Perlukan RM9 Juta Untuk Rawatan Segera, Anak Saudara Fattah Amin Hidap ‘Rare Disease’

Share

Hati ibu mana yang tak bersedih jika anaknya sakit. Sedangkan demam biasa pun sudah tak lena tidur, apatah lagi jika anak kesayangan disahkan menghidap penyakit serius yang memerlukan rawatan pakar.

Aktor terkenal Fattah Amin melalui akaun Instagram berkongsi kondisi anak saudaranya yang sedang sakit. Ia mengundang rasa sebak warganet apabila melihat bayi sekecil itu diuji dengan penyakit serius sehingga memerlukan rawatan segera.

Baca Juga:

Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai

Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!

Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!

Memuatnaik foto anak kepada adik ketiganya yang dikenali sebagai Raihan iaitu Wan Muhammad Naail atau dipanggil sebagai Naail. Di dalam gambar tersebut dapat dilihat Naail dipakaikan alat bantuan pernafasan.

Bayi comel ini disahkan menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 yang merupakan salah satu dari rare disease (penyakit jarang jumpa).

Perlu Rawatan Segera, Sebelum Usia Masuk 6 Bulan 

Sebelum itu, ibu kepada Naail iaitu Raihan yang merupakan adik ketiga Fattah telah memuatnaik kenyataan memohon bantuan rawatan anaknya itu.

“Treatment plan untuk Naail perlu buat sebelum Naail masuk 6 bulan. Ada masa 2 bulan sahaja lagi. 🥺”.

Kongsi Raihan lagi, Naail memerlukan rawatan sebelum usianya enam bulan. Kini, bayi lelaki tersebut mempunyai masa dua bulan lagi untuk mandapatkan rawatan pakar.

Sumber foto: Instagram raihanaminz

Ubat Paling Berkesan, Telan Kos RM9 Juta

“Kami sudah bersiap sedia dan positif sebelum doktor bagitahu kami, namun air mata tetap mengalir apabila doktor mengatakan, tanpa penjagaan yang Rapi, hampir 95% pengidap SMA Type 1 tidak akan dapat survive sehingga umur 2 tahun.”

Bukan sedikit kos yang perlu ditanggung, maka dia dan suami mengambil keputusan untuk memohon sumbangan orang ramai untuk tujuan rawatan Naail.

Tambahnya lagi, ubat paling berkesan untuk merawat penyakit anaknya adalah jenis Zolgensma yang bernilai kira-kira RM9 juta.

“Dari segi ubat. Ianya ada 3 jenis ubat. Dan ubatnya sangat mahal. Ubat paling efektif adalah Gene Theraphy, iaitu Ubat Zolgensma yang harganya mencecah 1.9 million USD lebih kurang RM9 juta. Ianya diketegorikan ubat paling mahal di USA.”

Sumber foto: Instagram raihanaminz

Doakan Kesejahteraan Naail

“Mohonkan doakan juga kesejahteraan buat adik Naail dapat membuat treatment secepat mungkin. 🤲🏻”.

Raihan berharap dengan sumbangan orang ramai dapat membantu untuk membiayai kos rawatan serta memohon doa orang ramai untuk anaknya.

Sama-sama kita doakan kesihatan Naail bertambah baik dan segala urusan Raihan sekeluarga dipermudahkan. Bagi anda yang mahu memberikan sumbangan bolehlah menghubungi ayah Naail di: 011-19961551

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Published by
Emy H