Pernah Rahsiakan Kandungan Dari Suami & Keluarga, Shakilla Selamat Bersalin. Hilang Sakit Tengok Muka Anak

Share

Walau pun pernah merahsiakan kandungan pada awal kehamilan daripada suami dan keluarga atas sebab tertentu, Shakilla Khiriri akhirnya selamat bersalinkan bayi perempuannya.

Shakilla melahirkan bayi perempuannya yang dinamakan Ameena Sofia pada pada 14 Mac 2019, jam 11.20 pagi. Dia turut mengakui tatkala menatap wajah anak, rasa sakitnya hilang.

HILANG RASA SAKIT BILA TENGOK MUKA ANAK

shakillakhoriri Semalam 14 March 2019, Jam 11.20am , budak ni kena keluar juga jumpa Umi & Daddy dia. Alhamdulillah.
Semua berjalan lancar seperti plan doctor dan kami berdua.

Syukur.
Anak sihat.
Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi2 bila tengok muka anak.

Allahuakbar.
Terima Kasih Allah.
My darling baby girl @ameenasofia_ ?

PERNAH RAHSIAKAN KANDUNGAN DARI SUAMI & KELUARGA

Si kecil Ameena Sofia sudah memiliki akaun Instagram sendiri. Menerusi Instagram Ameena, Shakilla mendedahkan yang dia pernah merahsiakan kehamilannya daripada suami dan keluarga atas sebab-sebab tertentu.

ameenasofia_Masa ni umi saja2 beli pregnancy test ni sebab umi rasa badan umi rasa macam lain sangat so umi saja nak test sebelum umi start badminton tournament.
Umi tak sangka berdezup double line.
Umi relax.
Dalam fikiran, mungkin tersalah.

Then esok test lagi… Berdezuppp lagi.
Alamak ! ?

Entah kenapa Umi macam nak menafikan kewujudan awak waktu ni.
hmmm…i feel bad masa ni ! ?

Next morning,
Hari tournament.
Umi test lagi.
zupppp lajunya macam kilat.

Allah, apa yang umi cuba nak nafikan lagi?

Umi tak tahu nak happy ke nak sedih sebab kejap lagi umi ada banyak game badminton dan lusa tu umi ada misi ke Rinjani untuk Hiking.
Awak tahu umi rahsiakan pasal ni pada semua orang termasuk Daddy awak. Family.
Yang tahu kawan2 terdekat umi dan partner badminton umi.
Allah , bayangan kan betapa payah dan seksanya jiwa raga umi pegang rahsia ni.
Im sorry darling. ?

Saat ni, umi terima awak seadaanya.
Berharap awak kuat dan bertahan.
Umi minta maaf sebab umi degil.

Tapi Umi dapat 1st place dengan partner umi masa ni.
Bukan sebab umi hebat,
tapi awak umi yang kuat dan semestinya rezeki awak.

Thank you sayang.

FIZI ALI SEBAK SAMBUT KELAHIRAN ANAK

Menjadi bapa buat kali pertama, Fizi Ali mengakui rasa sebak. Bertambahnya tanggungjawab dipikul dalam membesarkan dan mendidik.

fiziali_ alhamdulillah..setelah dua hari baru dapat cium @ameenasofia_ ..masa awak keluar dari perut umi tu daddy rasa sebak sangat..lepas ni tanggungjawab daddy akan jadi lagi besar..macam mana nak membesarkan awak..macam mana hidup kita nanti..apa2 pun kita akan hadap sama2 yea..love you ameena..

Sumber: shakillakhoririameenasofia_ fiziali_

Published by
Azma ML