Fasha Sandha, Pelakon cantik yang popular pernah mengalami berat badan yang berlebihan selepas melahirkan anak-anaknya, Putra Rayqal Ramli, 6 dan Putri Raysha Jemaima, 5.
Selepas berpisah dengan bekas suami, Rizal Ashram atau lebih mesra dipanggil Jejai, Fasha mula melakukan senaman dan diet untuk mencapai berat badan seperti sebelum hamil dahulu. Beliau telah berkongsi perkara tersebut di instagramnya
Selamat pagi kesayanganku, jangan lupa makan pagi tau. Makan pagi adalah wajib,Ya itu ibu..ibu pernah sebesar itu dan ibu tak pernah malu untuk mengaku ibu pernah gendut, malah ibu berbangga.
Gendut kerana 2 cahaya mata, tak apa Orang hina ibu, tak apa, ibu dah buktikan, ibu mampu berusaha untuk jadi lebih baik.
Inilah yang dinamakan pengorbanan seorang IBU. Hari ini ibu dah dapat berat badan yang hampir sama dengan sebelum ibu mengandung. Wahai kaum wanita, jom jaga pemakanan kita, jom sekat nafsu makan kita
Ads
Netizen memuji kecantikan Fasha selepas kurus. Ternyata nampak lebih muda berbanding zaman berat badan berlebihan. Boleh dijadikan inspirasi buat ibu-ibu diluar sana untuk kurus.
Betul lah orang cakap, bila gemuk nampak berusia, bila kurus alahaii gojesnya
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, luka episiotomi atau luka jahitan bersalin paling perit sekali dirasai sementara nak betul-betul pulih. Ia memerlukan penjagaan yang rapi agar luka tersebut cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan.
Boleh dikatakan, kebanyakan wanita yang melahirkan bayi secara normal akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Tujuan prosedur ini dilakukan adalah untuk membantu ibu bersalin dengan lancar dan mudah, di samping mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti koyakan atau bayi lemas (fetal distress).
Bukan itu sahaja, buat ibu yang melahirkan melalui pembedahan juga turut perlu menjaga luka jahitan.
4 JENIS PERINGKAT LUKA BERSALIN
Sebelum tahu tips penjagaan luka bersalin, jom kita fahami setiap peringkat luka bersalin:
1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.
2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.
3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.
4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.
TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN
1- Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
2- Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja atau air suam.
3- Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Sebaiknya biarkan kering secara semula jadi.
4- Jangan gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
5- Pastikan ibu menukar tuala wanita dengan kerap.
6- Kalau pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, ibu digalakkan untuk tak pakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
APA KESANNYA KALAU JAHITAN BERSALIN TERBUKA?
Ramai ibu yang berjaya sembuhkan luka jahitan dalam masa kurang 2 minggu dan biasanya tak ada apa-apa masalah. Tak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.
Pelakon cantik, Tisha Shamsir berkongsi ceritanya mengalami keguguran kembar tiga beberapa bulan yang lalu. Biarpun berasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meneruskan kandungannya itu, Tisha dan suaminya, Ady Hafize Hanaffiah, redha menerima ketentuan Allah SWT ini. Mereka menganggap masih belum ada rezeki buat mereka.
Selepas mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan kemudian disahkan hamil, sudah tentu pasangan ini gembira. Kata Tisha, dia tidak tahu akan kandungannya itu adalah kembar tiga. Selepas diberitahu doktor barulah dia dan suami tahu. Ketika pemeriksaan doktor, mereka mendapati dua dari kandungan kembarnya terletak di luar rahim.
Malangnya kantung tersebut pecah dan Tisha terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya. Rancangan asal, Tisha dan suami mahu mengekalkan satu kandungan di dalam rahim, malangnya ia gugur sendiri selepas pembedahan itu.
Positif, Tasha mengatakan yang dia tidak putus doa dan terus berharap untuk dikurniakan zuriat. Ketika mengalami keguguran, usia kandungannya ketika itu mencecah dua bulan. Turut memberitahu, keluarga suaminya mempunyai sejarah kembar kerana kakak iparya hamil kembar empat.
Pa&Ma mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki untuk hamil semula. All the best, Tisha and Ady!
Di sini Pa&Ma kongsikan serba sedikit info berkaitan kandungan luar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy:
INFO:
*Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui tiub fallopian. di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan akan menempel di luar rahim maka terjadilah kandungan luar rahim.
*Kehamilan luar rahim boleh pecah pada bila-bila masa sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak dalam ruang perut (abdomen) si ibu. Jika tidak dirawat dan dikenalpasti awal, kesannya boleh menyebabkan kematian.
*Doktor akan berbincang dengan si ibu pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawanya. Perbincangan mengambil kira soal usia kandungan, keadaan si ibu, paras ujian darah BetaHcg.
*Biasanya rawatan pembedahan akan ditawarkan dan ada dua jenis iaitu laparoskopi (dilakukan melalui bukaan lubang kecil pada perut dengan bantuan kamera) atau laparotomi (potongan besar pada perut jika pendarahan didapati di dalam ruang abdomen. Perlu tinggal di hospital dalam tempoh dua ke empat hari, tempoh pemulihan lebih lama)
*Paling penting, jika disahkan hamil di luar rahim, jangan memandai-mandai pula pergi berurut kerana ia tidak dapat dirawat dengan urutan.
Sama seperti menyambut kelahiran adik-adik baru sebelum ini, anak-anak pasangan selebriti Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isteri, Dr Halina tetap teruja bertemu dengan adik baru mereka.
Menerusi Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik sekeping gambarnya yang sedang memangku bayi, Sheikh Muhammad namun turut dikerumuni kakak dan abang-abangnya.
“All the kid excited nak tengok baby. Semua nak cium, nak peluk. Seronok pula macam ni,” luahnya terharu.
Gambar kenangan itu diabadikan bapa penyayang itu buat kenangan apabila kesemuanya membesar nanti.
Masing memperlihatkan wajah yang cukup gembira dan teruja untuk bertemu dengan si comel Sheikh Muhammad.
Baby Sheikh Muhammad Jaundis
Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru Dr Sheikh Muszaphar lagi, anak ketujuhnya itu terpaksa tinggal lebih lama di hospital untuk memantau masalah jaundis yang dihadapinya.
“Baby jaundis pulak. Nampaknya masih lagi di Hospital. Semuanya baik-baik saja untuk Dr Halina dan dah boleh discharged tapi Muhammad belum lagi.
“Terpaksa pantau tahap Bilirubinnya dulu. Ia dipanggil jaundis fisiologi. Biasanya berlaku pada hari ke-2 sebab hati belum matang tak dapat keluarkan bilirubin dengan cepat.
“Sayu pulak kena ambik darah setiap hari. Semoga cepat sembuh Muhammad. Kami semua menunggu,” tulisnya sayu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.