Bergelar ibu kepada anak-anak kembar bukannya mudah. Jika seorang lagi sakit, seorang lagi akan turut sama mengikuti kembarnya. Begitu besar pengorbanan ibu yang melahirkan bayi kembar demi memastikan kedua-dua kembar membesar dengan sempurna.
Bagi pengacara dan personaliti media sosial, Farahanim Razak, cabaran membesarkan kedua anak kembarnya, Amina Raissa dan Amira Raissa telah lama dilaluinya sejak dulu, iaitu sebaik mengetahui kehamilan kembarnya di usia tujuh minggu kandungan.
Namun berkat pengalamannya menjaga anak-anak buah seramai tujuh orang memberinya pengalaman untuk menjaga anak sendiri, lebih-lebih lagi anak kembar. Kekuatan dan kesabaran yang dilaluinya bukan sedikit, tidak hairanlah bila mana Farahanim dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms 2021.
Kata Farahanim, ketika waktu mengandungkan kembarnya, dia tinggal sendirian kerana terpaksa tinggal jarak jauh dengan suami yang bertugas di utara tanah air ketika itu.
” Pernah Hanim mengesot ketika nak ambil susu dalam peti sejuk kerana tak larat nak berjalan waktu tu.
” Ada waktunya juga seorang menangis, dan seorang lagi pun menangis serentak. Tak tahu apa nak buat. Apa yang saya buat saya angkat kedua-duanya dan susukan secara serentak sampai dua-dua diam.
” Bila dah besar lain pula cabarannya, berebut barang atau mainan dah terbiasa berlaku.
Ads
“Dulu ingat lagi masa baru pertama kali bawa anak balik ke rumah, tiba-tiba anak menangis bersahut-sahutan tak berhenti sampailah akhirnya kami bacakan ayat Kursi. Alhamdulillah dah tenang,” kongsi Farahanim di awal ceritanya.
Susah nak bezakan kembar
Pun begitu apa yang seronok dikongsikan Farahanim mengenai kedua anak kembarnya di Live Pa&Ma Gala Moms, ada waktunya sampai sekarang pun dia masih lagi keliru dan tidak dapat membezakan kedua kembarnya.
“Sejujurnya secara live, saya dan suami pun keliru sampaikan pagi tadi pun salah panggil nama sebab memang dari kecil memang sama.
“Bukan saya je, suami pun sama, selalu tersalah. Kalau dari belakang memang susah nak cam yang mana satu.
Ads
” Apa yang saya boleh bezakan adalah, kalau tengok betul-betul, Amina ada pipi yang chubby sikit, mata Amina kuyu dan Amira dia more sharp. Amira pulak ada tahi lalat di tangan.
” Biasanya nak mudah saya panggil je dua-dua sekali. Yang seronokkan kadang-kadang mereka betulkan sendiri nama mereka kalau tersalah,” kongsi Farahanim.
Bila tak ada pembantu memang susah
“Bila contract maid dah habis, inilah waktunya yang menentukan macam mana saya dan suami nak jaga Amina dan Amira. Apa yang saya dan suami buat adalah kami buat jadual, siap tulis jadual apa yang saya dan suami kena buat. Kami bahagi tugas, lagi senang supaya tak lupa.
“Saya rasa bab paling susah dan saya tak boleh handle sendirian tanpa suami adalah part nak makan, daddy mesti kena ada dekat anak-anak waktu nak makan. Barulah anak nak makan,” kata Farahanim lagi.
Ads
Mahu beri inspirasi kepada ibu-ibu
Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya, sesusah mana pun ambillah amanat ini dengan penuh kesabaran sebaik mungkin supaya merasai hasilnya di dunia dan di akhirat kelak. Kata-kata dari Prof Muhaya ini dijadikan kata-kata dan semangat bagi dirinya untuk menjaga amanat membesarkan anak sebaiknya.
“Memang kena sabar untuk jaga amanat ini sebab hasilnya nanti kita sendiri yang bentuk, harapan Hanim pada anak-anak, semoga mereka menjadi anak-anak solehah, mendoakan kesejahteraan Hanim dan suami malah mereka mampu menjadi penyelamat dan membawa saya dan suami ke syurga kelak.
“Bila cerita pasal anak ni, saya dan suami, bila cerita pasal anak je selalu nak buat kami berubah jadi insan yang lebih baik.
“Bagi saya bila menjadi penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini adalah salah satu cara untuk Hanim bagi inspirasi dan idea untuk ibu-ibu diluar sana dalam menjaga amanat membesarkan anak, serta titik tolak menjadi ibu bapa yang lebih baik,” kongsinya lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya kerana kecuaian orang lain, dua anak kecil berusia 6 dan 3 tahun kehilangan ayah sekelip mata selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan Masjid Alam Impian, Shah Alam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang (26 September) telah meragut nyawa Safwan Sulian, 32, manakala isteri arwah Syahirah Ismail dan sepasang anaknya mengalami kecederaan.
Dipercayai pemandu mabuk hilang kawalan, bertembung kereta mangsa
Menerusi Facebook Syamil Sazili, kejadian yang berlaku itu dikatakan kerana pemandu mabuk telah hilang kawalan sehingga bertembung kenderaan mangsa.
Dalam lebih kurang jam 4 ptg, saya terdengar bunyi brek dan dentuman yang kuat berdekatan dengan kawasan rumah.
Kemalangan yg melibatkan sekeluarga di mana si ayah telah meninggal dunia di tempat kejadian dan emak cedera parah manakala 2 anak yg masih kecil cedera ringan.
Dikatakan seorang pemandu cina yg memandu proton perdana dalam keadaan MABUK telah hilang kawalan dan bertembung dgn kenderaan mangsa.
Jika benar si pelaku memandu keadaan mabuk memang ianya tidak boleh dilepaskan, hukuman yg berat mesti dikenakan.
Disebabkan kecuaian ini, 2 orang anak yg masih kecil akan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.
Mohon doakan dan sedekahkan Al Fatihah
Sementara itu di FB isteri arwah, Syahirah memaklumkan mereka sekeluarga telah terlibat dalam kemalangan.
Dalam kemaskini di FB itu, Syahirah mohon doakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya dan sekiranya arwah ada berhutang semasa hidupnya yang perlu dijelaskan, mohom maklumkan padanya dan ahli keluarga.
Baru sambut hari lahir bersama ahli keluarga
Sementara itu, di FB arwah Safwan, apa yang membuatkan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan cukup terasa dengan pemergian arwah, kira-kira seminggu sebelum arwah dijemput ilahi, isteri, anak dan ahli keluarga sempat membuat kejutan dan menyambut hari lahirnya.
Kenangan terakhir arwah bersama ahli keluarga ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini
Dalam perkongsian arwah sempena sambutan hari lahirnya itu, arwah tak sangka menerima kejutan dari isteri dan ahli keluarga dan sememangnya momen ini adalah yang paling istimewa buatnya.
Arwah juga sempat menitipkan Another year..semoga bertambah umur seiring dgn bertambahnya iman..in Sha Allah.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah dan moga isteri dan dua anak terus diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup walaupun tanpa suami dan ayah di sisi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim perayaan yang bakal menjelang tak berapa hari lagi ini mama pastinya sibuk dengan pelbagai hal. Ketika sibuk di dapur dan melayan tetamu, anak janganlah diabaikan. Mulalah buat perangai dan memberontak sepanjang masa. Mama papa kenalah juga pastikan anak cukup tidur untuk elakkan mereka memberontak ketika beraya.
Ada beberapa perkara yang mama kena perhatikan terutama pastikan anak cukup tidur supaya tenaganya dapat dikembalikan semula. Barulah anak cergas untuk bermain bersama sepupu sepapatnya. Jom periksa petanda anak tak cukup tidur yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini di facebooknya.
1. Keletihan Sepanjang Hari
Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.
Kalau anak anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.
2. Susah Bangun Pagi
Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?
Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet kot!
3. Selalu Menguap Di Siang Hari
Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti ( poor quality sleep ).
Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni.
4. Meragam Tanpa Sebab
Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!
Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.
5. Anak Selalu Jatuh Sakit
Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.
Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!
p/s : Cuba periksa anak kita semua pagi besok. Ada tak tanda tanda ni semua? Tolong ajarkan juga ilmu ni pada pasangan kita juga. Mereka juga patut tahu tentang info penting ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang lelaki yang dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, baru-baru ini, direman selama lima hari, bermula hari ini.
Tempoh reman sehingga 13 Ogos terhadap peniaga berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret R. Salini, di sini hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menahan lelaki terbabit di Jalan Putih, di sini, pada jam12.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah JBU, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada bayi perempuan itu pada 6 Ogos lepas.
Beliau berkata, wanita berusia 29 tahun itu mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah kenalan adik perempuannya dan kejadian berlaku ketika dia bersama bayinya, adik perempuan serta lelaki terbabit berada di sebuah restoran.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi yang sedang dipangkunya itu di media sosial. – BERNAMA
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.