Didikan ibu bapa memainkan peranan besar membentuk keperibadian anak. Apa yang diceritakan oleh isteri Ajak Shiro, Afifah Amin ini amat menyentuh hati.
Anak yang dididik dengan kesederhanaan walau pun kini sudah menjadi selebriti, Ajak dan isteri masih tidak memanjakan anak dengan kemewahan.
Pendedahan Afifah di Instagram ini amat menyentuh hati para peminat. Malah rata-rata follower menangis. Pendedahan pengacara Pa&Ma Musim Kelima ini amat menyentuh hati di mana pernah membawa anak sulungnya itu dalam perjalanan jauh dari Kluang, Johor ke Lumut, Perak dengan menaiki kereta tanpa pendingin hawa.
Menerusi posting Instagram, Afidah berkongsi video anak sulung mereka, Mohamad Jad Thaqif, 9 tahun menerima kejutan hadiah basikal idaman.
“My boy,
“Jad ni anak sulung.. Dia lahir kami bukan orang senang balik Lumut dari Kluang dengan Kelisa tanpa penghawa dingin..
“Dia dididik tanpa kemewahan.. Tapi yer lah, naluri nak basikal tu ada.. Budak kan…
“Sebenarnya dia nangis sambil kata ‘ Sori baba, Jad abiskan duit baba’.. Dia nak tapi dia takut abiskan duit sebab kene beli 2 basikal..
“So jiwa pun kacau, sedih tengok Had dapat basikal and terharu bila rupanya dia pun dapat.. Mak yang merakam ni pun sebenarnya meleleh air mata?…
“Tapi, moralnya…Baba jahat sebab suka buat kita org sayang baba dengan cara yang sedih-sedih??…”
Video yang berdurasi 3 minit itu menyebabkan ramai menitiskan air mata. Rata-ratanya memuji anak sulung Ajak & Afifah.
“Ya Allah..tetiba nangis jgk la..?????terbaik abg jad..semoga membesar menjadi abg yang bertanggungjawab kpd adik2 Dan keluarga,” – @nurnadiraabdullah
“Haihhh,, sedih plak…naluri anak sulung ni lain.. Dia x kan meminta… Cukup lah adik² diutamakan dahulu… Wlaupun dlm hati memberontak… Semoga jad sentiasa jd anak yg baik n soleh serta abg yg terbaik buat adik²… ???.” – @shahfiqah126
“Memang meleleh air mata tgk..xblh thn tgk perasaan ank2..mashaAllah moga murah lg rezeki kalo xkedekut berbelanja untuk anak-anak.”- @isadaheisya
“haishh ! sape potong bawang niii?.” @ukhti_fathyh
Saksikan pasangan Ajak Shiro & Afifah Amin dalam Pa&Ma Musim Kelima dengan kupasan topik episod ke-4 ‘Bonding Adik-Beradik” pada 24 Julai 2019, Rabu jam 9 malam disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Sumber: afifahamin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI