Memperkenalkan bayi dengan telur sebelum usia menginjak setahun dikhuatiri akan mendatangkan alergik kepada bayi.  Bagaimanapun cara ini untuk menentukan sama ada bayi kita tu alergik kepada telur ke tidak sebelum ambil injection setahun iaitu MMR (Measels, Mumps, Rubella) nanti.

Perkongsian di blog ibu zarith.com boleh membantu ibu untuk memastikan tahap kesihatan anak berada dalam keadaan baik.

Jadi sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, kita hendaklah mula memperkenalkan telur kepada bayi kita semasa usianya setahun, mengikut langkah berikut.

Perkenalkan Telur Pada Bayi Boleh Tentukan Alergik Atau Tak Sebelum Ambil Suntikan Setahun

9 Langkah yang wajib dibuat untuk kenalkan telur kepada baby

Minggu Ke-1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu

Minggu Ke-2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu

IKLAN

Minggu Ke-3: 1 biji telur kuning sahaja

Minggu Ke-4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu

Minggu Ke-5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu

Minggu Ke-6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu

IKLAN

Minggu Ke-7: 1 biji penuh telur

Minggu Ke-8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu

Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur?

Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan baby allergic kepada telur. Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan alergik sama ada ringan ataupun alergik yang teruk.

IKLAN

Perkenalkan Telur Pada Bayi Boleh Tentukan Alergik Atau Tak Sebelum Ambil Suntikan Setahun

Macam mana nak tahu anak kita alergik telur?

  • Gatal-gatal ataupun selesema
  • Mata gatal-gatal dan berair
  • Ruam
  • Bengkak pada badan

Selepas dah lulus semua ujian, boleh la mula membuat makanan yang mengandungi telur dengan jayanya. Yang penting jangan bagi telur separuh masak kerana ia mempunyai sejenis bakteria berbahaya yang dikenali sebagai salmonella. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk.

Sumber: ibuzarith.com

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI