Sempena bulan kesedaran kelahiran caesarean, admin ingin berkongsi sebuah kisah ibu tabah ini melahirkan anaknya melalui pembedahan. Anak kedua dan ketiga Nurul Rashidayanti mempunyai jarak kelahiran yang sangat dekat. Ketika dibedah, doktor terpaksa tanggalkan jahitan terdahulu untuk keluarkan bayi. Kata doktor proses ini agak sukar kerana parut yang masih baru dan penyembuhan belum sepenuhnya.
Turut menceritakan tentang kelahiran sebelum ini, Nurul mempunyai masalah uri melekat pada parut pembedahan ketika melahirkan anak sulung. Nurul juga mempunyai masalah tulang pinggul kecil yang menyukarkan kelahiran normal walaupun sudah mencuba pelbagai cara.
Saya nak kongsikan pengalaman ibu 3x czer Jarak jauh (7 tahun) dan jarak dekat (1 tahun 2 bulan) Anak sulung (22 Feb 2011) Anak kedua (2 Feb 2018) Anak ketiga (11 April 2019)
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya walaupun berisiko tinggi 50-50. Rahim saya masih diselamatkan, cuma parut saya dah tak cantik, penuh dengan luka dan infection. Masa proses nak cucuk epidural pun makan masa, sebab kesan sampingan daripada czer tahun lepas(belum pulih). Kemudian, masa nak tunggu separuh badan kebas pun lambat.Kontraksi dah kerap, air mata dah meleleh tahan sakit. Tapi ubat bius lambat bertindak, doktor tunggu juga. Alhamdulillah bila dah kebas, baru start proses potong tempat lama, tanggalkan dulu jahitan terdahulu untuk keluarkan baby, doktor cakap susah nak buka, sebab parut masih baru, penyembuhan masih belum ? % sebab last czer Februari 2018.
Kes saya sebelum ni, uri lekat pada parut czer lama, akibat terlalu lama ambil haruan. Kesan haruan tu masih ada rupanya walaupun selepas bersalin anak kedua, saya tak sentuh haruan. Susah jugalah doktor buat kerja sebelum keluarkan baby. Laluan pun sempit utk keluarkan baby, kena guna forceps. Saya ada masalah tulang pinggul kecil, sebab tu tak boleh normal walaupun usaha pelbagai cara. Czer pun sukar juga. Dah nasib saya?
Ads
Alhamdulillah, 11 April 2019 pukul 10.39 pagi barulah baby berjaya dibawa keluar, Baby girl, berat 2.85kg..nasiblah kecik, sebab itulah rahim saya mampu lagi bertahan dan tidak perlu dikeluarkan, pendarahan jangan cakaplah… Saya dengar walaupun separuh sedar.
Doktor check rahim OK, tak perlu buat BTL. cuma saya dah tak boleh ambil pil/cucuk sebab mengganggu hormon. Pada orang lain, pil perancang halang kehamilan, tapi bagi saya yang kitar haid tak tetap, pil perancang /cucuk boleh menjadikan saya subur.
Selepas baby lahir, proses jahit dan tampal semula pun lama, doktor cuci dan rawat luka2 dalaman. Sekejap je rasa bius di badan, pukul 1 dah rasa bisa badan, Allahuakbar, sakitnya berganda daripada sakit sebelum ni. Saya terpaksa diberikan ubat tidur untuk kurangkan stress badan. Darah banyak. Untuk elak tumpah darah, sebab tu saya perlu tidur.
Ads
Hari kedua pun saya masih mamai, tak boleh membuang angin, sendawa dan effect juga pada penghasilan susu. Tapi saya cuba tenangkan diri, selawat banyak2. Ubat masih juga on lagi. Saya tak stress pun fikir pasal baby, sebaliknya stress pada fizikal sebab angin, sembelit, kurang selera makan dan muntah.
Hari ni hari ketiga, baru pulih, berkat doa dan kata2 sokongan daripada semua yg mendoakan kesihatan saya. Cuma selepas ni perlu bersedia melalui fasa jaundice baby. Kedua-dua anak sebelum ini prolonged jaundice. Buat masa sekarang ni, baby fm dulu sebab susu belum keluar cuma baru ada kolestrum setitik 2…
Doakan saya cepat sembuh ye, saya terpaksa berpantang sendiri nanti dengan seorang anak autisme (8 tahun) dan seorang anak kecik (1 tahun). Saya hanya mampu harapkan suami untuk uruskan anak, tak mampu nak upah orang lain (confinement lady).
Ads
Untunglah jika masih ada orang yang prihatin terhadap bayi baru lahir dan boleh menguruskan sehingga habis berpantang, bagi yang berpantang sendiri dan cuma ditemani suami dengan menguruskan anak2 sedia ada, lagi terseksa.
Hari ini (14 April 2019) saya dah boleh discaj dari hospital, cuma baby masih dalam pemantauan kerana jaundice (kuning). Sakitnya rasa, batuk dan selsema dan menyerang saya dan anak beranak termasuk suami. Perit tahan batuk dan bersin selepas czer. Harap mental dan emosi saya kuat bila balik rumah. Sekarang dah rasa bisa satu badan.
Pa&Ma doakan agar Nurul segera pulih serta anaknya sihat-sihat sahaja. Semoga Nurul sekeluarga terus kuat dan mampu melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah.
Wanita sering dikaitkan dengan tabiat suka membeli belah. Sudah lumrah wanita, terutama apabila ada jualan murah atau untuk menyokong bisnes kawan. Berbelanja umpama satu terapi buat wanita, tetapi bukan bermakna mereka lupa diri dan boros. Ada sesetengah wanita, hanya teringatkan suami dan anak-anak ketika shopping.
Setiap apa barangan yang dibeli adalah untuk keluarganya. Sebagai suami yang baik, janganlah dihalang si isteri untuk shopping sekali-sekala. Reda dan anggaplah ia sebagai satu ganjaran yang anda berikan padanya atas segala pengorbanan yang pernah dia lakukan untuk anda.
Ikuti apa kata pendakwah bebas, Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat tentang sebab dan perbezaan bagi setiap wanita yang suka bershopping.
Terdapat tiga kategori membeli-belah si isteri yang perlu suami ambil tahu:
1. SHOPPING KEPERLUAN – Biasanya untuk beli barangan keperluan rumah dan untuk keluarga. Shopping yang ini mudah diterima suami dan tidak menimbulkan masalah.
2. SHOPPING AKSESORI – Saja-saja beli dan tidak mengikut keperluan. Kalau isteri shopping aksesori, jarang suami nak faham. Lumrahnya memang itulah fitrah wanita sukakan perhiasan manakala lelaki fitrahnya tidak begitu memerlukan perhiasan. Biasanya jika isteri beli barangan ini, akan ditegur oleh suami.
3. KEPUASAN FITRAH DIRI – Keadaan ini perlu suami fahami kerana dengan melayan isteri membeli-belah boleh membahagiakannya. Mereka akan terasa dihargai walaupun hanya berbelanja sedikit atau hanya window shopping dalam suasana yang membahagiakan.
Suami Atau Isteri, Fahami Nasihat Ini
ISTERI
*Rujuk pada suami secara rasional untuk berbelanja. Elak keluarga dengan kawan-kawan kerana wanita cenderung untuk berbelanja boros tanpa kawalan.
*Berbelanja sudah menjadi tuntutan fitrah dan sebagai terapi yang membahagiakan. Tetapi seeloknya keluarlah dengan suami.
*Sebaik-baiknya aturkan jadual untuk bershopping. Contohnya, mungkin boleh keluar ‘balanja besar’ dua kali sebulan dengan bajet tertentu.
*Memang sifat wanita suka belikan barang untuk orang yang mereka sayangi, tetapi sebolehnya elakkan daripada membuatkan suami terasa tidak dihormati kerana berbelanja tanpa kebenarannya.
SUAMI
*Fahami fitrah kewanitaan isteri dan temani dia ketika membeli-belah. Tidak semestinya keluar duit isteri bahagia, kadang-kadang cara anda melayani mereka juga boleh buat isteri bahagia.
*Layankan keinginan mereka untuk bershopping, tetapi kawal keinginan mereka dengan cara yang tidak menyakitkan hati dia.
*Temani isteri shopping, raikan sebahagia fitrahnya dan nasihatlah dengan positif.
*Belikan sesuatu yang istimewa untuk isteri untuk meraikannya, mana tahu dapat bantu mengurangkan tabiat suka membeli-belahnya itu.
Susulan kes penculikan bayi berusia sembilan oleh cucu pengasuh baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan trauma buat mangsa dan ibu bapanya.
Menerusi perkongsian di mStar, ibu kepada Noor Raisya Mohamad Rahimi, Farisha Amirah, 24, menyatakan sehingga kini anak sulungnya itu seolah ketakutan selepas insiden tersebut.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang merupakan warga emas memaklumkan cucu perempuannya melarikan Noor Raisya ketika dia sedang solat di kediamannya di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
“Saya dengan husband balik kerja nak ambil Raisya dekat rumah pengasuh kira-kira jam 6 petang. Elok sampai depan pintu rumah, pengasuh beritahu cucu dia dah larikan anak saya.
“Kami terus ke balai polis buat laporan dan operasi mencari Raisya dipergiatkan.”
Tambah Farisha lagi, setelah enam jam mencari, polis berjaya menahan suspek utama yang berusia 14 tahun bersama dua lelaki termasuk teman lelakinya di Bukit Mertajam jam 11.50 malam.
Bagaimanapun, Raisya tidak berada dengan suspek ketika dia ditangkap.
Tidak lama kemudian, Raisya ditemui dalam satu lagi serbuan di rumah teman lelaki suspek di Kulim, Kedah dan bayi tersebut ada bersama ibu dan bapa tiri kekasih gadis terbabit.
Polis bawa anak ke Hospital Bukit Mertajam selepas dijumpai, jadi kami terus ke sana untuk buat pemeriksaan.
Syukur anak saya selamat cuma sekarang dia trauma. Dia takut kalau dibaringkan. Jadi saya pun bawa dia ke klinik dan buat rawatan Islam untuk dia.
Mengaku anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki
Bagaimanapun, menurut Farisha, pada Isnin (29 Ogos) Raisya baru selesai buat pengesahan DNA sebab suspek tiba-tiba mengaku yang anak saya ni sebenarnya hasil hubungan dengan teman lelaki dia.
Susulan kejadian, pasangan suami isteri ini juga melihat rakaman litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gadis ini melarikan anaknya menggunakan motosikal jenis Hinda EX5.
Sementara itu, Farisha turut menitipkan pesan kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak kepada pengasuh agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti berlaku padanya.
“Pastikan kita siasat dulu latar belakang famili pengasuh atau yang hantar je taska. Sebolehnya biarlah kejadian ini menjadi peringatan buat semua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, mereka adalah dalang utama kes, remaja perempuan berusia 14 tahun, teman lelakinya dan seorang rakan lelaki masing-masing berusia 18 tahun.
Turut direman adalah ibu dan bapa tiri teman lelaki suspek yang berusia 43 dan 30 tahun.
Kelima-lima suspek yang tiada rekod jenayah lampau direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini, kemasukan pesakit ke wad kanak-kanak telah meningkat hampir 300%, dengan kes-kes jangkitan seperti RSV, Influenza A/B, dan Mycoplasma pneumoniae melonjak tinggi.
Menurut Assoc. Prof. Dr Rashdan Zaki bin Mohamed, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi, KPJ DSH2, jangkitan virus dan bakteria ini menyebabkan demam berlarutan dan gangguan pernafasan yang memerlukan perhatian segera. Ibu bapa perlu faham bahawa rawatan bergantung kepada jenis dan lokasi jangkitan, serta pentingnya pencegahan melalui kebersihan dan penghindaran daripada kontak dengan individu yang tidak sihat.
“Disember! Bulan air bah, bulan tengkujuh dengan hujan mencurah-curah, juga bulan yang menyaksikan lambakan kes jangkitan kuman di kalangan kanak-kanak. “
“Saya sendiri melihat pola kemasukan ke wad kanak-kanak kami hampir naik 300% 12 perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu adalah: 1. RSV = Respiratory syncytial virus Kes RSV melonjak tinggi. Jangkitan kuman RSV membawa kepada demam panas berlarutan dengan gejala pernafasan 2. Selain RSV, kuman-kuman virus dan bakteria lain termasuk COVID-19, Influenza A/B, Mycoplasma pneumoniae, Haemophilus influenza dll juga meningkat 3. Ada juga jangkitan kuman virus (virak fever) yang tidak dapat dikenalpasti dengan calitan RV4Ag atau PCR33, memerlukan kemasukan ke wad untuk hidrasi 4. Bila bercakap berkenaan jangkitan kuman, ibu bapa harus faham sekurangnya 3 aspek 4.1 Jenis jangkitan kuman – virus atau bakteria 4.2 Lokasi jangkitan kuman – tekak, peparu, 4.3 Aspek perawatan 5. Jenis jangkitan kuman – biasanya virus. Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, manakala jangkitan kuman bakteria biasanya memerlukan antibiotik. Dan tak mustahil ada jangkitan silang keduanya
6. Untuk lokasi jangkitan kuman, terma seperti Tonsillitis, pharyngitis, bronchitis, bronchiolitis, pneumonia, UTI merujuk kepada punca jangkitan kuman 7. Sebagai contoh, Jangkitan kuman tonsils biasanya bergejala sakit tekak Jangkitan kuman peparu/bronchitis/pneumonia biasanya ada gangguan pernafasan 8. Untuk 6 dan 7, ujian darah, calitan, xray dll akan membantu doktor membuat keputusan jenis & punca/lokasi jangkitan 9. Dari segi aspek rawatan, saya suka terangkan kepafa ibu bapa 9.1 Rawatan spesifik 9.2 Rawatan sokongan 10. Rawatan spesifik
Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, kecuali influenza yang boleh menerima ubat oseltamivir. Bakteria pula dirawat dgn antibiotik. Sungguhpun begitu, biasanya virus yang mengjangkiti seoramg anak, maka, tidak semua pesakit perlu antibiotik (untuk elak kerintangan antibiotik, pemberian antibiotik harus ada indikasi dan bukan diberi sewenang-wenangnya)
11. Rawatan sokongan termasuk Infusi drip intravena untuk hidrasi Ubat demam / batuk / selsema untuk rawatan gejala -Nebuliser -Fisioterapi 12. Pencegahan Elak pendedahan dan penularan jangkitan kuman dengan menjaga kebersihan diri, pemakaian topeng muka dan elak mereka yang tidak sihat dari bersentuhan dengan kanak-kanak.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.