Baharu sahaja melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan, tetapi pelakon cantik, Shima Anuar dilihat sangat segar dan seperti tidak dalam tempoh berpantang. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram peribadinya, Shima menjawab persoalan kebanyakan peminatnya yang bertanyakan tentang caranya berpantang.
Kapsyen panjang lebar itu disertai dengan sekeping foto ketika dia di dalam dewan pembedahan untuk melahirkan anaknya. Cerita Shima, dia sangat takut kerana sebelum ini sering dimomokkan dengan cerita bersalin pembedahan kali keduan biasanya lebih sakit dari yang pertama. Selain itu, dia turut berkongsi tentang pengalaman bersalinkan anak sulung di mana lukanya yang terbuka semasa mandi.
Disebabkan ramai DM yg tanya about czer, tips and bla bla bla. Tak larat yg reply satu2. Ok, let me share my experience here. Pandang dan lihat la gambar ni. Haha. Nampak tenang kan? Tp jangan disangka air yg tenang takde buaya. ? Actually I WAS SO SCARED! Dah habis control macho dah dalam OT masa tu. Tapi diam2 I nangis, air mata meleleh non stop ok. Sumpah takut gila!
Why..?? 1, I selalu dengar org cakap second czer akan lagi sakit drpd the first one. 2, i had a bad experience lepas beranakkan Sophia. Seminggu lepas beranak Sophia, 1 part of my stitches, terbukak masa mandi. Darah keluar non stop. Ngeri ?
Sampaikan i cakap, ok aku taknak beranak dah lepasni! Tp eh Sophia tak sampai setahun, pregnant dah balik. Hahah! (heyy rezeki Allah nak bagi. jgn pertikai ?) Ok so citer dia, this time I tukar doctor. I am so lucky dapat Dr Seri. Alhamdulillah syukur sangat2 semuanya ok. Takde stress2. Seminggu beranak, I boleh main kejar2 dgn Sophia. Sampaikan my CL tegur, ni baru lepas beranak ke tak ni. ? Tipu la kalau cakap tak sakit langsung. Memang la sakit sikit. Tp kejap je. Mana ada beranak yg tak sakit. Be strong. Jangan fikir sgt pasal sakit. TAPI tak bermaksud la korang boleh buat macam2, panjat sana sini pulak. Just relax. Take a deep breath. Jangan layan sgt sakit tu. Ermm pastu jaga pantang. Memang la korang nampak macam, eh budak ni tak habis pantang dah keluar sana sini. Tapi kalau i keluar pun, kejap2 je. Balik rumah still buat segala mak nenek rutin pantang. EVERYDAY. Tak pernah skip 1 pun! Urut, tangas, tungku tu semua. And please jaga makan jugak. Big NO to ikan haruan, gamat. And i makan vitamin C untuk bagi luka tu cepat baik. So any vitamin C will do. Kalau baru je czer, make sure ur wound tu selalu kering. Lepas mandi pakai hair dryer utk keringkan part tu. So i think thats all yg i boleh share from my experience. Anything else tanya doctor k? Take care mommies. Be strong! ?
Sebenarnya semua bergantung kepada kemampuan si ibu. Jika boleh bergerak aktif, tidak salah. Tetapi janganlah sampai memberi kesan kepada kesihatan anda. Tetapi seandainya anda tidak mampu lasak, seeloknya berehatlah sehingga anda pulih sepenuhnya. Ini hanya perkongsian dari Shima, mengikut caranya. Pa&Ma doakan agar Shima segera sembuh dan bayinya akan membesar dengan sihat!
Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas. Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab. Tahukah anda, tabiat ini sangat berbahaya?
Malang tidak berbau, bukan sedikit kes wanita tertelan jarum peniti atau pin tudung. Ia berlaku di luar kawalan ketika mereka terbatuk, terbersin, menarik nafas atau ia terlucut dari bibir.
Dr Ahmad Samhan menerangkan tentang bahaya sekiranya berlaku situasi wanita tertelan jarum atau pin tudung ini.
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Simptom yang biasa berlaku apabila sesuatu objek asing ditelan adalah: 1. Tercekik 2. Kesukaran untuk bernafas 3. Batuk 4. Berdehit (wheezing)
Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk: *Muntah *Air liur meleleh *Kesakitan pada bahagian dada atau tekak *Keengganan untuk makan *Sakit perut *Demam
Pemeriksaan sinar-X lebih terperinci dengan barium mungkin digunakan untuk membantu mencari objek yang tersekat yang tidak dapat dilihat sinar-X biasa.
Pemeriksaan sinar-X pada bahagian leher, dada dan perut mungkin dilakukan untuk membantu mencari sebarang objek yang mungkin dapat dilihat menerusi pemeriksaan ini
#Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.Sama-sama kita berpesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ibu baru-baru ini, selebriti dan pelakon, Betty Rahmad berkongsi pengalaman dirinya yang dijangkiti virus Influenza A penghujung tahun lalu melalui sesi live di Instagram miliknya.
Menurut adik kepada Erma Fatima dan Umi Aida ini, virus tersebut turut menjangkiti anaknya Ardi Wira selepas beberapa hari dirinya dijangkiti.
Untuk membincangkan lebih lanjut dan juga lebih jelas tentang pentingnya pengambilan vaksin Influenza Betty turut menjemput Dr. Salehuddin Samsudin, Pakar Pediatrik dari Park City Medical Centre untuk live bersamanya pada hari tersebut.
Live yang berlangsung selama lebih kurang 45 minit itu sarat dengan pelbagai maklumat berguna untuk ibu-ibu dalam mendapatkan info yang jelas betapa pentingnya pengambilan vaksin Influenza.
Vaksin Influenza boleh diambil oleh ibu hamil dan bayi berumur 6 bulan ke atas
Menurut Dr Salehuddin, pengambilan suntikan Influenza amatlah penting untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah. tambahnya juga ia boleh diambil oleh bayi selepas umur mereka 6 bulan dan ke atas.
Jelasnya lagi, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil suntikan ini kerana ia dapat memberikan imuniti kepada bayi yang dilahirkan sebelum bayi tersebut divaksin dengan Vaksin Influenza selepas umur bayi 6 bulan.
Menjawab beberapa persoalan yang ditanyakan oleh peminat Betty ketika Live berlangsung, antara individu yang berisiko untuk dijangkiti adalah:
Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah
Warga emas
Individu yang mempunyai penyakit seperti jantung, asma, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain
Walau bagaimanapun menurut Dr Salehuddin, individu lain yang berisiko rendah juga boleh dijangkiti oleh virus Influenza.
Oleh yang demikian, Dr Salehuddin menyarankan kepada semua betapa pentingnya untuk mengambil vaksin ini setiap tahun agar badan dapat melindungi daripada dijangkiti virus Influenza yang juga boleh membawa maut ini.
Turut menyentuh serba sedikit isu penularan virus Covid-19 yang sedang menular, Dr Salehuddin sempat berpesan supaya melakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Jadi mama-mama kat luar sana, sebaiknya dapatkan suntikan Influenza ini diri sendiri dan juga seisi keluarga. Ia penting untuk kesejahteraan dan kesihatan bersama.
Sebenarnya bayi selesema dan batuk adalah normal, ibu bapa harus bertindak supaya tidak melarat. Batuk dan selesema yang berterusan boleh membawa kepada jangkitan kuman lebih serius jika tidak ditangani segera.
Pneumonia merupakan salah satu jangkitan merbahaya yang sering menyerang bayi. Jika sudah dijangkiti, tiada pilihan lagi selain makan ubat dan antibiotik untuk merawat. Pemberian ubat dan antibiotik amat tidak digalakkan kepada bayi kerana wujudnya kesan sampingan. Oleh sebab itulah, kita kena cepat-cepat ambil langkah untuk meredakan bayi selsema dan batuk sebelum melarat sampai kena ambil ubat.
Apa kata cuba cara ini cepat-cepat bila anak mula menunjukkan tanda selesema seperti yang dikongsikan seorang ibu ini, Puan Yatie Eimra.
Bila anak selesema, selain makan ubat & buat urutan alternatif, mak² boleh juga cuba buat tip ni. Saya selalu gak buat cara ni (terutamanya guna bawang) nak² bila tak berkesempatan nak urut dak Fydh ni. Ye ler, dah nama pun mak², banyak lagi urusan lain & kerja rumah nak disetel. Bukannya sepanjang masa dapat urut anak jer
?Potongan Bawang Sebagai Air Purifier Semulajadi?
Saya memang suka gunakan potongan bawang yang diletakkan dalam mangkuk kecil & letak berdekatan dengan anak. Dalam bawang ni ada bahan sulfur & tinggi kandungan quercetin yang berfungsi sebagai antiviral. Selain tu bawang mengurangkan selesema, hidung tersumbat, sakit tekak & batuk. Bawang ni mempunyai daya penyerapan yang tinggi, sebab tu ia boleh menyerap bakteria & kuman disekitar kita. Dalam keluarga Allium, bawang merah & bawang putih mempunyai aktiviti antioksidan yang paling tinggi tau. Untuk jadikan bawang sebagai air purifier semulajadi
? Bawang merah/besar wajib dikupas kulit & dibersihkan. Sesetengah bawang ni ada lapisan kulat hitam pada kulitnya (disebabkan oleh aspergillus niger iaitu sejenis fungus dalam tanah). Kalau ada kulat tu elok ler basuh bawang dengan air campuran cuka sikit. Kita nak anak sihat, tapi kalau dah sengaja lak bagi bawang berkulat, tak ke lagi teruk jadinya
? Saya tak suka hiris nipis atau letak bawang dekat kipas sebab ia akan sebabkan bawang cepat kering. Saya hanya potong 2 bahagian, kemudian kelar²kan bahagian tengah bawang, picit² sikit supaya jusnya mudah keluar. Tiap kali bawang mula kering, picit/ramas lagi bawang supaya lebih banyak jus keluar (pastikan tangan bersih ye supaya bawang tak serap kuman dari tangan korang pulak)
?Boleh titiskan minyak masak sikit (saya selalu guna minyak bawang putih) untuk elak bawang terlalu cepat kering terutama jika guna aircond/dekat dengan kipas, etc.
?Letak dalam bekas (sebaik²nya bertutup tapi ada lubang) lebih² lagi yang ada anak kecik tu. Takut anak kutip makan pulak. Saya suka letak bekas bawang ni kat tempat anak tidur/kawasan dia main sebab bau makin kurang bila bawang dah makin kering. So kalau anak hidung tersumbat, susahlah sikit nak bau kalau letak jauh². Kalau letak dalam bekas ni senang sikit, kadang² saya goncang²kan bekas (jus bawang akan tetap keluar sebab pressure dari goncangan tadi) & suruh je anak hidu 3-5x. Senang je keje kan.. Heheh..
?Bawang ni hanya elok digunakan dalam tempoh semalaman–24 jam jer. Lepas tu sila buang & gantikan bawang baru.
?Untuk kesan maksimum, boleh campurkan jugak bawang putih yang dah diketuk.
?Minyak Bawang Putih + Kunyit Hidup?
Rasanya ramai yang sedia maklum kunyit hidup memang elok untuk redakan selesema, masalah hingus meleleh mahupun hidung tersumbat. Tapi ramai yang main tenyeh jer kunyit dengan getahnya sekali. Yang kita nak ialah khasiat kunyit dari ekstrak/pati kunyit tu..bukan getahnya (lapisan yang melekit² & susah nak tanggal bila kena pisau tu.)
Sesetengah anak kecil ni kulit sensitif yang amat.. Nak² kalau baby lak tu.. Setiap anak tu kan lain² ketahanan badan & alergi nya.. Kalau takde alergi tu syukurlah, tapi kalau anak yang alergi kandungan getah pada kunyit ni boleh menyebabkan naik rashes & gatal² pulak bila disapu kunyit hidup pada hidung.. Camtu jugak yang letak bawang kat tapak kaki, etc. Bukan semua kulit anak serasi & boleh direct contact dengan herba² ni. Walaupun saya suka gunakan petua & herba, tapi dalam masa yang sama tetap ambil tahu apa risiko, alergi & kesan buruk (sekiranya ada) bila gunakan setiap petua/herba tu. Saya lebih suka ambil sikap berhati² & tak terlalu ikut tip & petua sembarangan. Tip & petua yang saya kongsikan selama ni pun, saya hanya kongsi jika ianya berkesan pada saya/family & tak keterlaluan sangat.
?Untuk kunyit hidup, lepas dikikis kulitnya, WAJIB rendam dulu dalam air selama 30 min-sejam untuk buang getahnya.
?Lepas tu barulah ditos & lapkan sedikit dengan tisu/kain bersih supaya tak terlalu basah. Tumbuk kunyit tadi untuk dapatkan patinya. Boleh terus digunakan atau untuk kesan yang lebih efektif, campurkan sikit minyak garlic
?Sapu kunyit/minyak bercampur kunyit pada hidung, sepanjang batang hidung hingga ke pangkalnya. Kalau anak ada resdung, lajakkan sikit hingga ke separuh dahi & sapukan juga pada kening (frontal sinus) serta sekitar tulang pipi (maxillary sinus).
?Kunyit/minyak campuran kunyit tadi tu kalau boleh letaklah dalam bekas bertutup supaya tak mudah teroksida & masuk habuk. Gunakan dalam tempoh 24 jam jer. Untuk esok silalah buat yang lain ye.. Tapi kalau banyak balance lagi, simpan dalam fridge & gunakan dalam masa 3 hari (gunakan bekas bertutup sahaja)
Guna minyak & kunyit hidup ni memang muka akan kuning sikit la..Ekeke.. Sebab tu saya hanya gunakan campuran kunyit ni waktu malam ataupun pada hari yang memang confirm tak keluar rumah.
❣Pesanan buat mak².. Bila gunakan petua & herba ni, kena jaga kebersihan, buatlah berpada² & tak keterlaluan. Kalau ada petua yang baru 1st time nak cuba tu, calit & test sikit dulu pada lengan atau kaki – takut anak tak serasi/alergi. Bukan ape, benda yang sepatutnya datangkan kebaikan, kalau salah caranya tetap boleh mendatangkan kemudaratan. Yang penting, kaedah alternatif bukanlah pengganti rawatan perubatan. Kalau anak tak serasi atau keadaan lebih teruk, pastikan dapatkan rawatan doktor.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...