Bukan mudah untuk berpantang tapi hakikatnya si kecil sudah tiada. Tiga kali hamil dan tiga kali diuji dengan kehilangan anak tercinta, begitulah beratnya dugaan yang terpaksa ditanggung oleh Puan Sha.
Perlu Ada Kesedaran Tentang Masalah Pangkal Rahim
Kehilangan Anak Buat Kali Kedua, Perlahan-lahan Nafas Anak Berhenti
Hamil Kali Ke-3 Tapi Akhirnya Bersalin Pada Minggu Ke 23
Bukan Senang Nak mengandung, Beranak Tapi Meninggal 3 Kali
Sha Cuma Fikir Nak Selamatkan Baby Sha JE
Rasa Tak Sanggup, Kesian Baby Sha Nanti
Adakah Sha Seorang Yang Teruk?
Kejadian Ketika Keguguran Anak Sulung
Selepas Itu Disahkan Hamil Kali Ke-2
Ads
2nd positive result.. masa ni memang excited , sbb POSITIF sangat masa ni
Lab Test
Everything was OK , until .. check up dkt klinik ibu mcm biasa.. request nak jumpa pakar xdpt2.. may b sebab baru 1 kali je history abortion berlaku , semua doktor n nurse cakap ‘OK’ .. jgn risau too much
Even sehari sebelum kami decide nk balik ikut husband nk sambut puasa and raya sama2.. doktor bagi kelulusan lulus untuk terbang
Tak disangka2 , pagi touch down.. tgh hari dh admit ward sbb air ketuban meletop pecah masa SHA mandi
Berbuka puasa tahun 2018 hari pertama dkt hospital
Ads
Dan akhirnya 21 May 2018.. Anas Rizqi dilahirkan
Dan akhirnya 21 May 2018.. Anas Rizqi dilahirkan Raya pertama 2018 , mama n baba ziarah pusara Nur Jannah dan Anas Rizqi .. tahun ni InsyaAllah 3 pusara mama akan ziarah
Masa ni , baru lepas kejadian angin kuat .. jadi kuburan a bit mess
Pregnant kali 3 , SHA and husband terkejut yg amat
3rd pregnancy, MIL sha yg dtg sini jaga sha..
Ads
Masa ni , Sha rasa xselesa.. ada rasa kontraksi sikit.. so, doktor tahan untuk pantau.. tapi sehari je admit sbb doktor cakap xde apa2.. OK
Pemasangan ikatan tu berjaya, SHA kena tahan 2 malam je dah boleh balik.. doktor decide appointment lagi 2 minggu.. tapi xsempat appointment , SHA dah terjah emergency sbb dah rasa sakit2 nk bersalin
Redha
Rindunya Dengan 3 Budak Kecil Tu
Setiap kali kelahiran , berpantang la SHA , melawan emosi sedih dan perasaan keibuan yang kuat. Lebih2 lagi bila nk berhadapan dengan situasi bengkak susu , ada susu tapi baby xde masa ni memang hrpkan kekuatan emosi dari suami dan org sekeliling. Waktu2 berpantang , nak dgr suara baby , lihat muka baby dgn kanak2 pun susah sbb SHA memang akan menangis. Hanya Allah je yg tau.
Loss kali ketiga , ada postnatal check up , nurse dkt kaunter siap tnya lagi , mana buku baby kamu. SHA hanya boleh jawab, ‘owh , ank saya meninggal nurse..’ Rasa nk menangis tapi kena tahan sbb org ramai dgn ibu2 baby2 yg ada dkt klinik.
Tapi itulah bahagian kami, SHA dan suami.. bahagian kamu yg dah mempunyai zuriat , amanah di dunia , jagalah ank2 dgn baik. Sayang sungguh2 , sbb sakitnya hilang anak tu xsemua dpt tanggung dgn baik. ALHAMDULILLAH kami masih ingt ALLAH
Hati seorang isteri sangat halus, jika seseorang isteri itu bahagia pasti dia akan cuba lakukan terbaik dalam rumahtangga. Mengemas rumah tanpa rungutan, memasak dengan ikhlas, menjaga anak dengan rela hati malah tak kisah dalam membantu ekonomi keluarga.
“Happy wife, happy life”
Bila isteri stress,
Suami stress,
Anak stress,
Anak yang disusukan stress,
Anak dalam kandungan juga stress.
Tapi, bila suami stress keadaan rumahtangga kurang stress berbanding bila isteri stress.
Ia adalah kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Rutgers University terhadap 394 pasangan mendapati kepuasan isteri dalam keperluannya memainkan peranan penting dalam kebahagian rumahtangga dan mempengaruhi secara keseluruhan kepuasan hidup. Kebahagiaan isteri menyumbang kepada kebahagiaan suami juga.
Emosi isteri menjadi lebih penting lagi apabila sedang mengandung. Hal ini kerana emosi isteri bukan sahaja mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga, malah mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan. Ramai yang tidak tahu, jika ibu berdepan dengan stress jangka masa panjang, hormon stress (cortisol) akan disalurkan juga kepada bayi dalam kandungan melalui tali pusat, dan boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Antara kajian dan fakta berkenaan ibu semasa mengandung:
1. Ibu yang stress semasa mengandung akan menghasilkan bayi yang suka menangis dan merasakan dunia tidak selamat.
2. Ibu mengandung yang masih belajar atau selalu membaca buku menghasilkan anak yang suka membaca buku.
3. Aktiviti janin meningkat secara mendadak apabila ibunya mengalami tekanan emosi.
4. Stress semasa mengandung memberi kesan kepada tingkahlaku bayi dan kefungsian anak di masa akan datang.
5. Risiko masalah perkembangan anak seperti “Anxiety” dan ADHD, kerana hormon stress memaksa otak janin berkembang dengan lain kerana terpaksa membiasakan diri dengan ancaman.
Dulu saya ingatkan kita perlu berhati-hati dengan emosi sendiri hanya semasa mengandung sebab hormon stress terus disalurkan ke bayi dalam kandungan iaitu melalui tali pusat. Tapi sebenarnya bukan semasa mengandung sahaja seorang isteri dan ibu perlu jaga emosi, tetapi juga semasa menyusu badan.
1. Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stress fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
2. Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stress ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stress memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
3. Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Kalau perasan anak yang disusukan menangis tanpa sebab dan tiba-tiba emosi tak stabil tanpa mak ayah tahu penyebabnya. Cuba ingat kembali emosi kita semasa hari itu ataupun semasa mengepam susu.
Tali pusat ➡️ Susu Ibu
Bila fikir balik, ada logiknya emosi ibu yang menyusu mempengaruhi kualiti susu. Tetapi apa yang saya paling terkejut, ibu yang stress juga boleh mempengaruhi emosi anak-anak walaupun kita tak nampak salurannya.
Ada satu kajian terbaru yang diterbitkan pada bulan Ogos 2019 yang lepas daripada Nanyang Technological University, Singapore.
Sangat menarik untuk dikongsikan, ia berkaitan aktiviti otak terhadap 31 pasangan ibu dan anak semasa menonton filem animasi bersama-sama. Kajian ini menunjukkan ibu yang mempunyai kadar stress yang tinggi mempunyai kurang persamaan aktiviti otak antara ibu dan anak (3 tahun).
Bahagian aktiviti otak yang dikaji adalah di bahagian “prefrontal cortex” iaitu bahagian otak yang mengawal kebolehan seseorang untuk memahami orang lain. Ibu dan anak akan lebih memahami emosi antara satu sama lain jika terdapat persamaan aktiviti otak semasa melakukan aktiviti yang sama.
Stress menyebabkan seorang ibu tidak dapat memahami perasaan anak ➡️ menghukum anak atas sebab yang tidak sepatutnya ➡️ mengurangkan komunikasi antara ibu dan anak ➡️ kurang menghormati pendapat anak ➡️ hubungan jangka masa panjang ibu dan anak terjejas. 😔
Malah bukan itu sahaja, banyak sangat kajian berkenaan ini. Antaranya:
1. Stress semasa tahun-tahun awal anak mempengaruhi gen anak yang berkait dengan pengeluaran insulin dan perkembangan otak sehingga anak dewasa.
2. Ibu yang stress mempengaruhi tingkahlaku anak dan kebolehan anak menangani stress.
Lihatlah, betapa pentingnya untuk menjaga emosi seorang wanita/isteri/ibu. Bukan senang untuk menjadi isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak-anak, kerana perlu “berperang” dengan emosi sendiri.
Kadang-kala perkara kecil pun boleh terasa, lagi-lagi waktu mengandung. Suami lupa belikan makanan yang diidam pun boleh menitik air mata. Apatah lagi isu besar.
Itulah dinamakan kecelaruan hormon. Kadang-kala kita orang perempuan sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. Sebab itulah ada yang lebih suka berdiam daripada meluahkan kerana risau terlebih-lebih dalam meluahkan.
Sokongan seorang suami sangat penting demi memastikan emosi isteri stabil. Agak-agak isteri mula berkerut, terus ambil peranan. Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum isteri semakin jauh daripada dunia sebenar.
Bila dah jauh, habis segala memori menyedihkan dia akan ingat. 😂😂😂
Tapi sebagai orang dewasa, kita tak boleh elak daripada stress. Semua orang mempunyai stress masing-masing cuma yang membezakan adalah bagaimana kita mengawal stress.
-Dengan pukul/maki anak?
-Dengan marah suami/isteri?
-Dengan cerita di media sosial?
-Dengan menghempas barang?
-Dengan merokok?
-Dengan makanan?
Tak kisahlah apa yang kita nak buat untuk tangani stress tetapi apabila sudah mempunyai anak kena selalu ingat yang anak sentiasa melihat dan mengikut setiap perilaku kita termasuklah “cara” kita menangani stress. Tak kiralah “cara” yang baik atau salah.
Tingkahlaku anak dipengaruhi oleh tingkahlaku mak ayah.
Maka, saya nasihatkan para suami mohon berjaga-jaga dengan emosi isteri terutamanya semasa mengandung atau masih menyusu badan sebab ia sangat mempengaruhi emosi anak-anak juga.
Kesimpulannya,
Ibu nangis, anak pun nangis.
Ibu happy, anak pun happy. ❤
Sudah lumrah anak perempuan sukakan solekan pada wajah. Bukan kita sebagai ibu yang cuba mengajar mereka sebaliknya dengan hanya melihat aktiviti setiap pagi si kecil sudah mampu mengaplikasikan sendiri peralatan solekan ke wajah mereka. Namun jangan pula mama cuba-cuba solekkan anak-anak kecil semata-mata hanya kerana mereka cukup sukakannya.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan malah merapatkan hubungan ibu dan anak. Pun begitu penggunaan bahan-bahan kecantikan ini sebenarnya tidak sesuai untuk kulit wajah kanak-kanak. Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Jadi sebaiknya elakkan membeli mainan berbentuk solekan atau cuba memberikan alatan solekan anda sendiri seperti gincu bibir, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya. Elakkan.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis Pewarna kuku Pewarna rambut Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Bukan Untuk Kanak-Kanak Kesemua peralatan ini bukan dibuat khas untuk kulit wajah kanak-kanak. Ini yang bakal dihadipi oleh anak-anak kita jika kerap terdedah dengan solekan.
* Kulit kanak-kanak memiliki metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia 100 %. Bahaya!
* Akibatkan jerawat apabila dewasa.
* Kulit masih nipis dan kurang fungsi perlindungan.
* Risiko contact Dermatitis.
* Risiko keracunan merkuri sehingga mengakibatkan perkembangan otak kanak-kanak boleh terjejas.
* Kulit mudah rosak dan mendapat kesan sampingan.
* Akibatkan kesan penuaan lebih pantas.
Jadi elakkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua ibu menyimpan niat untuk menyusukan anak-anak sehingga usia mereka mencecah dua tahun. Namun terdapat beberapa kekangan yang menghalang para ibu untuk mencapai target itu. Ketika menyusukan anak, kedudukan yang salah menyebabkan ibu dan anak merasa kurang selesa. Akibatnya, susu tidak dapat diminum oleh anak dan ibu pula mengalami masalah sakit puting payudara.
Sebenarnya, anak boleh disusukan bukan sahaja ketika ibu sedang duduk dan berbaring, bahkan ketika anda berdiri dan berjalan. Paling penting, posisinya haruslah betul.
Ibu harus berada dalam keadaan selesa. Jika sedang duduk, ampu bayi dengan kemas dan sokong bahagian kepalanya (bayi berbantalkan lengan ibu). Jangan kepit kepala bayi di celah siku.
Letakkan bantal menyusu di bawah badan bayi bagi menyokong tubuhnya dan juga tangan anda yang memegang anak.
Jari pada tangan yang mengampu kepala bayi haruslah diletakkan pada celah punggung untuk menguatkan sokongan pada tubuhnya. Sebelah lagi tangan, ampu payudara supaya tidak menghempap muka bayi.
CARA-CARA MENDUKUNG BAYI
Cradle hold
Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan dan tubuhnya diampu oleh tangan ibu. Kepalanya berbantalkan lengan ibu.
Cross cradle hold
Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan secara bersilang. Jika menyusukan di sebalah kanan, maka tangan kiri yang memegang bayi. Kemudian tangan kanan pula perlu mengampu payudara.
Football hold
Bayi dipegang dengan sebelah tangan dan dikepit pada bahagian bawah ketiak. Pastikan tubuhnya mengiring dan menghadap sisi. Sebelah tangan lagi, ampu payudara dan suakan ke mulut bayi. Jangan tolak kepala bayi tetapi sokong dan bawa ke arah payudara anda.
Jika menyusukan bayi ketika berbaring, pastikan anda dan anak mengiring pada arah yang sama. Pastikan kedudukan mulut bayi dan payudara ibu selari. Sebelah tangan, masih perlu ampu payudara. Kepala bayi boleh diampu dengan lengan atau diletakkan pada bahagian bawah lengan.
Setiap ibu mempunyai bentuk puting payudara yang berbeza. Boleh jadi sebelah panjang dan sebelah pendek. Bayi biasanya lebih sukakan puting yang penjang. Ibu dan anak akan berasa selesa pada satu kedudukan menyusu tetapi apabila ditukarkan kepada payudara yang satu lagi, bayi akan menolak. Jika ini yang berlaku, ibu boleh menggunakan teknik mendukung football hold supaya bayi tetap di posisi yang sama walaupu payudara sudah bertukar.
Jika anda was-was untuk mengenal pasti sama ada bayi cukup menyusu atau adakah lekapan yang anda lakukan padanya adalah betul, perhatikan air kencingnya. Biasanya bayi yang menyusu cukup air kencingnya banyak dan tidak pekat (jernih). Biasanya air kencing kuning hari ketiga keempat. Perhatikan cara penyusuan anak, biasalah selepas hari-hari selepas itu air kencing akan lebih jernih (jika penyusuan dibuat dengan baik).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesihatan tulang belakang adalah asas kepada pergerakan harian dan kualiti hidup yang baik. Sebagai struktur utama tubuh, ia menyokong berat badan, melindungi saraf tunjang,...