Permohonan program matrikulasi Sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember. Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Disember ini hingga 28 Februari 2025.
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Mulai 1 Disember
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” menurut kenyataan itu.
Tahniah diucapkan buat pelakon Yana Samsuddin yang telah pun selamat melahirkan anak ketiganya yang merupakan seorang bayi lelaki.
Menerusi Instagram, Yana berkongsi kisah kelahiran anak ketiga itu selepas mengalami masalah darah tinggi sehingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
“Alhamdulillah syukur akhirnya baby boy selamat dilahirkan. Lepas hormon dah kacau bilau sebelum ni. Allahu.
“Lepas empat hari kat hospital itu hari, BP masih tak stabil dari 140 sampai ke 170. Suami decide nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin walaupun BP tinggi.
“Semua group kerja Yana, bisnes dan belajar, suami dah archive & mute notification, tak nak Yana tengok. Suami nak Yana betul betul berehat.
“Alhamdulillah hari ke 5 doktor bagi Yana keluar dari hospital,” kongsinya.
Suami buat suprise
Paling mengharukan kata Yana, suaminya, Fadzil Zahari membuat kejutan dengan membawanya ke pusat berpantang sebaik selepas dibenarkan pulang dari hospital.
Langsung tidak membuat apa-apa persiapan, Yana berterima kasih di atas penghargaan suami buat dirinya. Dapatlah Yana berehat panjang dan paling bersyukur masalah darah tinggi yang dialaminya itu kini semakin baik.
“Masa masuk dalam kereta Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada 2 set. Tu pun mana yang sempat dia lari beli masa lepas bersalin, kat kedai baby bersekitaran hospital.
“Yana pun baru teringat nak beli pad & kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua tu.. aik? Pelik kite.
“Rupanya suami buat surprise! Dia bawak Yana ke @klcpostnatalcare. Tak terfikir yana akan berpantang di sini… waaaaaaaa!
“Sebab kat rumah dia dah siap buat bilik & beli katil baru untuk Yana berpantang di tingkat bawah, tak bagi kite naik tangga berpantang di tingkat atas. Susah nak monitor katanya.
“Apa alasan dia hantar kat sini, sebab dia nak ubah enviroment Yana, dari view hospital, nak Yana selesa macam lepak rumah santai tengok movie je. Ada nurse jaga 24 jam untuk mommy & baby. Makan pakai semua ready, tak payah fikir apa-apa.
“Waa, terharu lagi, syukur sangat saya rasa Ya Allah. Kita senyum je sepanjang perjalanan nak sampai ke confinement centre, tak dapat bayang kan macam mana nanti, sebab suami kata datang je sehelai sepinggang.
“Terima Kasih #EnKetuaRumah. Ingatkan dah kurang sayang i dah. Kita tanya kenapa tak peluk Yana masa saya marah sangat malam tu, dia cakap #KakYong garang sangat, nanti dia pun kena marah sekali.
“Tapi Yana dah minta maaf dah sebelum bersalin masa tu. Kita bukan materialistik, Yana juga manusia biasa, ada perasaan dan ada ketika Yana tak perasan sensitif tiba-tiba.
“Suami cakap duduk je KLC ni rehat, tak sangka dari BP 140 lebih kena makan ubat darah tinggi boleh improve ke normal, syukur sangat, rezeki dari Allah,” kongsinya.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Gara-gara membuat kesilapan sewaktu mendarat ketika pergerakan akrobatik sewaktu menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show (THSS) pada minggu lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui kawasan jahitan pembedahannya mengalami kesakitan.
Semuanya kerana kesilapannya sewaktu mendarat hingga memberikan kesan pada bahagian perutnya yang kini masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pembedahan (czer) pada Disember lalu.
Hal itu dikongsikan Ayda menerusi satu hantarannya di media sosial miliknya semalam.
Pun begitu tambah Ayda dia tidak berputus asa sebaliknya mencuba dan berlatih lagi sehingga membuat aksi lompatan itu sempurna.
“Percubaan pertama mendarat ke depan. Berdenyut tempat czer. Satu malam tak buat dah.
“Esok cuba lagi. Terbang berpusing dan mendarat ke belakang. Alhamdulillah. Berlatih sampai sempurna,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan malah menasihati penyanyi kesayangan ramai itu untuk tidak terlalu extreme dalam membuat persembahan demi menjaga kesihatan dirinya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Disember lalu.
Mereka juga menasihati Ayda untuk beristirehat dan melakukan pemeriksaan pada bahagian perut lebih-lebih lagi penyanyi berusia 32 tahun itu belum pulih sepenuhnya.
Sepanjang menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show yang bersiaran di Astro itu, Ayda dilihat sentiasa mempamerkan persembahan cemerlang dan terbaik setiap minggu.
Pelakon yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, Mia Ahmad melahirkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran sewaktu berada di wad sebelum melahirkan anak ketiga minggu lalu.
Mia berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian paparan skrin mesej perbualannya dengan ustaz yang banyak membantunya mengaji al-Quran.
“Anyway ustaz saya nak inform saya dah khatam, saya khatam di dalam wad hari nak bersalin tu. Syukur ustaz..saya bawa al-Quran. Alhamdulillah dapat khatam kat sana.
“Finally ustaz selepas 34 tahun hidup alhamdulillah, Ramadan kali ni fight lagi. Lepas ni nak betulkan bacaan ya ustaz. Insyaallah ustaz.
“Terima kasih banyak-banyak bantu saya, celikkan ramai yang masih buta Quran,” katanya.
Berkongsi mengenai perkara itu lagi, isteri kepada pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi turut mengakui dia banyak memberi alasan untuk ‘ponteng’ mengaji ketika zaman kecil.
“Dulu masa kecil selalu ponteng mengaji. Dah umur macam ini baru nak khatam. Boleh baca tapi banyak excuse. Lepas ni harapnya tak ada excuse lagi.
“Terima kasih guruku. Semoga Allah merahmati dan melipat kali ganda usaha ustaz sebab mengajarkan al-Quran. Ustaz sabar dan ajar saya dan suami lancar membaca,” kongsinya.
Terdahulu Tarmizi berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari lalu.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahay mata iaitu Sayf Issa,4, dan Iris yang kini berusia 2 tahun.