Kisahnya pernah disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan kerana memerlukan kos yang tinggi untuk menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dua tahun lalu akibat menderita penyakit kepala besar atau hydrocephalus.

Malah ada juga bantuan lain yang disalurkan kepada kanak-kanak malang tersebut untuk menjalani pembedahan keduanya pada Julai yang lalu. Namun menurut laporan sebuah akhbar, kehadiran kanak-kanak Rohingya, Mohd Yasin Mohamad Rafique, 3, di jejantas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, mengundang pertanyaan orang ramai.

Pernah Tular Nak Dapatkan Bantuan, Mohd Yasin Penghidap Hydrocephalus Dilihat Mengemis Bersama Ibu
.

Mereka hairan apabila Mohd Yasin dibiarkan memohon derma orang ramai di situ setiap hari dari 1 tengah hari hingga 8 malam. Bagaimanapun, menurut laporan yang dibuat, Mohd Yasin dan ibunya yang memakai purdah kerap berada di Masjid Jamek, Bukit Bintang dan beberapa lokasi tumpuan lain di sekitar ibu kota.

Apakah mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya atau kemungkinan tarikan meminta derma orang ramai mendorong ibunya memutuskan ia jalan mudah untuk mendapatkan wang.

Undang Simpati Orang Ramai

Dalam keadaan Mohd Yasin terbaring di atas kerusi bayi menyebabkan orang ramai simpati, sekali gus menghulurkan derma dalam jumlah agak besar.
Lapor akhbar itu lagi, wanita terbabit, Omar Akhtar Mohammad Nor, 21, berkata, dia terpaksa mengemis bagi menampung kos perubatan anak mencecah RM1,000 setiap kali membuat rawatan susulan di HKL.

“Anak dibedah dua tahun lalu di HKL menggunakan wang hasil bantuan orang ramai dan Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Ketika ini bagi menampung wang perbelanjaan rawatannya dan pemakanan, saya terpaksa mengemis bagi menanggung keluarga berikutan memegang kad UNHCR yang tidak boleh bekerja,” katanya.

IKLAN

Pernah Tular Nak Dapatkan Bantuan, Mohd Yasin Penghidap Hydrocephalus Dilihat Mengemis Bersama Ibu
.

Semakan turut dibuat oleh akbar terbabit menggunakan aplikasi UNHCR Verify mendapati kad Omar Akhtar dan Mohd Yasin adalah sah dan terdapat dalam sistem agensi itu.
Omar Akhtar berkata, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pencuci kereta sebanyak RM1,200 sebulan tidak cukup untuk menampung kos rawatan anak mereka.

“Anak saya dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menghidap penyakit ini sebelum berpindah ke Pandan Perdana, Ampang dan sejak itu anak menerima rawatan di HKL.

“Pendapatan suami digunakan untuk membayar sewa rumah dan keperluan harian, tambahan pula dia tidak boleh melakukan kerja berat kerana pernah mengalami kemalangan menyebabkan kakinya terpaksa dimasukkan besi,” katanya.

Mampu raih RM500 sehari

Menurutnya, sehari dia mampu mendapat purata RM500 hasil sumbangan orang ramai yang simpati melihat keadaan anaknya.

IKLAN

“Anak saya pula hanya minum air kotak dan seminggu sekali perlu ke HKL untuk rawatan lanjut dengan perbelanjaan rawatan mencecah RM1,000 setiap kali ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia, Azah Hana Ahmad Azahari berkata, Mohd Yasin memang memiliki kad UNHCR dan pihaknya pernah merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tiada tindakan boleh diambil berikutan kanak-kanak terbabit berstatus UNHCR.

Pernah Tular Nak Dapatkan Bantuan, Mohd Yasin Penghidap Hydrocephalus Dilihat Mengemis Bersama Ibu
.

“Mohd Yasin pernah dibantu dan menjalani pembedahan VP Shunt iaitu pemasangan tiub kekal di kepala bagi membolehkan lebihan air mengalir ke perut dan keluar melalui air kencing hasil derma rakyat Malaysia pada 2017 di HKL. sebelum ini.

“Kami tidak pasti sama ada ibunya membawa Mohd Yasin mendapatkan rawatan susulan di HKL selepas pembedahan dilakukan.

“Namun kami ada mendapat maklumat Mohd Yasin digunakan untuk meraih simpati orang ramai bagi mendapatkan derma,” katanya.

IKLAN

Individu Berbeza Bersama Mohd Yasin

Individu menularkan gambar Mohd Yasin yang diambil di TBS, Sabtu lalu, Saiful Izwan Ramli, 36, mahu tindakan segera diambil terhadap sindiket menggunakan anak kecil itu sebagai ‘peraih’ untuk mendapat derma.

“Saya bertanya kepada wanita berkenaan dan dia mengakui berasal dari Myanmar,” katanya.

Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, setiap kali melalui jejantas itu, dia melihat orang yang berbeza menjaga Mohd Yasin.

“Semalam (kelmarin) saya melihat orang lain yang menjaga anak ini, hari ini (semalam) orang berbeza pula.

“Tidak tahu yang mana satu ibu sebenar kanak-kanak ini, mohon pihak berkuasa siasat,” katanya.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI