Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan segala perbelanjaan meningkat termasuk kos perubatan sudah tentu memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Justeru menyedari betapa sukarnya perjuangan rakyat, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meringankan bebanan rakyat dengan memperkenalkan perlindungan insurans am.
Perlindungan insurans am sehingga RM10,000 secara percuma meliputi kecederaan dan kehilangan upaya akibat kemalangan,khusus untuk rakyat negeri Selangor.
Kematian yang disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000 turut diberikan menerusi skim yang dikenali sebagai INSAN.
Bayi Sebulan Boleh Daftar
Apa yang menariknya perlindungan insurans ini juga terbuka kepada bayi berumur 30 hari sehingga warga emas berusia 80 tahun dan dianggarkan akan memanfaatkan seramai 6 juta rakyat negeri ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim INSAN merupakan perlindungan hayat yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan di samping memberi perlindungan menyeluruh kepada rakyat.
“Selepas melaksanakan pelbagai program, kita mahu rakyat dilindungi, ambil iktibar daripada wabak Covid-19 dan insiden banjir, rakyat perlu disedarkan tentang perlindungan dan kerajaan negeri memulakan inisiatif ini supaya perlindungan seumpama ini menjadi satu pemahaman dan sebahagian daripada pilihan.
“Tidak ada ruginya perlindungan ini. Bukan untuk mempromosikan syarikat insurans tetapi dalam masyarakat maju di masa hadapan, perlindungan kesihatan sebagai contoh menjadi salah satu daripada keperluan dan prioriti masyarakat,” tegas beliau.
Malah beliau berkata, untuk berganjak ke sebuah negeri maju, masyarakat perlu terbiasa dan memahami kepentingan perlindungan terhadap diri sendiri.
Tambah beliau, ia dibuktikan juga dengan kos yang tidak begitu besar berbanding kos lain yang dilepaskan ketika menerima elaun atau gaji masing-masing.
Ads
“Sebahagiannya adalah untuk membudayakan skim perlindungan dan niat sudah pasti untuk melindungi serta sebagai tanda kita (kerajaan negeri) bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, ujar Amirudin, sejak diperkenalkan pada 1 Oktober lalu, pihaknya telah menerima lebih 40,000 pendaftaran.
Bagaimanapun, beliau menyasarkan lebih sejuta rakyat Selangor akan berdaftar pada akhir tahun ini manakala keseluruhan 6 juta sepanjang tempoh satu tahun pelaksanaan INSAN.
“Program ini akan disambung dari semasa ke semasa dan akan diperbaiki untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Langkahnya juga mudah yang mana hanya perlu muat turun aplikasi wavpay atau hadir ke pusat khidmat supaya bantuan pendaftaran dapat dilakukan.
“Ia akan ambil masa sedikit tetapi tidak lebih 48 jam, biasanya jika tidak lulus pasti ada kekurangan tertentu seperti maklumat tak lengkap.
“Bagaimanapun jangan khuatir, anda boleh datang ke pusat khidmat MBI supaya pendaftaran dapat dilakukan,” jelas beliau sambil berkata ia bukanlah paksaan sebaliknya inisiatif untuk rakyat.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fintech Wavpay, Brahma Shakthi ketika ditemui mengulas tentang kerjasama dengan skim INSAN.
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah untuk menyediakan platform khusus bagi inisiatif yang ditawarkan kerajaan negeri selepas pihaknya melihat potensi dunia digital yang sangat meluas di samping infrastruktur serta pola pengguna yang sangat memberangsangkan.
“Covid-19 telah mengubah landskap pengguna yang lebih cenderung untuk menggunakan platform digital. Jadi dengan kerjasama bersama MBI ini, seberapa banyak inisiatif kerajaan negeri dapat dipusatkan dalam satu platform.
“Pengguna khususnya rakyat negeri Selangor lebih mudah untuk membuat rujukan dan pendaftaran melalui aplikasi Wavpay (consolidate).
“Kami turut berminat untuk menawarkan khidmat kepada kepada kerajaan negeri yang lain, pada masa sama kajian dan penambahbaikan turut dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengguna menikmati perkhidmatan yang kondusif serta cepat,” katanya.
INSAN dilancarkan Amirudin semasa siri ketujuh Jelajah Selangor Penyayang yang bertempat di Stadium Sultan Suleiman, Klang, pada 23 Oktober lalu.
Ads
Setiap individu perlu mendaftar sendiri manakala ketua keluarga boleh mendaftarkan untuk anak-anak mereka.
Aplikasi mobil e-Wallet Wavpay boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGalery.
Jadi apa tunggu lagi? Anak jati Selangor jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan skim perlindungan percuma ini ya!
Usahawan terkenal Noor Hayati Kamarzaman atau mesra di panggil Kak Yatie berkongsi kepentingan membuat hibah kepada waris anak perempuan yang dikongsi di laman Instagramnya.
Anak sulung Bonda Rozita dan juga kakak kepada Dato Aliff Syukri ini hadir ke Mahkamah Syariah bersama suami kali kedua selepas 20 tahun untuk membuat hibah buat anak-anak perempuanya.
“Bergambar kenangan depan Mahkamah Syariah. Risau je masuk dengan @mohamad.zaidi.aziz 🙊 Selepas 20tahun alhamdulillah merasa jejak ke sini tapi atas tujuan hibah harta lah. Bukan atas sebab lain”
Menurutnya lagi, dahulu dia tidak terfikir akan meninggalkan harta buat anak-anak tercinta kerana fokus mereka hanyalah membina kerjaya yang ada.
“Slide belakang tu masa kami di awal kahwin, anak pun baru usia dalam 1-2 thn. Baru habis kerja, ada shooting @sendayu.tinggi_hq yang kami sendiri buat. Kami la photog, Kak Yatie lah mua 🤭 Fokus kami untuk bina kerjaya, gain experiences dan knowledge. Masa ni tak fikir pun ada sesuatu yang boleh diberi pada anak-anak selain menjalankan responsible seadanya, hantar mereka study, beri makan, pakai yang mampu, sampai lah kami berdua own @the_hijab.co & @_theskin.co”
Kak Yatie turut menasihati ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan agar mempersiapkan hibah buat anak-anak kerana hibah yang diberikan tidak boleh dicabar oleh sesiapa termasuk di Mahkamah.
“Korang yang ada waris anak perempuan je elok sangat lah tu buah hibah. Tak boleh dicabar tau. Kalau wasiat masih boleh dicabar di court. Even ada lelaki atau perempuan yang ramai pun elok juga lah dah siap-siap agih.”
“Bukan apa, tanah sepasu pun boleh putus hubungan anak beranak. Makan masa bertahun-tahun nak setel. End up jadi harta tak dituntut. Korang tau tak, wang yang tak dituntut je hampir 11.2billion yang mana majoriti adalah bumiputera. Non bumi siap-siap dah buat will supaya tak jadi isu macam ni la”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan cadangan Kak Yatie berkenaan Hibah yang perlu dilakukan secepat mungkin buat pewaris untuk elak perkara yang tidak sepatutnya terjadi kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Hanis Zalikha antara selebriti yang sering berkongsi tip di instagram peribadi miliknya. Malah ada pengikut yang ternanti-nanti akan tip yang dikongsikan Hanis untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu lain.
Terbaru, Hanis berkongsi tip mempersiapkan kelengkapan beg ke hospital. Memang lengkap penerangannya malah persediaan mengikut kategori yang disediakan Hanis buat peminat senang nak ikut. Untuk bakal ibu, jadikan senarai yang disediakan Hanis ini untuk panduan anda ke hospital kelak.
Mommynis’ Hospital Bag
FOR MOMMY (satu bag)
1. Toiletries, sabun mandian (soapless/ mild/ gentle), tuala gebu kepunyaan sendiri.
2. Adult diapers (no need panties, no need pad)
3. Lingerie (+comfortable nursing bra) (biasakan terus pakai nursing bra lepas beranak tu).
4. Disposable nursing pad (waktu badan takleh baca demand susu lagi, kita boleh overflow and leak).
5. Pakaian sendiri ( yang selesa, cantik & senang breastfeeding) + socks + selipar jamban. Bersiap elok, bagus untuk kegembiraan diri.
6. Skincare & make up (sekadar lipstick je pun bawa je)
7. Toujours Advanced (and Toujours Kids for me, for the fruit & vege goodness)
8. Your favourite mug
FOR BREASTFEEDING (satu bag)
1. Breastpump + ebm storage bags + botol susu newborn
2. Organic nipple butter (sebelum menyusukan) + Bepanthen ointment (selepas menyusukan dan terluka di dada ??)
3. Nursing cover (terutamanya kalau kita jenis terima pelawat)
4. Silicone milk collector (untuk collect susu kat sebelah lagi waktu baby nyusu)
5. Satu tin biskut + susu kurma
FOR BABY (satu bag)
1. Baju & sarung tangan kaki & topi baby (hospital selalu provide tapi risau nipis material dia, baby tejukkk)
Bagi yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda boleh beli keperluan bayi ini secara online sahaja. Nak lebih jimat, DPAMkini sedang mengadakan ‘free shipping’ untuk semua barangan bermula dari 25-31 Julai 2019. Klik siniuntuk untuk beli dan jangan lupa gunakan kod promo: DPAMFS.
2. Newborn diapers + wet wipes
3. Selimut baby (yang cuteee)
4. Kain bedung baby (muslin cloth) (pastu boleh practice dengan nurse cara bedung yang kemas guna kain sendiri)
5. Minyak perut baby + balm kulit baby (balm / organic lotion baby ni bagus sebab time awal2 ni kulit baby mengelupas, sayu tengok)
ETC
1. Extension plug + phone charger
2. Gift for the doc & nurses
Setiap category buat satu bag supaya suami tak kalut nak kena capai2 & carikkan barang. Kenapa kena be extra prepared, sebab taktau keadaan kita beranak, normal ke tak, anak sihat ke macam mana, duk hospital berapa lama.
Macam kitorang memang bawak semua benda sebab check in seminggu lol. Dari Yusuf dulu memang suka stay hospital untuk belajar uruskan anak dan tarik nafas jap sebelum menghadapi realiti kehidupan ?? Semoga bermanfaat! (Nanti share lagi journey and tips yang dapat waktu dengan Alisa dekat akaun ni).
Paling menarik perkongsian Hanis yang menggunakan lampin pakai buang dewasa ketika awal berpantang mendapat pujian daripada netizen. Lebih memudahkan dan tidak rumit. Satu idea bernas buat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi.
Kredit: @thealisaaisyah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.
“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...