Sempena bulan kesedaran kelahiran caesarean, admin ingin berkongsi sebuah kisah ibu tabah ini melahirkan anaknya melalui pembedahan. Anak kedua dan ketiga Nurul Rashidayanti mempunyai jarak kelahiran yang sangat dekat. Ketika dibedah, doktor terpaksa tanggalkan jahitan terdahulu untuk keluarkan bayi. Kata doktor proses ini agak sukar kerana parut yang masih baru dan penyembuhan belum sepenuhnya.
Turut menceritakan tentang kelahiran sebelum ini, Nurul mempunyai masalah uri melekat pada parut pembedahan ketika melahirkan anak sulung. Nurul juga mempunyai masalah tulang pinggul kecil yang menyukarkan kelahiran normal walaupun sudah mencuba pelbagai cara.
Saya nak kongsikan pengalaman ibu 3x czer
Jarak jauh (7 tahun) dan jarak dekat (1 tahun 2 bulan)
Anak sulung (22 Feb 2011)
Anak kedua (2 Feb 2018)
Anak ketiga (11 April 2019)
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya walaupun berisiko tinggi 50-50.
Rahim saya masih diselamatkan, cuma parut saya dah tak cantik, penuh dengan luka dan infection. Masa proses nak cucuk epidural pun makan masa, sebab kesan sampingan daripada czer tahun lepas(belum pulih). Kemudian, masa nak tunggu separuh badan kebas pun lambat.Kontraksi dah kerap, air mata dah meleleh tahan sakit. Tapi ubat bius lambat bertindak, doktor tunggu juga. Alhamdulillah bila dah kebas, baru start proses potong tempat lama, tanggalkan dulu jahitan terdahulu untuk keluarkan baby, doktor cakap susah nak buka, sebab parut masih baru, penyembuhan masih belum ? % sebab last czer Februari 2018.
Kes saya sebelum ni, uri lekat pada parut czer lama, akibat terlalu lama ambil haruan. Kesan haruan tu masih ada rupanya walaupun selepas bersalin anak kedua, saya tak sentuh haruan.
Susah jugalah doktor buat kerja sebelum keluarkan baby. Laluan pun sempit utk keluarkan baby, kena guna forceps. Saya ada masalah tulang pinggul kecil, sebab tu tak boleh normal walaupun usaha pelbagai cara. Czer pun sukar juga. Dah nasib saya?
Alhamdulillah, 11 April 2019 pukul 10.39 pagi barulah baby berjaya dibawa keluar, Baby girl, berat 2.85kg..nasiblah kecik, sebab itulah rahim saya mampu lagi bertahan dan tidak perlu dikeluarkan, pendarahan jangan cakaplah… Saya dengar walaupun separuh sedar.
Doktor check rahim OK, tak perlu buat BTL. cuma saya dah tak boleh ambil pil/cucuk sebab mengganggu hormon. Pada orang lain, pil perancang halang kehamilan, tapi bagi saya yang kitar haid tak tetap, pil perancang /cucuk boleh menjadikan saya subur.
Selepas baby lahir, proses jahit dan tampal semula pun lama, doktor cuci dan rawat luka2 dalaman. Sekejap je rasa bius di badan, pukul 1 dah rasa bisa badan, Allahuakbar, sakitnya berganda daripada sakit sebelum ni. Saya terpaksa diberikan ubat tidur untuk kurangkan stress badan. Darah banyak. Untuk elak tumpah darah, sebab tu saya perlu tidur.
Hari kedua pun saya masih mamai, tak boleh membuang angin, sendawa dan effect juga pada penghasilan susu. Tapi saya cuba tenangkan diri, selawat banyak2. Ubat masih juga on lagi. Saya tak stress pun fikir pasal baby, sebaliknya stress pada fizikal sebab angin, sembelit, kurang selera makan dan muntah.
Hari ni hari ketiga, baru pulih, berkat doa dan kata2 sokongan daripada semua yg mendoakan kesihatan saya.
Cuma selepas ni perlu bersedia melalui fasa jaundice baby. Kedua-dua anak sebelum ini prolonged jaundice. Buat masa sekarang ni, baby fm dulu sebab susu belum keluar cuma baru ada kolestrum setitik 2…
Doakan saya cepat sembuh ye, saya terpaksa berpantang sendiri nanti dengan
seorang anak autisme (8 tahun) dan seorang anak kecik (1 tahun). Saya hanya mampu harapkan suami untuk uruskan anak, tak mampu nak upah orang lain (confinement lady).
Untunglah jika masih ada orang yang prihatin terhadap bayi baru lahir dan boleh menguruskan sehingga habis berpantang, bagi yang berpantang sendiri dan cuma ditemani suami dengan menguruskan anak2 sedia ada, lagi terseksa.
Hari ini (14 April 2019) saya dah boleh discaj dari hospital, cuma baby masih dalam pemantauan kerana jaundice (kuning). Sakitnya rasa, batuk dan selsema dan menyerang saya dan anak beranak termasuk suami. Perit tahan batuk dan bersin selepas czer. Harap mental dan emosi saya kuat bila balik rumah. Sekarang dah rasa bisa satu badan.
Pa&Ma doakan agar Nurul segera pulih serta anaknya sihat-sihat sahaja. Semoga Nurul sekeluarga terus kuat dan mampu melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah.
Sumber: Nurul Rashidayanti