Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh? Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

Share

Menjadi kebiasaan ibu bapa jika nak memujuk anak yang terjatuh atau sedih pasti kita menyalahkan sesuatu benda, contohnya anak jatuh terlanggar kerusi “Mummy dah pukul kerusi, apa ni buat adik..okay dah-dah nangis” si kecil pun terus diam kerana rasa diri dilindungi.


Namun dalam sedar ataupun tidak, tindakan kita memberi kesan kepada emosi anak-anak. Ikuti perkongsian daripada Puan Faizatul.

Harini saya nak share ilmu yang saya dapat dari audio Ibu Rose tentang bagaimana nak didik anak supaya bertanggungjawab. Bermula dari sekecil-kecik perkara. Kalau nak anak-anak menjadi anak-anak yang bertanggung-jawab, benda simple macam ni pun kena ambil tahu dan ambil berat.

Biasa tak dengar ada ibu bapa yang salahkan sesuatu benda yang lain sebagai cara pujuk anak menangis ketika terjatuh contohnya:

“Ha..lantai ni buat anak mama jatuh ye. Babab lantai. Dah dah. Mama dah pukul dah lantai ni. Kesian anak mama. Jahat lantai ni buat anak mama jatuh.”

Menakutkan rupanya kesan jangka panjangnya. Bila kita terbiasa memujuk anak dengan cara begini akan menjadikan anak kita

-Suka menyalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri
-Dia yang buat salah tuduh orang lain pula
-Buat salah, buat-buat tak tahu pula
-Yang geramnya boleh marah balik kita ibu bapanya

Bila kita pindahkan kesalahan pada objek lain seperti lantai, sebenarnya kita mengajar anak kita untuk tidak ambil tanggung jawab bahawa dia yang silap dan tak berhati-hati. Ya Allah bila saya dengar takutnya, waliyazubillah semoga kita semua dijauhkan dari cara mendidik yang sebegini.

APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN?

Tidak mengira usia anak, bila mereka menangis sakit macam tu, datang kepada mereka dan ambil tahu sakit kat mana.

Baca doa dan guna cara yang Rasulullah ajarkan bila sesuatu anggota badan sakit. Letakkan tangan dibahagian yang sakit. Baca bismillah 3 kali lalu bacalah:

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan (HR. Muslim).

Tiupkan dan gosoklah bahagian yang sakit beserta doa. Belai penuh timbangrasa dan kasih sayang.

Lepas tu, cakap dan ingatkan dengan lembut supaya dia lebih berhati-hati next time. “Be careful ok next time”

Jika dah lebih 3 tahun, boleh tanya apa yang dia belajar dari jatuh tu. Tapi tanyalah dengan lembut tanpa buat untuk dia rasa bersalah tak menentu. Rasa guilty. Jika kita buat sampai dia rasa bersalah, no good learning happen.

Elak berkata “ PADAN MUKA kan mama dah cakap dah!”

Ibu Rose selalu cakap, kita nak didik anak berakhlak mulia ni bukan hanya tahu bersyarahkan anak sahaja namun perlu ambil peduli benda-benda kecil seperti ini.

CONTOH AYAT YANG KITA BOLEH PRACTICE KAN BERSAMA

“Sayang jatuh sebab berlari tadi dan tak tengok kat lantai ada air tumpah ya? Pain? Meh ummi baca doa and blow dulu. Next time be carefull ok. Its ok, strong girl”

“Supaya lain kali tak jadi lagi, apa sayang nak buat? Apa yang sayang belajar dari kesilapan tu.” (Soalan tambahan ni bolehlah tanya anak yang dah 5 tahun lebih.)

Kuncinya adalah supaya anak itu ambil tanggungjawab diatas kesilapannya. Sebab dia ambil tanggungjawab, maka dia boleh ubah keadaan tu.

You can do it. Xoxo

Begitulah,

Sumber: Faizatul Iman
Jom elak dari tak sengaja mengajar anak jadi anak tak bertanggung jawab.

Published by
Nik Nurul Fatin Nik Mahmud