Pernah Viral Bayi Tercantik Dunia, Kini Dhuhaa Sophea Sudah 6 Tahun & Ada Adik Yang Sangat Comel!

Share

Pempengaruh media sosial, Dhuhaa Sophea pernah mendapat perhatian sehingga digelar bayi tercantik di dunia suatu ketika dahulu.

Anak hasil perkahwinan campur wanita Malaysia dan lelaki Rusia memiliki mata yang bulat serta senyuman yang mencairkan.

Dhuhaa Sophea diakui mempunyai peminatnya tersendiri. Kini, usia Dhuhaa Sophea sudah menginjak enam tahun dan mempunyai seorang adik perempuan bernama Amiraa.

Baca artikel menarik:

Tinggalkan 2 Anak Yang Masih Kecil, Jock Juri MasterChef Australia Meninggal Dunia

“Angkutt..Angkutt.. Bunga Aku Tak Nak Angkut?” Gelagat Anak Menantu Chef Wan Tapau Makanan Bawa Balik Perlis

“Lawanya Vie Zaara” Kecantikan Anak Sulung Dato’ Sri Eizlan Yusof Curi Tumpuan

Ini gambar terkini si comel bersama adiknya!

Kecomelan Dhuhaa ini menjadi perhatian ramai kerana wajah kacukan yang dimilikinya. Difahamkan ibunya seorang Melayu berasal dari Terengganu manakala bapa adalah seorang warga Rusia. Kini mereka sekeluarga menetap di Sweden.

Malah si adik, Amiraa Al Imaan turut mewarisi kecomelan si kakak.

Rata-rata warga maya tertarik melihat wajah cantik anak-anak kacukan Melayu Rusia ini.

Kredit: ctsafuraa

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa