Pempengaruh media sosial, Dhuhaa Sophea pernah mendapat perhatian sehingga digelar bayi tercantik di dunia suatu ketika dahulu.
Anak hasil perkahwinan campur wanita Malaysia dan lelaki Rusia memiliki mata yang bulat serta senyuman yang mencairkan.
Dhuhaa Sophea diakui mempunyai peminatnya tersendiri. Kini, usia Dhuhaa Sophea sudah menginjak enam tahun dan mempunyai seorang adik perempuan bernama Amiraa.
Kecomelan Dhuhaa ini menjadi perhatian ramai kerana wajah kacukan yang dimilikinya. Difahamkan ibunya seorang Melayu berasal dari Terengganu manakala bapa adalah seorang warga Rusia. Kini mereka sekeluarga menetap di Sweden.
Malah si adik, Amiraa Al Imaan turut mewarisi kecomelan si kakak.
Rata-rata warga maya tertarik melihat wajah cantik anak-anak kacukan Melayu Rusia ini.
Ajal maut di tangan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya. Setiap yang hidup, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Mungkin bagi orang yang terpilih mereka seolah-olah tahu mereka akan pergi meninggalkan insan yang disayanginya.
Begitu juga dengan arwah ini yang merekod video bersama anaknya buat kali terakhir sebelum arwah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia . Al-fatihah??? pic.twitter.com/IDW7FgD9T8
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter kelmarin, video yang direkod oleh arwah bersama anaknya betul-betul terkesan dan membuatkan semua yang menontonnya sebak.
Menurut beberapa individu yang mengenalinya, arwah adalah pemilik sebuah butik dan mempunyai karakter yang sangat baik dan suka bersedekah. Paling sebak bila lihat reaksi anaknya memandang muka bapanya seolah-olah dapat merasainya bakal kehilangan ayah.
Netizen yang menonton video ini semuanya berkongsi perasaan sedih dan menceritakan serba sedikit mengenai arwah semasa hidup.
Video yang berdurasi 1.14 saat ini telah mendapat tontonan 193,000. Al-Fatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana.
“Kalau rindu awak, anak la pengubatnya. Terima kasih tinggalkan kenangan paling mahal ini pada saya. Saya janji akan jaga sebaik mungkin.” Itu luahan Izrul Mat Taib di status terbaru Facebooknya selepas kehilangan isteri ketika sedang berpantang baru-baru ini.
Menurut Izrul, walaupun sudah dua minggu hilang insan tersayang rasa seperti lama sangat arwah pergi meninggalkannya sekeluarga.
“Baru dua minggu awak meninggalkan kami, terasa lama sangat awak pergi tinggalkan saya dan Ayesha. Terima kasih sebab tinggalkan kenangan ini pada saya. Terima kasih juga sebab jaga saya selama setahun kita berkahwin. Saya akui sangat bahagia cuma Allah lebih lagi menyayangi awak.
“Sekarang sayalah ibu dan ayah pada Ayesha. Selagi ada kekuatan saya akan buat yang terbaik untuk anak kita,” katanya.
Cuti sebulan jaga anak
Izrul juga menyatakan, walaupun kini terpaksa bercuti sebulan dan masanya banyak dihabiskan di hospital jaga Ayesha ujian ini tandanya Allah sayang.
“Memandangkan Ayesha masih lagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman selepas orang ramai datang ziarah jenazah ibunya, saya bersyukur dah nampak perubahan.
“Sebelum ini doktor dah ambil air tulang belakangnya untuk mengetahui kuman jenis apa dalam badannya, cuma keputusan belum diketahui. Mungkin dalam seminggu lagi kena on antibiotik untuk mematikan kuman dalam badannya.
“Jika keadaan makin stabil, bantuan oksigen akan dihentikan secara berperingkat jika Ayesha dah boleh bernafas sendiri,” jelasnya.
Ayesha macam faham ibu dah tiada
Berkongsi mengenai perkembangan Ayesha selepas kehilangan ibunya, Izrul menjelaskan Ayesha seolah-olah memahami ibunya dah tiada buat selamanya.
“Walaupun hanya sekejap merasai kasih sayang ibu, Ayesha sangat suka dengan kehadiran orang perempuan disekelilingnya tambah-tambah emak saudaranya.
“Saya boleh nampak dia begitu gembira bila dapat dipeluk oleh emak saudaranya ketika menjaganya di hospital dan tak banyak ragam. Mungkin aura seorang ibu itu lain berbanding dengan bapa. Dari raut wajahnya pun cukup ceria bila nampak orang perempuan.
“Tapi selagi saya ada kekuatan, saya berjanji akan jaga dan didik Ayesha jadi anak yang solehah dan dapat mengembirakan arwah isteri di sana nanti,” katanya.
Izrul menambah lepas ni dia akan lebih cerewet dan tidak akan mendedahkan Ayesha di tempat orang ramai bagi mengelakkan kejadian kali kedua berlaku lagi.
“Selepas ini saya cuba akan hadkan orang pegang dan peluk ciumnya. Apabila saya mula kerja semula nanti, mungkin Ayesha akan dijaga oleh mak dan sebelah malamnya saya akan ambil alih untuk menjaganya pula.
“Inilah pilihan yang ada buat masa sekarang untuk pastikan Ayesha betul-betul sihat,” ujarnya.
Sebelum ini kisah Izrul viral apabila arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia selepas sehari demam dan doktor sahkan ada darah beku di jantungnya.
Pada hari arwah meninggal adalah tarikh sepatutnya dia melahirkan Ayesha namun perancangan Allah lebih dari segalanya kerana arwah telah selamat bersalin awal di usia kandungannya 34 minggu dengan selamat.
Sepanjang berpantang juga arwah seolah tahu dia akan pergi buat selamanya apabila banyak menyerahkan tugas menjaga dan mengurus bayi pada suami dan seperti tidak mahu terlalu rapat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda pagar #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati. Seluruh tubuhnya mengalami luka dan berparut akibat didera.
Dia kanak-kanak istimewa syndrome down, berusia 13 tahun. Tiada ibu bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, rumah kebajikan di Wangsa Maju yang pengasas dan pengusahanya Cik Siti Bainun, 30 tahun.
Namun kes ini sekali lagi mendapat riaksi marah rakyat Malaysia apabila gambar OKT, Cik Siti Bainun diwakili sehingga 10 peguam di muat naik di laman media sosial. Persoalan yang hangat diperkatakan kenapa perlunya 10 peguam melawan seorang kanak-kanak OKU? Mengapa tidak 10 peguam yang membela kanak-kanak tersebut?
Kes penderaan Bella ini turut mendapat riaksi daripada Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.
Menerusi tinjauan yang di buat di Instagram YM Che’ Puan Khaleeda, ternyata beliau juga turut terkesan dengan nasib adik Bella yang didera.
Tambahnya lagi, dengan kuasa yang ada beliau akan cuba sedaya upaya untuk membela nasib anak istimewa ini.
Terdapat 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :
1. Dipukul dengan hanger sehingga hanger patah.
2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.
3. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.
4. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.
5. Disimbah air panas dengan kerap. Termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas
ni hukuman paling banyak Bella kena.
6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.
7. Ditelanjangkan.
8. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan
dipaksa makan lagi.
9. Menekap kuali panas pada peha Bella.
10. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu
maksima sebelum disiram pada Bella.
11. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.
12. Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.
13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.
14. Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu siram air panas dan tenyeh cili kering
kat mata dan luka.
15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah
16. Dipijak dibahagian lutut oleh OKT.
17. Dipukul dan ditolak kepala.
18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.
Ramai yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!