Perkenalkan Udang Untuk Anak, 4 Resipi Ibu Ni Boleh Cuba, Sedap!

Share

Menu berasaskan ikan dan ayam mungkin sudah terbiasa bagi anak kecil kita berbanding sumber lain seperti udang, daging dan sebagainya. Kesemua rangkaian makanan ini perlu dicuba secara berperingkat kepada anak kecil ini. Ini bagi mengetahui samada anak kecil kita mempunyai alahan kepada makanan laut atau tidak.

Jika anda memilih untuk mula memperkenalkan udang kepada anak kecil anda, 4 resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Shazney Rahman, mama boleh cuba. Banyak resipi menarik seperti Udang Goreng Kunyit, Sup Udang Tauhu dan sebagainya dikongsikan untuk semua. Jom kita cuba!

Antara bekal Faleq di rumah pengasuh. Minggu ni on 4DR udang untuk Faleq dan ternyata Faleq lulus dengan jayanya. Nah kakak share segala resipi untuk rujukan mommy semua.

SUP UDANG TAUHU

Cara-cara:
Goreng tauhu dan ketepikan.
Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan air dan cbs.
Masukkan sayur-sayuran. Biarkan masak sekejap.
Akhir sekali masukkan udang dan tauhu. Siap!

UDANG GORENG KUNYIT

Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup dan lumur pada udang.
Tumis bawang sehingga naik bau.
Masukkan udang dan sayur. Siap!

*Sayur tu kakak steam dulu sekejap agak dalam separa lembut. Tujuan untuk memudahkan proses menggoreng sekali bersama udang agar sayur cepat masak dan lembut.

UDANG MASAK LEMAK

Cara-cara:
Kisar kunyit hidup bersama bawang.
Tumis bahan kisar tanpa minyak bersama serai sehingga naik bau.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan labu dan udang. Siap!

* Nak gantikan santan dengan susu pun boleh.

TOMYAM CAMPUR

Cara-cara:
Tumis bawang sehingga wangi dan masukkan tomato paste bersama serai. Tumis sekejap.
Masukkan air dan ayam.
Masukkan sayur-sayuran (masukkan dahulu sayur yang lambat empuk contohnya carrot dan akhir sekali baru masukkan sayur yang cepat masak).
Akhir sekali masukkan udang dan tunggu sehingga masak. Siap!

* Boleh juga letak cbs, daun limau purut dan sedikit perahan air limau bagi menaikkan rasa masam tomyam tersebut.

Selamat memasak!

Published by
SRM