Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
TIP YANG DIKONGSI DARIPADA FOLLOWER UNTUK UMI
Sumber: Instagram Umi Nazeera
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Sakit Gigi, Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit
Anak sakit gigi, mak ayah boleh cuba buat sendiri rawatan ini di rumah untuk legakan rasa sakit. Setiap kali sakit gigi, sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu.
Anak Sakit Gigi, Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit
Jika orang dewasa pun begitu, apatah lagi dengan kanak-kanak. Akan tetapi, pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit gigi tradisional buat kanak-kanak yang boleh buat sendiri di rumah?
Masalah gigi dan kanak-kanak
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara yang asing untuk kita lihat berlaku pada gigi kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih, bersih dan tersusun rapi kini sudah kian mereput dan menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.
Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi yang lebih teruk, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Jika gigi anak anda sudah terlalu teruk, ibu bapa perlu gunakan ubat sakit gigi untuk merawatnya.
Kesan jika anak sakit gigi
Bagi seorang kanak-kanak, sakit gigi yang teruk boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:
Kehilangan gigi yang terlalu awal akan menyebabkan gigi tumbuh tidak teratur
Kebengkakan yang besar akan menyukarkan mereka membuka mulut, mengunyah makanan dan bernafas
Menjadi trauma atau pengalaman yang menakutkan buat anak anda
Paling penting, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ubat sakit gigi jika mereka mulai mengadu sakit gigi.
Jika tidak, mereka mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam hospital jika berlaku sebarang komplikasi yang lain.
Ubat sakit gigi tradisional untuk anak di rumah
Selain ubat sakit gigi yang anda boleh dapat di klinik gigi atau farmasi, anda juga menggunakan alternatif lain yang mudah dijumpai bahkan di rumah anda sendiri!
Berikut merupakan rawatan tradisional sakit gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah:
1. Garam
Jika diikutkan logik akal, ini pasti tidak masuk akal kerana garam sudah pasti akan membuat gigi anak anda lebih sakit.
Pun begitu, kandungan sodium yang terdapat di dalamnya sebenarnya mampu menghilangkan sakit gigi berlubang.
Caranya mudah sahaja, larutkan garam ke dalam segelas air suam dan kumurkan larutan tersebut.
Anda boleh lakukannya berkali-kali sehingga rasa denyut pada gigi berlubang itu hilang dengan sendiri.
2. Cengkih
Selain itu, anda juga boleh gunakan cengkih sebagai ubat sakit gigi anak anda. Jika anak anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakannya sebagai ubat sapuan.
Caranya, kisarkan beberapa biji cengkih bersama minyak zaitun dan minyak sayur. Setelah sapuan ini siap, sapukan sahaja pada gigi anak anda yang sakit.
Selain itu, anda juga boleh jadikan ia ubat kumur sama seperti garam.
3. Biji asam jawa
Selain baik untuk tekak, asam jawa juga boleh dijadikan penawar untuk melegakan sakit pada gigi.
Caranya, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisar ia sehingga halus. Kemudian, sapukan sahaja ia pada gigi yang sakit.
4. Limau nipis
Siapa kata limau nipis cuma boleh dijadikan makanan, minuman atau cucian semata-mata? Sebenarnya, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sakit gigi kerana ia kaya dengan vitamin C.
Caranya, potong limau nipis lalu perah jusnya ke dalam sebuah bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil perahan jus itu. Kemudian, titiskan ia sedikit demi sedikit ke gigi untuk mengelakkan rasa pedih.
5. Bawang putih
Bawang putih adalah bersifat antibiotik dan sangat berkesan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang.
Caranya, ambil satu atau dua ulas bawang putih, kupas dan tumbuk ia sehingga halus.
Selepas itu, sapukan ia pada gigi yang sakit.
Ataupun, anda juga boleh minta anak anda untuk mengunyahnya secara terus sahaja.
6. Bawang merah
Sama seperti bawang putih, bawang merah juga mampu mengurangkan sakit gigi berlubang.
Caranya juga lebih kurang sama sahaja iaitu ambil satu atau dua ulas bawang merah, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Sama ada anda sapukan ia ataupun mengunyahnya secara terus, pilihan terletak di tangan anda.
7. Ais
Akhir sekali, anda boleh menggunakan ais untuk melegakan sakit gigi anak anda akibat gigi berlubang.
Caranya adalah mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul ais daripada peti sejuk lalu masukkan ia ke dalam beg plastik. Kemudian, tuamkan ia di atas bahagian gigi yang sakit.
Pun begitu, ini hanyalah langkah untuk mengebas dan meredakan sakit buat sementara waktu sahaja.
Baca artikel lain juga: Anak Sakit Gigi Tengah Malam, Klinik Pula Tutup. Ini Apa Yang Mama Papa Boleh Lakukan
Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi
Kredit foto: Freepik
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Suka Menyusu Sebelah Payudara Sahaja Adakah Normal Atau Memudaratkan?
Bayi kadang-kadang hanya berminat untuk menyusu sebelah payudara sahaja. Apabila diberikan sebelah kiri, dia hanya menyusu sekejap sahaja. Ia juga mungkin punca pengeluaran susu tidak seimbang di mana susu payudara kanan lebih banyak daripada sebelah kiri (apabila di pam). Adakah hal ini normal atau boleh memudaratkan? Bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?
Ia agak normal apabila sesetengah bayi terutamanya yang baru lahir menggemari sebelah payu dara sahaja apabila menyusu. Lazimnya, bayi akan menolak, meragam atau menyusu dengan sekejap sahaja apabila disusukan di payu dara yang tidak digemarinya. Amalan ini boleh menyebabkan payu dara besar sebelah (lopsided) dan akan dapat diatasi setelah bayi bercerai susu kelak.
Pengeluaran susu tidak seimbang antara kedua-dua belah payu dara adalah disebabkan beberapa faktor.
- Kadang kala trauma kelahiran akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk menyusu di sebelah payu dara akibat ketidakselesaan atau kesakitan pada kawasan tertentu di kepalanya (biasanya melibatkan alat bantuan kelahiran – vakum dan forsep).
- Bengkak di sebelah payu dara. Payu dara yang bengkak menyebabkan bayi berusaha keras untuk cuba melekap dengan baik. Kesan kepayahan yang dialami, dia cenderung untuk menggemari payu dara yang mudah melekap.
- Jika anda mengalami mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tidak mahu menyusu menerusinya kerana rasa yang berbeza (lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium). Malah, rasa susu di sebelah payu dara yang jarang dikosongkan juga boleh menjadi lebih masin.
- Keadaan fizikal payudara. Perbezaan keadaan areola/puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.
- Perbezaan aliran susu. Bayi lebih suka menyusu daripada payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih baik. Ada kalanya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju atau bekalan susu berkurangan juga boleh menjadi masalah.
- Ibu gemar menyusukan bayi dengan sebelah payu dara. Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih kerap menawarkan sebelah payu dara. Biasanya perkara ini berlaku pada waktu malam apabila puan tidak sedar kerana terlalu letih atau mengantuk. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan bekalan susu di kedua-dua belah payu dara. Bekalan susu pada payu dara yang jarang diberikan akan berkurangan!
- Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.
Perlu diingatkan juga bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.
- Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
- Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Puan juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain.
- Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi)
- Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.
- Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana aliran susunya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
Kesabaran adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awet Sihat Awet Muda. Dr Hamid Arshat Kongsi Nasihat Beliau & Tip Tun Dr Mahathir
Awet sihat awet muda tentu menjadi impian setiap daripada kita. Mari ikuti tip daripada Dr Hamid Arshat dan nasihat Tun Dr Mahathir ini.
Pakar O&G terkenal, Dato’ Dr Hamid Arshat baru-baru ini telah berkongsi tip berguna untuk sihat dan awet muda. Beliau yang dilahirkan pada 4 Januari 1945, masih cergas, kuat dan aktif berkhidmat di klinik beliau. Ini membuktikan tip yang diberikan beliau berkesan pada dirinya yang kini berusia kini pada usia 73 tahun dengan izin Allah. Berikut ialah posting Facebook beliau yang telah dikongsikan;
AWET SIHAT AWET MUDA
1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit Alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu penghidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi-fungsi asas seperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukannya.
2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umur dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita seperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat quran kita perlu baca berulang-ulang tidak kurang dari 40 kali.
Ulang baca bila-bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya Al-mulk, Sajadah, Assaf, Al-insan, Al Qiamah, separuh Al Wakiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal Al-Quran, kanak-kanak perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira-kira dan hitungan cuba jangan bergantung kepada calculator atau komputer. Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain memberi menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi, malah ia juga banyak memberi kebaikan kepada otak. Senaman menambah sel-sel neuron, menguatkan sambungan dan mencegah kerosakan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya seperti berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. Dalam proses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran-kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang-orang Jepun dan Korea juga berbuat demikian.
Seperti Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan ditapak tangan.
Satu kajian dilakukan ke atas kanak-kanak yang mempunyai tabiat melukis tentang perkara-perkara yang baru dipelajari mendapati mereka berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
Buku coretan saya
9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting bagi pertumbuhan sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohidrat, fast food dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.
9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan Alhzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak, meningkatkan ingatan dan meningkatan pertumbuhan sel-sel neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel-sel neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telur mengandungi choline iaitu asid amino yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel-sel otak.
9.5 Pisang, sayur hijau dan kekacang mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian ke atas kanak-kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel-sel otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan-makanan otak yang berkesan untuk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.
10. Permainan otak / brain games. Dalam internet terdapat beberapa websites saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.
11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca. Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stres. Penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan
NASIHAT TUN MAHATHIR
AWET SIHAT AWET MUDA. NASIHAT TUN MAHATHIR1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat2 quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit2 kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan talipon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.Satu kajian keatas kanak2 yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.Buku coretan saya9. Makan terbaik untuk otak.Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur2 dan buah2 sangat penting bagi pertumbuhan sel2 otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast dan junk foods kerana meracuni sel2 otak.9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yg menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel2 neuron.9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel2 neuron.9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel2 otak.9.5 Pisang, sayur2 hijau dan beans mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2 otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan se2 otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi2 otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.10. Permainan otak / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.11. Cegah stress dan rawat penyakit2.Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.Stress meracuni sel2 otak dan merosakkan jalur2 maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan
Posted by Dr Hamid Arshat on Saturday, 12 May 2018
Sumber: Facebook Dr Hamid Arshad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI