
Wah, memang respek betul dengan Khairul Aming! Bukan je berjaya dalam bisnes, tapi siap jaga kebajikan staf lagi. Bayangkan, tak semua majikan sanggup keluarkan kos besar untuk hargai pekerja macam tu. Memang inspirasi!
Baru-baru ni, Khairul Aming ada kongsi kos perbelanjaan bawa staf dia pergi bercuti, dan perkongsian tu memang tarik perhatian ramai.
Menerusi video di kongsi milik Tiktok Khairul Aming telah menjawab satu soalan yang ditanya oleh pengikutnya.
NETIZEN TANYA JUMLAH SPEND BAWA STAFF BERCUTI
Individu itu bertanyakan berapakah jumlah yang dihabiskan untuk percutian bersama stafnya. Khairul Aming kemudian menjawab terdapat dua kos yang terlibat.
Pertama, kos untuk membawa staf bercuti termasuklah penginapan hotel, makanan, aktiviti, pengangkutan dan duit poket. Ia dianggar sekitar RM200,000 hingga RM300,000.
Malah, dia juga perlu menanggung kos kerugian produksi apabila kilangnya ditutup selama lima hari iaitu sekitar RM700,000 hingga RM750,000.
Setelah digabungkan, jumlah keseluruhan kos yang terlibat adalah hampir RM1 juta.
“Saya dah dedicate every year nak celebratekan staf,” katanya.
Tambahnya, dia akan cuba melakukan perkara ini setiap tahun walaupun kilang perlu ditutup sementara.
NETIZEN LUAH KAGUM
Meninjau di ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara pempengaruh ini menghargai pekerjanya. Malah ada yang teringin untuk menjadi kakitangannya.
“Hilang 1juta, nnti dpt lbih lg. Percaya rezeki Allah. Sbb tu ka bjaya, x bkira x kdekut..”
“Nak Jadi Staff …”
“Semoga rezeki mu mencurah2. Amin…”
Sumber: Tiktok Khairul Aming
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Diri Dari Anak Kecil Jika Bergejala, 315 Kanak-Kanak Negara Ini Dijangkiti COVID-19!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 315 kes positif wabak Covid-19 adalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 14 tahun.
Melalui sidang media harian Covid-19 di Putrajaya petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan enam peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 5,182 kes yang dilaporkan di negara ini.
“Daripada jumlah itu, 83 pesakit masing-masing di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan lima hingga sembilan tahun.
“Pesakit berumur antara 10 hingga 14 tahun pula adalah seramai 149 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun yang dijangkiti COVID-19 ialah 315 individu,” katanya lagi.
Jelas kes yang melibatkan jangkitan kepada kanak-kanak ini kebanyakannya mendapat jangkitan daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang positif wabak berkenaan.
“Biasanya kanak-kanak ini dapat jangkitan bersama keluarga sama ada ibu atau ayah. Kalau mereka dapat sekali jangkitan, kita akan letakkan bersama dalam wad atau bilik.
“Sekiranya kanak-kanak dijangkiti tetapi ibu bapa tidak dijangkiti, ibu bapa yang ingin menjaga anak perlu menandatangani persetujuan. Malah KKM juga menggalakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti Covid-19 memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) sepanjang tempoh penjagaan itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut melaporkan kes COVID-19 dengan kes baharu dilaporkan sebanyak 110 orang dengan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di iaitu sebanyak 5,182.
Manakala kes sembuh pula sebanyak 119 dengan seramai 29 orang memerlukan bantuan alat pernafasan serta satu kematian
Sumber: Harian Metro & Berita Harian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Circle Kecil, Hati Tenang , Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum!

Tahun baru biasanya sinonim dengan azam dan permulaan baru. Tapi kali ni, Puan Faridah Mohd Ali kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan bukan tentang apa yang kita nak tambah dalam hidup, tapi apa yang kita perlu buang untuk hidup lebih tenang, kemas, dan fokus.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Puan Faridah berkongsi perjalanan beliau meng-clearkan bebanan hidup dari contact dalam telefon, group WhatsApp, barang peribadi, hingga ke circle sosial.
Beliau percaya bahawa hidup yang minimalis dan tersusun akan memberi ruang untuk kita capai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
Mari kita tengok, apa yang Puan Faridah dah buat untuk memulakan 2025 dengan langkah yang lebih ringan dan bermakna

Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal apa yang orang lain fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita pilih untuk simpan dan bawa ke depan. Fokus pada impian dan nilai yang penting dalam hidup kita. Bila kita kemas fikiran, hati, dan persekitaran, insyaAllah kita akan rasa lebih ringan, tenang, dan bersedia untuk kejar kejayaan yang lebih besar. Let go, dan fokus pada perkara yang membawa kemajuan dan kebahagiaan.
Sumber: Faridah Mohd Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hasrat Balik Tengok Anak Demam Tak Kesampaian. Anggota Polis Maut Kemalangan

Hasrat seorang bapa yang juga seorang anggota polis di Balai Polis Putra Heights, Selangor pulang ke Melaka untuk melihat anaknya demam tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan.
Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 217.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah pagi tadi.
Hasrat tak kesampaian
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, mangsa yang bertugas di Putra Heights itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.
Kejadian berlaku kira-kira dalam pukul 1.30 pagi apabila sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke lorong paling kiri. Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda RS150R yang cuba untuk mengelak ke bahagian kanan, namun gagal.
Akibat daripada itu, mangsa terlanggar belakang lori bahagian kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa dikatakan tamat tugas pada tengah malam dan terus menuju ke Kampung Musai, Bukit Baru kerana anaknya yang demam.
Susulan daripada itu, mangsa, Kamarul Arif Mat Noor, 32, yang berpangkat koperal diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Kredit: Utusan Malaysia
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI