Ada waktunya dalam kita mendidik anak, kita tidak terlepas dan tidak sedar melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan pada anak. Jangan cepat rasa ‘down’ sebaliknya kita perbaiki demi perkembangan sihat anak kita.
Coach Parenting, En Mohd Fhais berkongsi antara kesilapan yang perlu kita elakkan dalam mendidik anak.
Elakkan 15 perkara ni
15 kesilapan parenting yang saya sendiri pernah terbuat dan menyesal sampai sekarang.
1. Paksa anak makan makanan yang dia memang tak suka makan.
2. Cakap “jangan mengada-ngada” ketika dia sedang takut pada sesuatu.
3. Jadikan belajar sebagai satu hukuman pada anak.
4. Bila dia buat perkara yang trigger emosi saya akan suruh dia pergi buat latihan membaca atau matematik.
5. Marah bila anak menangis untuk perkara remeh.
6. Cepat sangat melenting bila anak-anak bergaduh, terlalu bising katanya.
7. Paling marah bila anak-anak kacau masa buat kerja, sampai anak-anak takut dan tak berani kacau lagi.
8. Tidak ambil tahu perkembangan anak, semua serah bulat bulat pada isteri.
9. Terlalu garang ketika mengajar, natijahnya sampai sekarang anak langsung tak nak belajar dengan saya.
10. Tinggi suara ketika menegur salah anak.
11. Cakap, “kakak kena mengalah dengan adik”.
12. Sentap bila anak menangis atau tantrum di tempat awam.
13. Belikan terlalu banyak mainan dan tidak ajar hargai mainan yang ada.
14. Banyak micromanage hidup anak-anak.
15. Buat tak tahu bila anak tinggi suara pada ibunya.
Pengalaman saya.
Setiap kesilapan yang di buat kepada anak lambat laun akan berbalik semula pada saya.
Apa sahaja yang di ajar, anak akan ajar balik pada saya dengan cara yang tak di sangka-sangka.
Sungguh!
Muhasabah itu penting, agar kita mudah nampak yang kita ni tak pernah sempurna.
Wallahu A’lam,
Menarik: Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2cm, Neelofa Kongsi Pengalaman Indah Bersalinkan Muhammad Bilal
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!