Pernah Tak Alami Sakit Belakang Ketika Menyusu? Pakar Laktasi Kongsi Langkah Atasi Sakit Belakang

Share

Ada dikalangan anda yang mengalami masalah sakit belakang semasa menyusu walaupun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Ramai yang mengeluh tentang sakit belakang. 

Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat bayi berlebihan boleh menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Ikuti perkongsian dari pakar laktasi, Puan Rita Rahayu tentang langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang.

Berhati-hati dengan posisi dan postur tubuh

-Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak

– Jika anda sakit belakang di bahagian bawah, gunakan pelapik kaki bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai

-Pilih kerusi selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan bantal yang banyak sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan

Bersenam secara beransur-ansur

-Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibilitinya

– Amalan berenang dapat membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi

– Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang abdomen. Selain itu, biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.

 

Published by
NuFa