Hati ibu mana yang tak bersedih jika anaknya sakit. Sedangkan demam biasa pun sudah tak lena tidur, apatah lagi jika anak kesayangan disahkan menghidap penyakit serius yang memerlukan rawatan pakar.
Aktor terkenal Fattah Amin melalui akaun Instagram berkongsi kondisi anak saudaranya yang sedang sakit. Ia mengundang rasa sebak warganet apabila melihat bayi sekecil itu diuji dengan penyakit serius sehingga memerlukan rawatan segera.
Memuatnaik foto anak kepada adik ketiganya yang dikenali sebagai Raihan iaitu Wan Muhammad Naail atau dipanggil sebagai Naail. Di dalam gambar tersebut dapat dilihat Naail dipakaikan alat bantuan pernafasan.
Bayi comel ini disahkan menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 yang merupakan salah satu dari rare disease (penyakit jarang jumpa).
Sebelum itu, ibu kepada Naail iaitu Raihan yang merupakan adik ketiga Fattah telah memuatnaik kenyataan memohon bantuan rawatan anaknya itu.
“Treatment plan untuk Naail perlu buat sebelum Naail masuk 6 bulan. Ada masa 2 bulan sahaja lagi. 🥺”.
Kongsi Raihan lagi, Naail memerlukan rawatan sebelum usianya enam bulan. Kini, bayi lelaki tersebut mempunyai masa dua bulan lagi untuk mandapatkan rawatan pakar.
Ads
Ubat Paling Berkesan, Telan Kos RM9 Juta
“Kami sudah bersiap sedia dan positif sebelum doktor bagitahu kami, namun air mata tetap mengalir apabila doktor mengatakan, tanpa penjagaan yang Rapi, hampir 95% pengidap SMA Type 1 tidak akan dapat survive sehingga umur 2 tahun.”
Bukan sedikit kos yang perlu ditanggung, maka dia dan suami mengambil keputusan untuk memohon sumbangan orang ramai untuk tujuan rawatan Naail.
Tambahnya lagi, ubat paling berkesan untuk merawat penyakit anaknya adalah jenis Zolgensma yang bernilai kira-kira RM9 juta.
“Dari segi ubat. Ianya ada 3 jenis ubat. Dan ubatnya sangat mahal. Ubat paling efektif adalah Gene Theraphy, iaitu Ubat Zolgensma yang harganya mencecah 1.9 million USD lebih kurang RM9 juta. Ianya diketegorikan ubat paling mahal di USA.”
Ads
Doakan Kesejahteraan Naail
“Mohonkan doakan juga kesejahteraan buat adik Naail dapat membuat treatment secepat mungkin. 🤲🏻”.
Raihan berharap dengan sumbangan orang ramai dapat membantu untuk membiayai kos rawatan serta memohon doa orang ramai untuk anaknya.
Sama-sama kita doakan kesihatan Naail bertambah baik dan segala urusan Raihan sekeluarga dipermudahkan. Bagi anda yang mahu memberikan sumbangan bolehlah menghubungi ayah Naail di: 011-19961551
Kerisauan mak ayah pada anak-anak yang bersekolah ketika musim panas ini akhirnya boleh menarik nafas lega bila mana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh mengenai cuaca panas yang memburukkan keadaan di sesetengah tempat.
Tambahnya lagi, penutupan itu dilakukan berikutan cuaca panas yang sedang melanda beberapa negeri pada ketika ini.
“Sekiranya untuk tiga hari berturut-turut lebih daripada 37 darjah Celsius, maka penutupan sekolah akan dilakukan.
“Jadi itu bergantung kepada situasi semasa mengikut kawasan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Sirkuit ‘Allianz Junior Badminton Championship’ di Wintel Sport, Taiping, Perak.
Tindakan tersebut dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada dan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah sedia maklum berkenaan garis panduan itu dan ia masih terpakai.
Menurut Kah Woh, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.
Malah menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang seperti dipetik portal tempatan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu dilaksanakan jika sekolah-sekolah di kawasan cuaca panas ditutup.
“Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu dilaksanakan jika sekolah-sekolah di kawasan cuaca panas ditutup,” katanya.
Katanya lagi, NUTP menyokong langkah menutup sekolah sekiranya cuaca panas) ini memberikan kesan buruk kepada kesihatan murid.
Mengulas mengenai PdPR, Aminuddin berkata, pengalaman terdahulu sudah tentu membolehkan PdPR dapat dilaksana dengan lebih tersusun dan berkesan berbanding sebelum ini.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ibu bapa yang mempunyai anak lewat bertutur dipelawa menyertai program saringan dan pengesahan kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor.
Anak Istimewa Selangor (Anis) memaklumkan mereka yang berminat boleh mendaftar mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 21 Julai ini dan ia adalah percuma.
“Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? Ingin tahu lebih lanjut berhubung masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? Yang paling penting, ia percuma!.
“Program saringan ini khusus kepada kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan mahupun rujukan daripada doktor pakar. Jangan lepaskan peluang dan segera daftar sebelum 21 Julai ini,” tulisnya di Facebook.
Beruntung sungguh Elisya Sandha dapat mentua yang sayang sangat padanya. Dilayan seperti anak sendiri, tak semua menantu dapat layanan istimewa ini.
Biasanya kebanyakan wanita bila bersalin lebih selesa berpantang di rumah ibu sendiri. Namun lain pula bagi Elisya apabila Sheila Rusly yang tawarkan diri untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang. Memang bertuah jadi menantu Sheila Rusly ni!
Menerusi perkongsian Elisya di instagramnya, dia ada memuat naik beberapa keping gambar menu berpantang hasil air tangan Sheila Rusly.
Setiap hidangan itu nampak sangat menyelerakan ditambah pula dengan cara hidangan itu yang memang tip top seperti pakej berpantang.
Dalam banyak-banyak rezekiku, rezeki yang ini tidak pernah ku duga untuk dapat ibu mentua yang penyayang, terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu kepada ku..
Thank you mama @sheilarusly_jspictures for cooking makanan pantang yang sedap sangat.
Dapat mentua yang baik satu rezeki, untung Elisya..
Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira melihat keakraban menantu dan mentua ini. Ibarat layanan Sheila Rusly pada Elisya first class.
“Bertuah Elisha dapat mentua yang baik hatinya❤️ MasyaAllahh tabarakAllah alhamdulilah.”
“Melahirkan zuriat anak kita, cucu kita bukan satu benda yang mudah. Layanan sebegini yang patut dicontohi. Sebagai anak menantu bila dah dapat mertua baik jadi la yang baik juga. In sha Allah.”
“Rezeki seronok dapat mertua yang baik sama dengan kita..Alhamdullillah 💚💚💚💚💚 benda paling nikmat sekali.”
“Mertua yang baik juga salah 1 rezeki…untung Elisya..selamat berpantang.”
“Dapat mertua yang baik adalah rezeki yang kita kena jaga hati dan perasaan dia dan sentiasa hargai kekurangan dan kelebihan dia ❤️.”
Sementara itu, di instagram Sheila Rusly, dia berpuas hati dapat menyediakan lauk berpantang untuk Elisya hasil air tangannya sendiri.
Biarpun menantunya itu mengambil khidmat confinement lady untuk mengurut dan menguruskan bayi sepanjang tempoh pantang, tapi makanan berpantang tetap disediakan setiap hari oleh Sheila.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.