sejak dari kecil lagi. Nak goreng tempe ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila sudah digoreng dan jadi tidak sedap.
INFO TENTANG TEMPE:
*Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
*Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.
*Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.
KHASIAT TEMPE:
Tip Masak Tempe Goreng Sedap, Lembut Di Dalam
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan membuatkan tempe jadi garing di luar. Barulah ‘syok’ makan.
Jika mahu buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
Rasa Manis, Anak-anak Mesti Suka
1. Potong tempe dan rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit sudah cukup untuk naikkan rasa lemak.
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap:
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.
Pastinya ramai yang akan memilih pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama. Kiranya juadah pencuci mulut makanan terakhir selepas dah selesai menikmati makanan berat.
Namun bagi anda yang memang suka sediakan pencuci mulut untuk ahli keluarga makan, hidangan ini boleh di makan juga pada bila-bila masa.
Ok kali ini pencuci mulut resipi daripada Puan Rosni Musa iaitu Puding Laici Kristal boleh anda cuba. Sesuai untuk peringkat umur dan kemanisan ikut citarasa masing-masing.
Resipi asal dari kawan Kak Ros, Nor Zira. Kak Ros panjangkan resipi kat sini. Moga pahala berpanjangan dengan berkongsi resipi ini.
Jom kita tengok resipi step by step.
Bahan-bahannya
6 biji telur gred A. Hakak Ros pakai gred B.
1 tin susu cair
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air laici
2 sudu teh esen vanilla
Buah laici
Jelly kristal Nona
Cara membuatnya
Pecahkan telur ke dalam bekas. Kacau manja.
Masukkan satu tin susu cair
Masukkan 1/4 cawan susu pekat. Masukkan sekali 1/2 cawan air laici dalam tin.
Kacau perlahan, manja-manja je
Tapiskan adunan tadi
Masukkan ke dalam bekas kecik². Boleh juga masukkan ke dalam loyang sekali gus.
Kukus adunan. Oh ya.. jangan lupa tutup bekas tu dengan penutup ketat² yer. Kalau guna loyang tutup dengan aluminium foil. Kalau takde aluminium foil boleh guna plastik. Kukus selama 30 minit atau sehingga puding masak dengan menggunakan api sederhana perlahan.
Alihkan puding dari pengukus. Dan sejukkan sebentar. Laici dicarik² halus. Lalu taburkan dipermukaan puding.
Masak jelly Nona mengikut sukatan & cara² dikotak yang disediakan.
Tuang adunan jelly ke atas puding. Buat sampai habis.
Puding dah siap. Masuk peti ais dulu tau dan sedap di makan sejuk-sejuk.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...