Pernah Tak Anak Anda Menyusun Barang Mainan Dengan Sangat Teliti? Inilah Sebabnya!

Share

Dari perspektif psikologi kanak-kanak, menyusan barang permainan merupakan satu bentuk keseronokan untuk meneroka sekeliling. Ia boleh terjadi kerana dua perkara iaitu pertama obsessive(keterlaluan) dan habitual (kebiasaan).

Apabila mereka bermain seorang diri, mereka meletakkan ‘syarat’ kepada diri sendiri tentang bagaimana permainan itu perlu dimainkan. Sebagai contoh, jika kanak-kanak menyusun kenderaan mini secara berbaris, atau patung superhero kecil dari kuat hingga ke lemah. Jika anak-anak lain bermain permainan ini dengan cara yang menyusun juga, maka ibu bapa tidak perlu risau kerana ia adalah sesuatu yang normal.

Selain itu, di dalam memahami konsep awal matematik, terdapat beberapa konsep yang terlibat seperti sorting dan organizing barang-barang, di mana kedua-duanya merujuk kepada kemahiran menyusun dan mengorganisasi barangan.

Ini adalah kemahiran asas di dalam awal matematik untuk kanak kanak. Sorting mendedahkan si kecil dengan nombor, corak dan penyelesaian masalah yang membawa kepada kemahiran menganalisis. Kemahiran menganilisis ini diperlukan di dalam kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan.

Begitu juga dengan organising, ia memberi pendedahan awal kepada warna, saiz, bentuk dan juga corak (pattern). Ia juga membantu dalam pembentukkan sikap yang positif dalam kehidupan seharian. Contohnya, semakin meningkat dewasa kanak-kanak akan lebih mudah untuk mengemas katil dan bilik tidur, menyusun permainan yang bersepah, menyusun buku di dalam beg sekolah mengikut jadual harian dan sebagainya.

Published by
NuFa