Bagi mak ayah yang ternanti-nanti permohonan untuk memasukkan anak ke TABIKA KEMAS sesi 2026/2027, mak ayah boleh mendaftarkan anak sebelum terlambat.
Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS 2026 kini dibuka bermula 25 Mei sehingga 31 Ogos 2025. Jom daftar!
Untuk makluman, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS secara online.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Syarat Kemasukan / Pendaftaran:
* Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
* Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
* Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025/2026 akan dibuka mulai 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025
Ads
* Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
* Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
* Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
* Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
* Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
* Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-
* Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
Ads
* Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
* Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
* Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
* Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.
2. Sila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam – Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA
3. Ibu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.
4. Setelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.
5. Cara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan siasatan kes Allahyarham adik Zara Qairina Mahathir, terkini Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Menurut KPM, keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.” kata kenyataan itu.
KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terbabit.
Terdahulu Allahyarham adik Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan kubur Zara perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi Ahad di tanah perkuburan sama.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.
Menurut Nora, ini adalah kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melakukannya.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari.
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini,” ujarnya.
Pengalaman luar biasa
Tambah Nora lagi, ia adalah pengalaman cukup luar biasa dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni malah dia bersyukur kerana Allah membuka hatinya.
Menurut perkongsian Nora lagi, dia dan rakan tadarusnya membawa sebanyak 50 muka surat sehari bagi menyudahkan bacaan 30 juzuk mereka.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya.
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.
“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa.
“Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu ayah seharusnya menyediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Salah satunya adalah menyediakan simpanan untuk pendidikan mereka. Anak-anak boleh dilatih sedari mereka kecil untuk membuat simpanan sendiri. Macam mana tu?
Bukan sahaja ibu ayah, tetapi anak-anak juga boleh diajarkan untuk mula menyimpan sejak mereka kecil. Dengan cara ini, anak-anak akan belajar menghargai nilai duit.
Bagi menggalakkan anak-anak untuk membuat simpanan sendiri, SSPN X PA&MA telah mengadakan sebuah peraduan yang dipanggil CABARAN RM10 SSPN X PA&MA. Caranya mudah saja! Berikan anak-anak RM10.00 dan berikan mereka kebebasan untuk menggunakan duit itu.
Anak-anak bebas untuk membelanjakan duit tersebut, tetapi harus ada simpanan juga. Menarik kan?
Cara nak sertai :
Pergi ke laman Facebook Pa&Ma untuk mendapatkan template seni khas untuk peraduan ini.
Muat turun dan cetak template tersebut.
Minta anak-anak untuk hiaskan template seni tersebut mengikut kreativiti mereka. Boleh tulis, tampal gambar, lukis atau buat apa sahaja supaya template tersebut nampak menarik.
Kemudian ambil gambar template seni tersebut. Muat naik di laman Instagram anda atau mereka sendiri dengan menggunakan tanda pagar:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukbukubaru
#lovesspn
#majalahpama
Senang saja bukan? Dengan cara ini anak-anak dapat menyimpan duit dengan cara yang lebih kreatif. Mereka juga bersemangat untuk kekal konsisten menyimpan kerana mendapat sokongan penuh dari ibu ayah.
Salah satu contoh cara anak-anak boleh hiaskan template seni ini. Kreatif!
Template seni paling menarik akan dipilih sebagai pemenang. Nak tahu apa hadiahnya?
Tempat pertama – Akaun SSPN bernilai RM250
Tempat kedua – Akaun SSPN bernilai RM150
Tempat ketiga – Akaun SSPN bernilai RM100
10 x hadiah saguhati – Akaun SSPN bernilai RM50
Jangan tunggu lagi, muat turun template seni di SINI sekarang dan sertai peraduan CABARAN RM10 SSPN X PA&MA!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Pendidikan Malaysia bakal memperkenalkan Kurikulum Persekolahan 2027 yang menekankan pembelajaran holistik, kaedah co-teaching dua guru satu kelas, serta nilai murni dalam setiap mata pelajaran untuk membentuk generasi berakhlak dan berjiwa besar.