Terbaharu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Menteri Kabinet 2020 yang akan bersama dengan beliau menerajui pucuk pimpinan kerajaan Malaysia.
Di dalam pengumuman tersebut, bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Perlantikan tersebut membuatkan segelintir golongan yang seolah-olah tidak senang duduk dengan perlantikan ini. Sebelum ini, Dr Zulkifli pernah memberikan kenyataan tentang isu anti vaksin ini.
“Pengambilan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa apabila anak-anal mereka dijangkiti penyakit yang boleh dielakkan.”
Sejak Dr Zulkifli mengeluarkan fatwa tentang isu pengambilan vaksin ini tahun lalu, golongan ini telah melancarkan boikot terhadap beliau dan melahirkan rasa tidak setuju dengan pandangannya itu.
Walau bagaimana pun, ia tidak menjejaskan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap beliau kerana banyak ibu bapa yang sedar akan kepentingan vaksin ini. Kebanyakannya, melahirkan rasa syukur dan menyokong perlantikan beliau dalam kabinet.
Siapa yang bersedia menerima kelahiran bayi pramatang? Sebolehnya pasti semua ibu mahu anaknya cukup bulan dan benar-benar bersedia dilahirkan. Namun sebagai persediaan kelahiran bayi pramatang, suntikan Corticosteroid disyorkan untuk menguatkan paru-paru bayi.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abd Razak, suntikan ini amat penting sebagai salah satu ikhtiar untuk menguatkan paru-paru bayi. Ini yang mak ayah kena tahu.
“Adoi, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? – ujar Fatimah sambil mengosok-gosok punggungnya.
Sambil berjalan terhincut-hincut, Fatimah mengelap air matanya yang mula berderaian”
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan.
Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot (intramuscular) sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam.
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan.
Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Siapakah yang sepatutnya terima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
✅Anda sedang mengalami kontraksi pramatang
✅Air ketuban sudah pecah, walaupun tiada kontraksi
✅Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim
✅Anda mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia
✅Jika anda akan menjalani pembedahan caeserean elektif sebelum 39 minggu, anda akan disarankan untuk menerima suntikan corticosteroid.
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin.
Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yang bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang.
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayinya merengek-rengek menangis kelaparan, dan Puan Siti terpaksa mencari lokasi atau bilik tertutup yang sesuai untuk menyusukan bayinya agar tidak lagi merengek-rengek.
Berdasarkan situasi di atas, siapa kata bahawa penyusuan bayi adalah sesuatu yang mudah. Kami percaya bahawa ramai ibu yang mempunyai kesukaran untuk menyusukan bayi di tempat-tempat umum sama ada disebabkan oleh ketidaksesuaian lokasi atau faktor-faktor lain.
Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran lain yang perlu dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi yang mungkin jauh lebih sukar, iaitu kata-kata individu. Berikut merupakan antara kata-kata yang tidak patut dikatakan kepada ibu yang menyusukan bayi mereka.
“Bukan ke bayi baru menyusu ke?”
Rakan-rakan atau ahli keluarga yang datang menziarahi ibu dan bayi mungkin akan bertanyakan soalan seperti ini sekiranya mereka melihat ibu tersebut menyusukan bayi dengan kerap. Mungkin bayi baru sahaja disusukan, tetapi kita perlu memahami bahawa bayi mahukan susu tanpa mengira masa, jika tidak, bayi akan sentiasa merengek kelaparan.
“Tak risau ke kalau payudara jadi gelebeh?”
Komen atau pertanyaan seperti ini amatlah memalukan untuk ditanya sekiranya anda bertandang menziarahi ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mengapa? Ia adalah tidak sopan untuk mempersoalkan saiz atau rupa bentuk fizikal individu lain.
“Susukan anak kat rumah je. Bukan dekat luar”
Bagaimana mungkin untuk seseorang ibu hanya boleh menyusukan anak di rumah sekiranya bayi tersebut kelaparan sepanjang masa terutamanya jika seseorang ibu mempunyai urusan di luar. Selagi mana penyusuan ini dilakukan dengan cara yang sopan terutamanya di lokasi yang lebih tertutup, selagi itulah penyusuan ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
“Susukan anak ni memenatkan”
Mungkin terdapat juga beberapa individu yang menyatakan seperti, “Kalau saya, saya mungkin tak boleh nak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyusukan anak.” Sekiranya anda tidak mampu melakukannya, tidak perlu mengatakan hal yang sama kepada ibu-ibu yang lain. Mungkin mereka lebih berkemampuan dengan komitmen penyusuan anak tersebut.
“Berapa lama nak susukan bayi?. Bila nak hentikan susu baby?”
Soalan seperti ini biasanya ditanyakan oleh individu yang merasakan mereka lebih berpengetahuan atau percaya dengan dakwaan-dakwaan merepek. Pemberhentian penyusuan anak ini bergantung kepada keperluan ibu dan anaknya apabila mereka telah bersedia. Tidak ada tempoh masa yang spesifik untuk menghentikan penyusuan bayi.
“Masih susukan anak ke?”
Jangan bertanyakan soalan ini kerana ia juga seolah-olah mempertikaian tindakan ibu yang masih meneruskan penyusuan bayinya sendiri. Menyusukan bayi tidak mempunyai tempoh masa yang tetap dan tidak menjadi satu kesalahan untuk ibu menyusukan bayi dalam tempoh yang lebih lama.
“Bagi susu botol je, nanti boleh rehat sikit”
Pemberian susu botol terutamanya dalam minggu-minggu pertama kelahiran adalah tidak digalakkan. Pemberian susu botol juga akan mengganggu pengeluaran susu ibu dan mungkin menyebabkan pembengkakan susu pada payudara ibu tersebut.
Susu ibu memberikan banyak kebaikan pada bayi seperti manfaat kesihatan dan tumbesaran. Selagi mana bayi itu menyusu dengan ibunya, selagi itulah dia akan memperoleh kebaikan daripada susu ibu tersebut yang ternyata berbeza daripada susu formula. Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF hanya menyarankan agar pemberhentian penyusuan bayi dilakukan sekurang-kurangnya setelah dua tahun atau lebih.
Oleh itu, jangan memerli ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dengan pertanyaan-pertanyaan yang kurang pertimbangan. Latihlah diri anda untuk menjadi lebih memahami dan prihatin terhadap individu lain.
Pastinya setiap ibu bapa mengharapkan anak yang lahir sihat, selamat dan dapat membesar dengan baik. Andainya takdir, jika sudah ketentuan Allah anak yang dilahirkan itu istimewa di mata kita dan diuji dengan sakit, percayalah ada hikmahnya.
Ingat Allah uji seseorang itu sebab dia tahu kemampuan kita. Sebab itulah perlu sentiasa bersangka baik dan jangan berputus asa sekiranya diberikan ujian. Begitu juga kisah seorang ibu ini yang dikurniakan anak cleft lip / palate dan cukup memberi inspirasi kepada semua.
Walaupun sebelum ini ramai yang memberi tanggapan negatif, semua itu memberi kekuatan untuknya membesarkan Ukail.
Melalui FB Suee Boneca, kini dia dan suami bersyukur atas anugerah Allah ini kerana anaknya, Malique Rifqie Ukail dah membesar seperti kanak-kanak yang lain selepas berjaya melalui pembedahan sejak usianya dua hari.
Assalammualaikum..Mommy kat sini nak kongsi pada semua ibu bapa yang baru timang cahaya mata ataupun ke berapa sekalipun tapi buat pertama kali dapat cahaya mata secomel macam Ukail.
Nama anak mommy Malique Rifqie Ukail, umur dia 2 tahun 5 bulan. Dia dilahirkan sumbing bibir dan lelangit / cleft lip & palate. Ukail menjalani pembedahan lip pada umur 6 bulan, sekarang tengah tunggu nak buat palate pula.
Tapi yang mommy nak kongsi kat sini, ibu ayah yang dapat anak cleft kena rasa bertuah kerana dapat anak yang macam nie tau. Sebab cleft boleh dibaiki zaman sekarang ni. Sebab ramai ibu bapa kat luar sana yang anak dia pelbagai jenis penyakit yang tak mampu di rawat, lagi sedih. Anak yang dikandung 9 bulan tak mampu bersama kita. Jadi hargai dan rasa bertuah lah terima ujian Allah ini.
Ukail bukan sahaja lahir dengan cleft lip & palate, tapi dia ada masalah salur makan dia ke hati jadi masa dia baru lahir hari ke-2 terus masuk bilik bedah untuk ubah saluran tu. Sedih sebab anak mungkin tiada harapan tapi mommy bagi harapan yang penuh dalam doa mommy untuk Ukail dan akhirnya Ukail selamat dan sihat sekarang.
Jadi ibu bapa yang ada anak cleft kena rasa bertuah sebab cleft boleh baiki. Apa yang patut anda risau jika mereka ada masalah lain yang perlukan rawatan susulan dan pembedahan yang berpanjangan, bersyukur la jika anak anda hanya cleft lip & palate. Allah turunkan ujian sebab dia tahu anda boleh.
Jika diikutkan keluarga saya tiada yang cleft. Anak no 2 saya pun lahir normal tiada cleft . Suami saya pun tak pernah memancing seumur hidup dia. Saya ada GDM masa pregnant, Dr kata mungkin penyebab tapi anak no 2 saya lagi teruk GDM cuma tak insulin tapi dia lahir okay normal. Jadi semua ni pada saya ketentuan Allah, dia bagi ujian sebab dia SAYANG KITA SEMUA.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!