Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, mengambil kira keperluan rakyat dan telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang layak melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Permohonan BKM 2022 telah dibuka. Pemohon boleh memohon atau mengemaskini mulai : 1 Januari 22 – 31 Januari 22.
Siapa yang perlu membuat Permohonan Baru?
✅ Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM.
✅ Pemohon yang tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP.
Siapa yang perlu membuat Kemas Kini?
✅ Individu, pemohon BPR 2021 termasuk mereka yang tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP.
✅ Penerima BPR 2021 dan BKC yang mempunyai perubahan bilangan anak, jumlah pendapatan atau status perkahwinan.
Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut :
◾Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
◾Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
◾Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.
Berapa jumlah bantuan BKM untuk setiap kategori?
✅ Rujuk gambar di bawah.
* Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memilih nama anak merupakan detik indah bagi setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata. Menjadi trend kini apabila ibu bapa meletakkan nama anak dengan nama yang sangat panjang. Namun, lain pula ceritanya apabila seorang bapa berkongsi nama anaknya yang akhirnya tular di media sosial.
Mohamad Arif Mohamed Kasim sengaja meletakkan nama ‘Airis Aurora’ kepada anak sulungnya agar dia terpaksa duduk di meja hadapan setiap kali peperiksaan utama di zaman persekolahannya kelak.
Ads
Menurut laporan MStar, Arif berkata, “Saya pilih nama mula huruf A agar urusan dia akan lebih mudah di sekolah nanti.”
Ads
“Kebiasaannya pengawas peperiksaan akan ramai di depan. Dari situ dia akan jujur dan apa yang diusahakan masa belajar di kelas itulah yang dibawa semasa masuk ke dewan peperiksaan nanti,” tambahnya lagi yang juga merupakan peminat tegar permainan Mobile Legend.
Ads
“Airis bermaksud bunga manakala Aurora pula diambil sempena nama hero Mobile Legend,” jelas bapa berusia 25 tahun itu.
Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengenai idea nama tersebut, Arif berkata dia terpanggil untuk menamakan anaknya bermula dengan huruf A berdasarkan pengalamannya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah sekolah.
“Setiap kali keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan, nama yang bermula huruf A akan berada di atas sekali. Jadi saya tak perlu tengok satu-satu nama yang ada sebab nama anak saya akan berada di atas sekali. Saya hanya perlu pandang arah atas sahaja,” jelasnya.
Pada masa yang sama Arif juga berkata yang memberikan nama anaknya dengan huruf A bakal memudahkan urusan dia mengambil kad laporan kelas anaknya nanti.
Katanya, “Kebiasaannya ibu bapa akan datang ke sekolah untuk tandatangan kad laporan. Jadi saya tak perlu tunggu lama kerana anak saya akan dipanggil awal.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.
Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.
Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.
Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.
Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.
Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
Pelakon popular, Sharifah Sakinah menjual barangan preloved di TTDI untuk membantu kutipan amal buat adik Balqis. Barangan mewah dijual dengan harga yang murah untuk mendapatkan dana rawatan adik Balqis.
Adik Balqis (Pelakon) telah disahkan menghidap kanser setelah ibunya memuat naik status menerusi akaun instagramnya memaparkan gambar pelakon kanak-kanak tersebut memakai topeng mulut dengan caption menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.
Menerusi Instagram Sakinah, beliau telah memuat naik gambar nya sedang menjual barangan preloved beserta caption “Hi netizens! Dtg lah! Ralph lauren 100 adidas 100 lv 1000 ??? Semuanya untuk my baby @rockingbalqismwah! As you all may know Puteri Balqis is currently battling for cancer. You can do your part in helping by supporting our event today at Rasta TTDI. Come and join me there from 5pm onwards and give support by buying our preloved stuffs for charity. Stay strong Puteri Balqis, we love you. *hugs*
Rata-rata netizen terkejut dengan keadaan adik Balqis, mereka turut mendoakan adik Balqis cepat sembuh. Sikap prihatin Sakinah dan sanggup turun padang untuk membantu dana kutipan untuk rawatan adik Balqis dipuji ramai.
Alhamdulillah bersemangat artist-artis mencari dana untuk membantu
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.