Journey keibuan jadi tambah mencabar bila sudah punya anak dua. Makin payah tapi penuh rencah dalam bahagia. Kisah perjalanan Tasha Manshahar sejak punya anak dua yang penuh mencabar tapi membahagiakan kata Tasha.
Bermula dari bersalin, berpantang sehinggalah kisah membesarkan dua cahaya mata lelaki, perkongsian Tasha Manshahar dalam Anugerah BEST MAMA MILLENIAL 2022 sangat dekat dengan jiwa ibu-ibu. Kerana, semua ibu-ibu pernah melalui perjalanan ini.
“Kali kedua bersalin, memang ada jalan cerita sendiri. Tasha memang plan untuk bersalin normal. Yang 1st Czer. Tasha buat macam-macam untuk try bersalin normal. Kali ni lebih tenang and relaks. Anak 1st ni tak boleh nak relaks.”
“Kali kedua ni Tasha dah tahu macam mana nak handle bersalin czer dan Tasha dah ready sebab dah pernah rasa. Lebih berserah dan ready. Tak rasa kekurangan apa-apa pun, sebab kita doa nak selamat je.”
Ads
“Sakit bersalin ni sakit nikmat. Sakit yang datang dengan rasa bahagia. Perasaan yang ibu-ibu je dapat rasa sakit. Bila dapat baby terus lupa rasa sakit tu”
Bila berkongsi tentang penyusuan pula, setiap anak rezekinya berbeza.
“Masa anak sulung, agak mencabar sebab tiada pengalaman. Agak susah, sebab nak susukan anak tapi tak ada knowledge yang banyak. Tapi niat tu Allah mudahkan.”
“Pengalaman menyusukan Mumamar dulu saya ambil untuk gunakan pada Mateen”
Ads
Cabaran bermula setelah ada anak kedua dan itu sememangnya diakui sendiri oleh bekas penyanyi terkenal ini.
“Since day 1 dah bagitahu Muammar, dalam tummy ada adik. Bila dah selalu kenalkan bila nampak adik depan mata dia dah kenal. Cuma dia perlukan masa untuk adapt dengan adik. Now dia dah sayang sangat adik dia”
“Memang mencabar ada anak dua lagi-lagi dua-dua anak lelaki. Tapi Allah bagi kelebihan kita pada mak-mak ni untuk adapt dengan cepat”
Ads
“Pernah satu masa dulu Tasha stress sangat sebab masa tu dalam pantang, dua-dua anak nak. Tasha pun nangis bila tengok dua-dua anak masa tu. Dan Tasha terus bertenang. Dalam keadaan macam ni Tasha je yang boleh faham keadaan ni, bukan Muammar atau Mateen. Kena cepat-cepat switch mindset. Jangan terlampau rasa nak perfect.”
Ikuti perkongsian penuh Tasha Manshahar dengan pelbagai ilmu keibubapaan menarik sebagai penerima Anugerah BEST MAMA MILLENIAL 2022 dalam video di bawah.
Tidak mahu anak-anak merasa bosan di sekolah, banyak aktiviti yang dianjurkan untuk memupuk kreativiti mereka. Salah satunya adalah dengan meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sesetengah sekolah mengetengahkan tema kerjaya untuk menjayakan sambutan ini.
Mengikut minat dan cita-cita, semua murid bersemangat menggayakan pelbagai jenis pakaian yang bersesuaian mengikut tema. Namun, kisah seorang ayah yang berkongsi di akaun TikTok tentang anak perempuannya yang dipanggil Auni, mendapat perhatian ramai.
Nak dijadikan cerita, anaknya berkeras untuk menjadikan pekerjaan si ayah sebagai kerjaya pilihan. Biarpun disuruh untuk memilih kerjaya yang lain, kanak-kanak perempuan itu tetap berkeras mahu pakai uniform ayahnya.
“Aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak. Alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal..”
Jom tengok video Auni pakai uniform si ayah;
Melihat uniform ayahnya, dipercayai dia merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di negeri Perak.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Dengan bangga Auni menyarungkan si ayah. Walaupun ayahnya menyuruh memilih kerjaya yang lain, Auni menolak. Katanya, dengan pekerjaan itulah ayahnya dapat memberi mereka sekeluarga makan dan tempat tinggal.
Melihat sikap Auni yang sangat menghargai dan bagga dengan ayahnya membuatkan ramai pihak tersentuh. Bagus didikan ibu ayah Auni, pasti dia akan membesar menjadi seorang anak yang merendah diri dan sentiasa menghormar orang lain.
Rumah tangga bahagia antara penyebab utama rezeki sentiasa murah untuk keluarga. Kita rasa tak cukup tapi sebenarnya Allah akan mencukupkannya dalam keadaan kita tak sedar.
Dalam mencapai tujuan ini, suami isteri dan anak-anak perlu saling menghormati satu sama lain. Rezeki Allah SWT amat luas untuk keluarga yang bahagia.
Sentiasalah amalkan beberapa amalan murah rezeki bersama keluarga tercinta mudah-mudahan kehidupan keluarga terus bahagia dan rezeki pun sentiasa dekat .
Berikut perkongsian dari Ustaz Mujahidin Al Banjari yang menyarankan untuk kita buat amalan yang sangat mudah. Ayat ni elok di amalkan ketika anda hendak membasuh beras dan ketika sedang membasuh beras.
Antaranya baca:
Al Fatihah 1x di sambung Ayat di bawah dan di sudahi dengan selawat 3x..
InshaAllah rezeki anda sekeluarga tidak akan putus. Pastikan jika nak beli beras baru, beras lama tinggalkan sedikit jangan bagi habis terus supaya rezeki kita tak putus.
Apa pun semua di atas izin Allah jua, jika tiada ibadah, doa dan usaha rezeki itu tidak akan datang sendiri. Semoga kita semua di murahkan rezeki oleh Allah.
Selain amalan tersebut, 10 petua murah rezeki ini juga elok diamalkan bersama dan sentiasa didik diri, pasangan dan anak-anak untuk sama-sama melakukannya.
1. Didik anak-anak untuk menyimpan dan juga bersedekah
2. Bawa anak-anak membantu orang tua-tua dan anak yatim piatu
3. Suami dan isteri bertanggungjawab dalam menggembirakan anak-anak
4. Makan bersama-sama jangan lupa solat berimam juga bersama sekeluarga
5. Didik anak solat, membaca Al Quran dan berpuasa
6. Ajar anak doa-doa yang mudah untuk diamalkan
7. Didik anak-anak untuk menghormati ibu bapa dan orang tua
8. Jangan biarkan anak-anak bergaduh berpanjangan, begitu juga suami isteri!
9. Gunakan perkataan dan pertuturan yang baik dan lemah lembut sesama keluarga
10. Tambahkan zuriat sekiranya mampu untuk lebih murah rezeki!
Rezeki sememangnya luas, lebih luas lagi apabila diusahakan bersama keluarga!
Bukan mudah untuk ajar anak suap makan sendiri, lebih-lebih lagi jika anak masih berusia tiga tahun ke bawah. Namun bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini tip berkesan daripada Puan Asnadirah tentang cara ajar anak makan sendiri yang dia amalkan sejak si manja umur 7 bulan lagi.
Belajar benda baharu ketika besarkan Aisy Naufal
Muhammad Aisy Naufal, 3 tahun, merupakan kelahiran sulung bagi Puan Asnadirah Amir Hamzah dan Encik Mohd Nazwal Abd Latiff.
Aisy anak yang ceria dan manja serta aktif bermain selain mempunyai pelbagai keletahnya yang tersendiri.
Bagi Asnadirah, banyak benda baharu yang dipelajarinya sepanjang membesarkan anak lelaki sulungnya itu.
Ini termasuklah ketika mula-mula mengajarkan bayi makan. Namun, kesemuanya dapat dilalui berkat sokongan suami dan keluarga tercinta.
Bukan mudah untuk ajar anak suap makan sendiri, lebih-lebih lagi jika anak masih berusia tiga tahun ke bawah. Namun bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini tip berkesan daripada Puan Asnadirah tentang cara ajar anak makan sendiri yang dia amalkan sejak si manja umur 7 bulan lagi.
Belajar benda baharu ketika besarkan Aisy Naufal
Muhammad Aisy Naufal, 3 tahun, merupakan kelahiran sulung bagi Puan Asnadirah Amir Hamzah dan Encik Mohd Nazwal Abd Latiff.
Aisy anak yang ceria dan manja serta aktif bermain selain mempunyai pelbagai keletahnya yang tersendiri.
Bagi Asnadirah, banyak benda baharu yang dipelajarinya sepanjang membesarkan anak lelaki sulungnya itu.
Ini termasuklah ketika mula-mula mengajarkan bayi makan. Namun, kesemuanya dapat dilalui berkat sokongan suami dan keluarga tercinta.
Timbul kesedaran hendak ajar anak makan ketika Aisy 7 bulan
Asnadirah menyatakan bahawa, dirinya mula timbul kesedaran untuk mengajar Aisy suap makan sendiri ketika anaknya itu berumur 7 bulan.
Ini kerana, Aisy sudah mula diperkenalkan kepada makanan pepejal sewaktu berusia 6 bulan lagi.
“Pada usia 7 bulan saya melatih Aisy untuk memegang sendiri makanan yang disediakan untuknya. Semestinya pada awal proses untuk Aisy makan sendiri sangat mencabar, kerana kanak- kanak pada usia ini sedang belajar mengenali bentuk, rasa dan makanan itu sendiri,” ujarnya.
Tidak menafikan tempat makan akan sentiasa bersepah setiap kali memberi Aisy makan sendiri, namun Asnadirah tidak merungut biarpun perlu mengemop lantai setiap kali selepas waktu makan anaknya.
Dia akui, rutin seperti ini agak memenatkan namun ia dianggap sebagai satu kenangan indah buatnya dalam proses mengajar anak untuk suap makan sendiri.
Ini cara ajar anak makan sendiri yang Puan Asnadirah amalkan
Ada beberapa petua yang pembaca semua boleh cuba amalkan berdasarkan perkongsian ibu ini. Antaranya ialah:
#1. Rajin membaca tip daripada ibu berpengalaman
Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu muda sepertinya untuk mendapatkan tip daripada mereka yang berpengalaman.
Asnadirah sendiri banyak mencari tip bagaimana untuk ajar anak suap makan sendiri di media sosial dan juga di majalah kesihatan.
#2. Mula ajar apabila anak sudah pandai pegang sesuatu
Asnadirah mula mengajar Aisy makan sendiri saat anaknya itu sudah boleh memegang sesuatu benda dengan tangannya tanpa sebarang bantuan.
Namun dia juga berhati-hati dengan jenis makanan yang diberi agar ia bersesuaian dengan usia anaknya yang masih di bawah umur dua tahun pada ketika itu.
#3. Kenalkan nama dan bentuk makanan kepada anak
Tambah Asnadirah lagi, langkah seterusnya yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan nama dan bentuk makanan kepada Aisy.
“Makanan pertama yang Aisy boleh pegang adalah jejari kentang. Saya buatkan makanan untuk Aisy yang mudah untuk dipegang sendiri. Seawal umurnya 7 bulan, saya sudah memperkenalkan nama dan rasa makanan kepada Aisy”.
Kaedah memberikan peluang untuk anak makan sendiri dengan pelbagai bentuk dan saiz makanan ini sangat bagus untuk merangsang kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak.
#4. Berikan set pinggan dan cawan cantik untuk tarik minat anak
Selain itu, Asnadirah juga mendapatkan set pinggan, cawan dan peralatan makan kanak-kanak yang cantik untuk menarik minat Aisy ketika makan.
Malah, dia akui bahawa anaknya akan sentiasa teruja dan gembira apabila melihat set peralatan makanannya itu.
Selain itu, setiap hari sebelum waktu makan, Asnadirah akan memberitahu anaknya sebab mengapa dia perlu suap makan sendiri.
Ini bertujuan untuk memudahkan Aisy memahami tujuan dan menurutinya dengan baik.
#5. Pelbagaikan menu makanan harian
Langkah terakhir sebagai cara ajar anak makan sendiri adalah dengan mempelbagaikan menu makanan harian mereka. Menurut Asnadirah,
“Saya berusaha setiap hari untuk menyediakan menu dengan pelbagai warna untuknya. Contohnya, sewaktu sarapan saya akan memasak nasi goreng bayi. Pada waktu minum pagi pula, saya menyediakan kentang ungu goreng. Pada waktu makan tengah hari, saya membuat nasi ayam bayi untuknya. Saya juga memberikan Aisy buah betik pada waktu makan petang. Jadi, kanak-kanak tidak jemu untuk makan dan sentiasa gembira apabila melihat pinggannya dipenuhi warna makanan yang menarik.”
Anak boleh pilih makanan kegemarannya
Antara kelebihan apabila anak makan sendiri ialah, anak boleh memilih makanan yang hendak dimakannya.
Jadi, ibu bapa boleh mengetahui makanan yang digemari dan kurang digemari oleh anak.
Ini boleh membantu ibu bapa untuk menyediakan makanan yang sesuai dengan selera anak pada masa akan datang. Jadi, ibu bapa pun tidak perlu ‘bergaduh’ lagi dengan anak apabila tiba waktu makan mereka.
Selain itu, ibu bapa juga boleh makan dengan tenang dan santai bersama anak, tanpa perlu menyuap anak setiap masa.
Sabar dan nikmati proses pembelajaran anak
Mengajar anak makan sendiri pastinya mempunyai pelbagai cabaran yang tersendiri.
Namun menurut Asnadirah, kuncinya ialah sentiasa sabar dan nikmati proses mengajar anak untuk makan sendiri. Makanan yang bersepah merupakan perkara yang normal bagi seorang kanak-kanak.
Jika anak membuat perangai ketika waktu makan, cuba cari jalan untuk meredakan emosi mereka.
Elakkan memarahi anak ketika mereka meragam kerana ini akan membuatkan mood anak menjadi terganggu dan ini lebih sukar mengajarnya untuk makan sendiri.