Pernah dengar mengenai bunga kembang semangkuk tak? Dengarnya khasiat kembang semangkuk ini dapat membantu mengatasi masalah anak batuk, betul ke?
Jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini. Moga bermanfaat!
Apa itu bunga kembang semangkuk?
Selain dikenali dengan nama saintifiknya Scaphium affine atau Sterculia lychnophora, kembang semangkuk turut dipanggil dengan nama Malva nut.
Ia merupakan spesies pokok malar hijau yang berasal dari Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo.
Dipercayai terdapat banyak khasiat kembang semangkuk terutamanya dalam bidang masakan dan perubatan tradisional.
Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.
Khasiat kembang semangkuk untuk anak batuk dan sembelit
Bercakap mengenai ketidakselesaan tekak, jika anak mengalami batuk, sudah tentu sebagai ibu bapa, kita akan berasa susah hati. Biasanya jalan yang dipilih untuk merawat situasi tersebut adalah dengan memberikan ubat batuk.
Tetapi menerusi perkongsian hantaran di laman Facebook milik Dr Mazliana Mazlan, kembang semangkuk ini dikatakan cara yang dapat membantu menyembuhkan anak yang kerap batuk.
Menurutnya, kandungan bassorin dalam kembang semangkuk berperanan untuk membantu mengurangkan keradangan pada sel badan.
Pastinya anda akan tertanya, “Nak ke anak minum air rendaman kembang semangkuk ini?”. Jangan bimbang, kerana rasa air rendaman ini adalah sama seperti air kosong sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah merendamkan sebiji bunga kembang semangkuk ke dalam 1 jug air. Berikan anak minum air rendaman itu sedikit demi sedikit sehingga habis. Lakukannya setiap hari sehingga anak sembuh.
Ads
Air rendaman kembang semangkuk ini juga dipercayai boleh dijadikan air pelawas untuk anak yang kerap mengalami sembelit. Caranya sama seperti untuk merawat batuk tadi.
Tetapi adakah kegunaan kembang semangkuk hanya untuk batuk dan sembelit? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak khasiat kembang semangkuk, bukan hanya untuk mengubati batuk atau sembelit.
Jom ketahui lebih lanjut manfaat tumbuhan ini.
Bunga kembang semangkuk dalam perubatan
Perubatan tradisional Cina
Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:
Mengeluarkan haba daripada paru-paru
Mengubati sakit tekak
Menangani ketoksikan
Menenangkan usus
Jadi bagi mereka yang mengalami gejala seperti suara serak, batuk kering, sakit dan tekak kering kerana haba panas dalam paru-paru, sembelit, sakit kepala dan mata merah, disarankan mengambil kembang semangkuk.
Caranya dengan memasukkan 1 atau 2 biji kembang semangkuk ke dalam secawan besar air mendidih. Kemudian diminum airnya.
Juga, adalah menjadi kebiasaan dalam perubatan tradisional Cina untuk menggunakan kembang semangkuk sebagai sebahagian daripada formula herba untuk merawat individu.
Ads
Seperkara yang perlu anda ketahui, walaupun kembang semangkuk mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan, namun ia perlulah digunakan mengikut had yang ditetapkan.
Anda tidak boleh menggunakan lebih daripada 3 biji kembang semangkuk bagi setiap air minuman yang dididihkan. Jika berlebihan, boleh mengembangkan gejala seperti kahak berair putih, loya, batuk dan lidah bengkak.
Manakala bagi individu yang kerap mengalami masalah penghadaman, sakit perut atau cirit-birit harus mengelakkan pengambilan bunga kembang semangkuk sepenuhnya.
Biji bunga kembang semangkuk dalam Ayurveda
Dalam perubatan Ayurveda pula, kembang semangkuk dikenali sebagai Nirinjan Phal atau Umasmango.
Antara khasiat tumbuhan ini berkaitan Ayurveda adalah:
Penyejukan
Memandangkan ia menyejukkan badan, kembang semangkuk disyorkan untuk:
Ads
Demam
Batuk
Selesema
Kahak
Resdung
Asma
Sakit tekak
Tonsillitis
Jangkitan tekak
Pergerakan usus tidak teratur
Sakit kepala akibat haba dalaman
Insomnia dan gangguan tidur akibat haba dalaman
Virility
Membersih dan menyahtoksin
Sebagai agen penyahtoksin, antiradang, dan antioksida:
Jerawat
Jeragat
Penyakit kulit
Untuk membersihkan organ kencing untuk mencegah jangkitan saluran kencing (UTI)
Untuk membuang toksin dalam badan akibat pencernaan tidak teratur
Menyingkirkan pengekalan air dalam badan
Melegakan pedih ulu hati
Melegakan sembelit
Kegunaan lain bunga kembang semangkuk
Ingin cuba membuat teh kembang semangkuk? Pertama sekali anda perlu memprosesnya menjadi pulpa.
Rendamkan kembang semangkuk semalaman menggunakan air yang ditapis.
Ia akan mengembang 8x ganda daripada saiz asalnya. Anda boleh menambah air jika perlu bagi memastikan ia kembang sepenuhnya.
Saranan terbaik adalah untuk memasukkan bekas rendaman ini ke dalam peti ais.
Apabila sudah kembang, anda boleh mengeluarkan biji dan kulit keras yang terdapat pada ‘agar-agar’ kembang semangkuk.
Kemudian, masukkan ‘agar-agar’ tersebut dalam kain muslin dan picitkan.
Picitan tersebut akan menghasilkan pulpa halus yang boleh ditambah ke dalam minuman.
Resipi minuman kembang semangkuk
Bahan-bahan:
Pulpa kembang semangkuk
Daun pandan
Gula perang
Kayu manis
Halia
Likuoris (gula akar manis)
Air secukupnya
Cara penyediaan:
Masukkan air, pandan, halia, likuoris dan kayu manis. Renehkan selama 10 minit.
Kacau untuk melarutkan gula, kemudian masukkan pulpa kembang semangkuk.
Biarkan ia mendidih seketika dan tutupkan api.
Biarkan ia sejuk sebelum diminum.
Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang kesesuaian pengambilan bunga kembang semangkuk ini, terutamanya untuk mengubati batuk atau sebarang masalah kesihatan pada anak, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
“Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita.. Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan wife saya.” Ini antara perkongsian dari Datuk Fizz Fairuz dalam entri instagramnya selepas isteri, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.
Menurut Fizz, Almy Nadia disahkan mempunyai batu karang dalam hempedu selepas dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Setapak.
Berkongsi perkembangan isterinya kepada Gempak, Fizz menyatakan Almy berada dalam keadaan stabil ketika ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Almy ada batu karang dalam hempedu. Dia baru selesai melakukan ultrabunyi. Keadaan dia tak kritikal tetapi banyak la batu halus.
“Doktor syak ada batu karang jatuh ke dalam usus. Itu yang perlu kepastian sama ada betul atau tidak.
“Doktor cuba untuk mengesahkannya melalui pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Bila dah buat baru kita tau keadaan sebenar,” katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Tambah Fizz, selepas keputusan dikeluarkan baru boleh memutuskan rawatan yang akan dilakukan.
“Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat sahaja,” katanya lagi.
Jangan makan jamu!
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin turut berpesan agar tidak mengambil jamu dalam kehidupan harian.
“Awas!! Jangan makan jamu. Bahaya,” kata Fizz mengakhiri perbualan.
Sebelum ini, Fizz berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Pengalaman berdepan detik cemas selepas sekeluarga disahkan Covid-19 pastinya meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam. Namun sebaik diberi kesembuhan dan terlepas dari ancaman hebat selepas sama-sama bertarung nyawa melawan Covid-19 ini pastinya umpama satu rahmat yang cukup besar dari Allah SWT.
Selepas disahkan positif Covid-19 pada pertengahan Julai lalu, Mawar Rashid mengakui masih trauma bila mengingati detik-detik melalui tempoh 14 hari itu. Kesakitan diri apatah lagi terpaksa memantau anak-anak yang masih kecil.
Atas keprihatinan itulah Mawar berbesar hati melunaskan nazarnya untuk membantu pesakit Covid-19 dengan menyediakan beberapa keperluan di hospital.
Menerusi Instagramnya, Mawar berkongsi cerita itu.
“Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas family Mawar & Mommy Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah Swt, Mawar berniat untuk sedekah keperluan-keperluan di hospital untuk pesakit-pesakit Covid di hospital.
Bila dah kena baru tahu betapa serious and scary sangat. Selama ni duk baca kat socmed je.
“My brother @eddydatorashid called Hospital Selayang & Hospital Ampang untuk tanya apa yang diperlukan and within my donation budget. So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider & 5 oximeter untuk Hospital Ampang.
“Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital.. hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.
“Alhamdulillah, thank you kepada kawan-kawan Mawar, @eyra.hazali @zoeyrahman @shahasan22 and @nurinafiqaaah @aleeyazailan @anjoulielavocah1 sebab sama-sama create awareness dalam Live Mawar. Together we have collected another RM74k++. Thank you jugak kepada semua followers yang dah donate di Live kitorg haritu. Tak lupa jugak yang donate dari IGS Mawar. We appreciate it so much. Murah rezeki korang semua. Rakyat Malaysia sangat pemurah.
“For this, Mawar dah contact with hospital untuk order dan hantar 2 Lifting Trolleys, Tapi unfortunately bila order stock yang berharga RM35k berada di luar negara and mengambil masa 8-10 minggu untuk sampai ke pihak Hospital, apa yang kami jumpa yang ready stock adalah RM 52,000.
“Pihak mawar tengah berbincang dengan hospital untuk mencari supplier yang ready stock dan harga yang +-RM35k dan pihak hospital telah suggestkan untuk kami membeli lifting Trolley 1 unit dan Baby Warmer 1 unit. Harga Baby warmer adalah RM35k, sama dengan Lifting trolley.
“Baby Warmer adalah untuk pihak hospital menjaga anak kepada patient covid. Nanti kami share dengan you all perkembangan. Dan kami akan upload resit-resit pembelian juga ya. Kepada supplier-suplier barang hospital. Boleh hubungi Manager Mawar juga tau.
“Ni hanyalah bahagian pertama derma yang Mawar iktiarkan. Bahagian kedua adalah daripada sumbangan-sumbangan you alls. Untuk sumbangan yang kita raise sebanyak RM 75 141.90 haritu, Mawar akan buat LIVE pada hari tersebut bersama artis-artis yang terlibat. Insyaa’Allah. Doakan @eddydatorashid dipermudahkan untuk dapat barang-barang hospital tu,” kongsi Mawar.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Measles merupakan penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit, boleh mengakibatkan komplikasi seperti bengkak otak & pekak. Malah ia boleh menyebabkan maut!
Virus measles boleh berjangkit menerusi penyebaran titisan cecair dan sentuhan fizikal. Walau pun ia boleh pulih sendiri, risiko komplikasi meningkat tanpa imunisasi.
Dr Amirul Amzar berkongsi mengenai mitos measles yang selalu berlegar dalam masyarakat. Paling membimbangkan ialah ada sesetengah ibu bapa yang memandang ringan dan menganggap measles ini tidak berbahaya.
FAKTA #1: MEASLES BERBAHAYA
Jangkitan virus ini sangat berbahaya. Ia boleh berjangkit dalam masa singkat.
1 dari 4 bayi bawah 1 tahun akan masuk ke hospital. Cirit birit & jangkitan telinga boleh berlaku . Malah ia menyebabkan pekak!
Bengkak otak (enchephalitis) dan boleh berulang 10 tahun lagi. Risiko kecacatan pada otak.
Ia boleh menyebabkan kematian.
FAKTA #2: MEASLES TIDAK SAMA DENGAN CHICKEN POX
Ramai menganggap measles sama dengan chicken pox tapi virus penyebab kedua-duanya berbeza. Measles lebih merbahaya berbanding chicken pox.
FAKTA #3: SALAH SANGKA RUAM LAIN ADALAH CAMPAK
Ibu bapa perlu sahkan jenis ruam yang terdapat pada anak dan tidak terus mengatakan demam campak/ measles.
FAKTA #4: VAKSIN TIDAK MELINDUNGI 100%
Measles tetap akan berlaku walau pun si kecil diberikan vaksin MMR.
Semua perlu ambil vaksin untuk membina imuniti kelompok. Kalau kena juga ia tidak serius dan tidak menyebabkan kematian.
FAKTA #5: SUDAH DIJANGKITI MEASLES, TETAP PERLU VAKSIN MMR
Vaksin MMR tetap perlu diberikan kerana ia juga melindungi dari mumps dan rubella.
Tiada istilah vaccine oaverload. 100% kematian kanak-kanak akibat measles pada tahun 2018 tidak diberikan vaksin.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...