Pernah Rasa Kehilangan Anak, Bazli UNIC Hulur Sumbangan Dan Sokongan Pada Ibu Ayah Adam Rayqal

Share

Bazli UNIC yang pernah berada di tempat kehilangan anak tersayang memahami perasaan dialami oleh ibu bapa Allahyarham Adam Rayqal. Hanya yang pernah rasa kehilangan anak sahaja faham bagaimana perasaannya.

Bazli yang pernah melalui episod sedih pemergian anak sulungnya Allahyarham Syahid tahun lalu menjalankan kutipan sumbangan kasih sayang  untuk ibu bapa Allahyarham Adam Rayqal.

Penyanyi kumpulan UNIC ini telah menghulurkan bantuan dengan membuat kutipan sumbangan ikhlas kasih sayang untuk keluarga ini menerusi Aktivis program kebajikan dan inspirasi masyarakat (Anak Malaya) yang diusahakan bersama isterinya dan beberapa orang sahabat.

Semalam Bazli bersama tim amalaofficial telah bertemu ibu bapa anak syurga Adam Rayqal untuk menyampaikan sumbangan kasih sayang tersebut yang berjaya terkumpul sehingga RM11,430.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selesai sudah pemberian wang sumbangan org ramai kepada keluarga kecil mak ayah anak syurga Adam Rayqal. .
.
Pelbagai perkongsian dapat kami dengar dari mak ayah Adam Rayqal. Sebak, sedih dan pilu menyelubungi perasaan apabila kami dengar live sendiri dari mereka. .
.
Alhamdulillah, kehadiran kami jg disambut baik dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dan nampak garis gembira di riak wajah mereka. Kami lega melihat mereka berdua tersenyum walaupun pasti dalam hati hanya Allah saja mengetahui. .
.
Terima kasih atas sumbangn orang ramai dan sokongan yang diberikan untuk membantu keluarga ini. .
Inilah ujian kehidupan, makin kita diuji dengan ujian yang berat, makin kita dekat dengan Allah. Tetaplah redha dan berpegang teguh bahawa Allah lebih mengetahui segalanya. .
Doakan supaya kes ini dapt diselesaikan seadilnya. Amin ya rabb. .
.
Utk pengetahuan semua, jumlah sumbangan berjumlah RM11430.00. Kami serahkan secara cash RM200.00 dan selebihnya kami transfer melalui “online bank-in” utk memudahkan pemberian. Terima kasih semua. .
. ♥️ #adamrayqal #anak #tabah #rinduanak#sabar

Wajah tenang dan reda yang ditunjukkan oleh ibu bapa Adam Rayqal turut menarik perhatian netizen yang kagum melihat ketabahan dan kekuatan mereka melalui dugaan ini.

Menariknya ketika proses kutipan tersebut dijalankan di akaun Instagram Bazli, ia disedari oleh ayah Adam Rayqal iaitu Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi yang telah menghubungi Bazli sendiri untuk mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan jasa baiknya.

Menurut Bazli dia sendiri faham bagaimana perasaan kehilangan seorang anak. Jika sebelum ini orang lain membantunya dari segi wang ringgit kini tiba gilirannya pula untuk menghulurkan bantuan pada keluarga tersebut.

Sesungguhnya sifat prihatin dan kasih sayang sesama insan yang ditunjukkan oleh Bazli dan pasukan Anak Malaya patut dijadikan contoh. Ramai netizen turut memuji usaha mulia tersebut dan mendoakan agar ibu bapa Adam Rayqal terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan melalui kehidupan seterusnya.

Sumber: Instagram bazliunic & amalaofficial

Published by
Hasnita Sawal