Pernah tular hilang enam ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Pernah Tular Hilang Enam Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian
Sudah setahun berlalu kisah duka itu namun namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman.
Terbaharu, Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.
Menerusi perkongsian ibu saudaranya di akaun TikTok tinienie4, Abdur Rahman melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.
“Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdur Rahman),”tulisnya.
Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur serta memberikan ucapan tahniah kepada Abdur Rahman yang mesra disapa Aman.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Ads
Untuk info, 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Anak-anak memerlukan ibu bapa untuk mendidik dan mengajar mereka. Pada hakikatnya ibu bapalah yang wajib mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi. Mereka perlu mendidik dari sudut jasmani dan rohani.
Bagi anak-anak yang masih kecil, ibu bapa perlu merangsang anak-anak untuk berdiri, berjalan dan juga bercakap. Jangan hanya biarkan anak-anak tanpa pemantauan. Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak ‘belajar’ dengan menggunakan gajet. Kononnya anak-anak masih kecil jadi mereka perlu dibiarkan menikmati alam kanak-kanak sepuas-puasnya.
Sebenarnya tiada istilah ‘anak pandai sendiri’ atau ‘pandailah dia nanti.’ Semuanya perlu diajar, cakap, tunjuk dan nasihat. Baca perkongsian fakta seperti yang dikongsikan oleh Maryam Jamadi ini. Beliau merupakan seorang ahli terapis carakerja.
Tiada Istilah ‘Pandailah Dia Nanti’
BERIKUT PERKARA-PERKARA YANG IBU BAPA MESTI BERI PERHATIAN:
1. Kesilapan ramai mak ayah, mereka ingat anak akan pandai cakap sendiri, pandai jalan sendiri, pandai berkawan sendiri.
2. Sampailah anak umur 8 bulan masih belum berguling. Sampailah anak umur 1 tahun 6 bulan belum berjalan atau bercakap. Waktu itu baru mak ayah sedar yang anak tidak akan membesar sendiri kalau kita tidak rangsang perkembangan mereka.
3. Anak juga tak akan tiba-tiba pandai main phone atau pandai tengok youtube kalau kita tak pernah ajar mereka.
4. Jangan salahkan anak ketagih phone atau asyik-asyik nak minta tengok tv, sedangkan kita sendiri yang beri mereka tanpa pantauan.
5. Guru pertama anak adalah kita sendiri mak ayah mereka. Nak jadi guru anak-anak perlu lengkapkan senjata ilmu, barulah dapat bantu perkembangan anak.
6. Tiada istilah pandailah nanti. Selagi kita tak ubah persekitaran anak, tak bantu kembangkan perkembangan anak selagi itu perkembangan anak akan terus menerus lewat.
Jika nampak anak-anak lambat dari segi perkembangan mereka seperti yang sepatutnya mengikut tahap usia, segeralah mengambil tindakan. Jangan biarkan sahaja anak-anak ‘hanyut’ tanpa diberikan bantuan dan tunjuk ajar.
Anak Aril Pilus diserang Rotavirus, “Allahuakbar…tak sanggup tengok keadaan anak sakit.” Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk.
Anak Aril Pilus Diserang Rotavirus
Virus ini boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak di kalangan bayi dan kanak-kanak. Penyakit rotavirus amat mudah berjangkit dan hampir semua kanak-kanak dijangkiti sebelum atau pada usia 5 tahun.
Melalui satu hantaran dilaman Instagramnya, penyanyi Aril Pilus berkongsi tentang keadaan anaknya yang diserang rota virus.
“Allahuakbar…Tak Sanggup Tengok Keadaan Anak Sakit”
Assalamualaikum, Day 5 #TunAdrienNoah di hospital, baru kuat sikit nak share keadaan anak, kalau share 2-3 hari sebelum, Allahuakbar.. saya sebagai bapa tak sanggup nak tengok keadaan dia sakit dan lemah ketika itu.
Now my baby boy nampak segar dan steady sikit, baru la daddy kuat nak kongsi video si comel ni. To all mother and father out there, please take care of ur kids ya!
Penyakit pelik-pelik je sekarang ni.. oh ya! Masuk hospital sebab rota virus, VIRUS NI SANGAT JAHAT YA! SANGAT-SANGAT JAHAT, kat wad kanak-kanak ni denggi, influenza dan rota virus je most of them yang masuk, takpe Allah SWT uji sebab Allah SWT sayang dan Allah SWT tau kita mampu hadap.. so kita kene reda dan strong!!!
Doakan Noah ya uncle and auntie – tulisnya diruangan kapsyen.
Perkongsian Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus turut dibanjiri dengan komen serta doa daripada peminat dan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
INFO TENTANG ROTAVIRUS
Apakah jangkitan Rotavirus?
Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan.
Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.
Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.
Untuk info, Aril mendirikan rumah tangga dengan Puteri Erma Adlina Megat Ami pada 20 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tun Adriel Mikael, 9 dan Tun Adrien Noh, 2 tahun.
Mendapat berita ‘anda telah hamil’ adalah satu momen yang sangat indah. Namun, bagi yang telah lama menunggu berita gembira ini, ianya akan mengganggu emosi dan menjadi isu yang sensitif jika ingin berbual tentang Trying To Conceive (TTC).
Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergantung kepada perancangan Tuhan, tetapi sebagai manusia biasa, anda perlu berusaha dan berikhtiar sebagai cara agar cepat hamil.
Mempunyai zuriat sendiri setelah melayari bahtera perkahwinan merupakan idaman setiap pasangan. Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah dan menggunakan cara TTC untuk hamil.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/medium-shot-woman-anticipating_23442439.htm#query=pregnancy%20test&position=4&from_view=search&track=ais
TTC atau ‘trying to conceive’ merupakan ikhtiar dalam kalangan pasangan berkahwin bagi mendapatkan anak dengan cepat. Namun, terdapat beberapa petua ketika menjalani proses TTC ini yang tidak diketahui sama ada betul ataupun tidak.
Menurut Dr Yatikasim, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC. Jom lihat video perkongsian mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC.