20 Ogos 2023, menyaksikan persembahan cukup memukau dari barisan peserta Top 20 BK Fantastic X Karihome bersempena BK Mini Fest 2023.
Kesemua peserta tampil dengan aksi dan kreativiti tersendiri dalam menzahirkan kemahiran luar biasa serta bakat yang cukup hebat.
Tiga juri yang dijemput hadir iaitu Mark Adam, Dr Tengku Asmadi dan wakil dari Karihome, Miss Jessie sepakat memilih Kumpulan tarian dari Putera Arts Talent Production sebagai juara Fantastic X Karihome 2023.
Kumpulan tarian Putera Arts Talent Production ini berjaya merangkul gelaran juara dengan membawakan persembahan tarian zapin moden yang cukup unik dan memukau. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 beserta barangan dari Karihome.
Ads
Tempat kedua pula dimenangi oleh peserta cilik, adik Miika Adam Mikael yang berjaya menambat hati penonton dengan petikan biolanya yang cukup mengasyikkan. Baru berusia enam tahun namun anak kecil ini mempamerkan bakat yang sangat luar biasa.
Tidak hairanlah adik Miika berjaya meraih tempat kedua dengan hadiah kemenangan wang tunai, RM1000 berserta barangan Karihome.
Pemenang tempat ketiga BK Fantastic X Karihome pula dimenangi oleh adik Nurdania Batsisya Adyzunfa membawakan lagu ‘Sampai Bila’ nyanyian asal Misha Omar membuatkan penonton terpegun dengan lontaran suara juga gimik persembahannya. Adik Dania membawa pulang hadiah wang tunai, RM500 beserta barangan Karihome.
Ads
Kesemua 20 peserta akhir memberikan persembahan terbaik, antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan drum, gitar elektrik, skateboard, silat, nyanyian dan tarian.
BK Fantastic X Karihome yang dibawakan oleh Karihome ini telah berlangsung hampir sebulan yang lalu di mana peserta perlu menjalani sesi uji bakat secara online dan berjaya mengumpulkan hampir 500 peserta yang menghantar penyertaan secara, namun hanya 50 peserta sahaja yang layak untuk ke peringkat separuh akhir dan hanya 20 peserta sahaja di pilih ke peringkat akhir.
Ads
Kesemua anak-anak yang menghantar penyertaan mempunyai bakat serta potensi yang besar. Sesuai dengan kelebihan KARIHOME yang merupakan susu penuh nutrisi untuk pertumbuhan yang optimum dan mengekalkan sistem imunisasi yang baik.
Karihome merupakan produk susu kambing yang diformulasikan dengan SN-2 palmitate, yang menjadi satu-satunya susu kambing dengan formulasi ini di Malaysia! Pengambilan susu Karihome ini juga dapat membantu mengurangkan masalah kolik serta meningkatkan kualiti tidur anak.
Selain bagus untuk usus, formulasi ini juga baik untuk menguatkan imuniti serta perkembangan otak dan kemahiran motor. KARIHOME juga mengandungi 400% lebih DHA yang dapat meningkatkan pembelajaran kognitif serta bagus untuk kesihatan mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi lumrah buat setiap wanita pasti mahu sentiasa tampil cantik dan menarik. Ibu selepas bersalin khususnya mahu kembali langsing dan segar selepas tempoh berpantang. Selain jaga pemakanan, salah satu cara untuk sentiasa kekal berseri-seri adalah dengan melakukan rawatan kecantikan.
Bercerita tentang kecantikan, Suraya Mother Care & Beauty adalah pilihan yang tepat. Bukan hanya terhad kepada wanita selepas bersalin tetapi juga para ibu yang menginginkan belaian selepas keletihan dengan bebanan kerja dan kesibukan menguruskan keluarga.
Susah Cari Makanan Berpantang Jadi Inspirasi Buka Bisnes
Pengasas pusat kecantikan ini adalah Puan Siti Suraya binti Kamal Admi yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang spa. Menurut Puan Suraya, kesukaran untuk mencari orang yang boleh menjaganya dalam tempoh berpantang anak pertama memberi idea kepada dirinya untuk memulakan perniagaan ini.
“Waktu itu bukan saja susah nak cari orang yang boleh menjaga dan menyediakan makanan saya sepanjang berpantang. Kebanyakan servis pada ketika itu hanya menyediakan pakej urutan dan rawatan pantang sahaja. Memang payah nak cari orang yang boleh sediakan makanan pantang yang sihat dan sedap. Ketika itulah saya terfikir nak mulakan bisnes ini.”
Bukan sekadar rawatan dan penjagaan ibu berpantang sahaja bahkan Suraya Mother Care & Beauty juga menawarkan pakej lengkap yang sangat memudahkan ibu-ibu selepas bersalin. Berbekalkan ilmu spa yang dia ada, Puan Suraya bergabung dengan ibunya yang merupakan seorang bidan dengan pengalaman lebih 30 tahun untuk memulakan perniagaannya.
Manakala, Co-founder Suraya Mothercare ialah Puan Siti Suhana Binti Kamal Admi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal pemasaran syarikat.
Rawatan Suraya Mother Care & Beauty
Dengan niat untuk membantu para wanita kekal cantik dan sentiasa ‘terjaga’, Puan Suraya menawarkan pelbagai pakej yang boleh dipilih oleh pelanggannya. Bukan sahaja pakej berpantang, Suraya Mother Care & Beauty juga menyediakan pakej penutup pantang dan rawatan spa. Bakal pengantin juga boleh mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan atau berurut.
“Pejabat urusan kami ada tiga cawangan setakat ini. Satu di Muar, Pasir Gudang dan ada sebuah lagi di Seri Kembangan. Bercerita tentang terapis dan CL profesional yang ada di Suraya Mother Care & Beauty, setakat ini syukur kami ada seramai 50 orang dan semuanya memang berpengalaman.
Saya akan pastikan setiap seorang yang bertanggung jawab untuk melakukan rawatan kecantikan serta penjagaan ibu dalam pantang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Barulah pelanggan akan berpuas hati.”
Snek Berpantang, Memang Sedap!
Berkongsi tentang produk keluaran Suraya Mother Care & Beauty, mereka bukan sekadar menawarkan rawatan kecantikan atau penjagaan pantang semata-mata tetapi ada turut mengeluarkan snek berpantang iaitu Vegilicious.
Ia merupakan snek berpantang paling popular di platform Shopee yang menduduki ranking paling tinggi. Hebatnya snek Vegilicious ini sudah terjual lebih 50,000 unit! Antara snek berpantang yang ada adalah seperti peria, petola, lobak putih, serunding ikan bilis dan banyak lagi.
Memang sedap dan menjadi pilihan ramai ibu berpantang kerana semua snek rangup dan sesuai dimakan bersama nasi panas!
Produk berpantang lain juga ada di Suraya Mother Care seperti bengkung, krim perut, pilis dan milk booster bearaskan bahan semula jadi.
Jadi Pilihan Ramai Ibu Berpantang
Selama menguruskan perniagaan ini, Puan Suraya sangat bersyukur kerana mendapat maklum balas yang baik dari pelanggannya. Kebanyakan mereka mengatakan harga pakej sangat berpatutan dengan servis yang berkualiti.
Selain itu, semua terapis di sini adalah Melayu tempatan dan mempunyai sijil kelayakan profesional. Mengetengahkan terapis Melayu bagi menjamin kualiti servis penjagaan pantang secara tradisional. Setiap terapis Melayu ini akan menjalani kursus bagi meningkatkan pengetahuan tentang rawatan penjagaan berpantang secara menyeluruh.
“Sepanjang saya buka Suraya Mother Care & beauty ni, memang terharu bila pelanggan kata pakej kami murah. Servis terbaik dengan banyak pilihan pakej mengikut bajet pelanggan. Saya harapkan dengan harga pakej ini dapat menggalakkan lebih ramai ibu yang memandang serius soal penjagaan diri. Tujuan saya nak semua wanita mampu kekal cantik dan sihat tanpa perlu berbelanja lebih.”
Antara selebriti yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Suraya Mother Care & Beauty termasuklah pengacara Nasi Lemak Kopi O, Anim Ezati dan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Eliza Mohd Noor.
Mahu Bantu Ibu Tunggal
Salah satu niat Puan Suraya membuka perniagaan ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan. Latihan akan diberikan kepada mereka. Tambah Puan Suraya, mereka turut menawarkan setiap terapis untuk menyambung pelajaran dalam peringkat kemahiran Malaysia sehingga tahap tiga.
“Sekarang kami ada lebih kurang 50 orang confinement lady yang diberikan latihan secukupnya di bawah naungan syarikat Suraya Mothercare Group Sdn. Bhd. Semoga di masa hadapan, akan lebih ramai terapis di bawah syarikat kami. Harapan saya, agar perniagaan lebih maju dan saya dapat membantu lebih ramai ibu tunggal yang mempunyai keinginan untuk mengubah hidup mereka.”
Raya dah habis tapi duit raya anak-anak dah simpan ke belum? Ingat ya, sementara anak-anak masih kecil ibu bapa dianggap pemegang amanah duit anak. Tidak kira jumlahnya banyak atau sedikit, penting untuk buat simpanan. Bagaimanapun ada sesetengah ibu bapa lebih selesa menyimpan duit raya anak-anak di rumah sahaja kerana kekangan waktu untuk pergi menyimpan di tempat yang lebih selamat.
Sebenarnya cara simpanan begini tidak begitu disarankan kerana dalam sesetengah situasi, mungkin duit raya ini akan dibelanjakan. Simpanan di rumah juga tidak selamat kerana kita mungkin tersalah letak dan duit ini tidak dapat ‘dikesan’. Dalam zaman moden, sesetengah orang lebih selesa untuk memberi duit raya melalui online. Cara ini lebih mudah untuk ibu bapa membuat pengesanan dan bonusnya, ia boleh terus dipindahkan ke tempat yang lebih selamat!
Galakkan Anak Untuk Sama-Sama Menyimpan!
Sekiranya mendapat galakan dari ibu bapa, sudah tentu anak-anak boleh dididik untuk menyimpan duit sendiri. Melalui perkongsian untuk segmen Borak Pa&Ma, Pn Kay Bee Rahim yang merupakan seorang Perunding Kewangan Bertauliah ada menjelaskan tentang kaedah yang boleh digunakan untuk melatih anak suka menyimpan duit mereka:
Dari perkongsian ini, kita boleh juga gunakan untuk simpanan duit raya. Apabila menerima duit raya dari ahli keluarga atau rakan-rakan, kita boleh mewujudkan tabung khas untuk anak-anak. Masukkan semua duit raya anak-anak ke dalam tabung dan kira jumlahnya. Kemudian, bolehlah disimpan atau dilaburkan di tempat yang lebih ‘selamat’.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan anak-anak, kita harus pastikan kaedahnya betul. Jadi tidak akan ada sebarang masalah dalam mengendalikan duit anak secara berkesan. Paling bagus bila kita boleh simpan semua duit anak tetapi ajarkan juga kepada mereka apa itu simpanan wang dan apa kepentingannya.
Apabila dididik dari awal tentang kebaikan menyimpan duit, anak-anak pasti akan teruja dan suka untuk menyimpan. Jika anak mahu menguruskan duit mereka sendiri, ketika inilah ibu bapa perlu bijak memainkan peranan. Wujudkan situasi win-win. Macam mana tu?
Sebagai contoh, ibu bapa boleh berkongsi perancangan kewangan yang telah dibuat. Ceritakan kepada mereka kegunaan duit yang disimpan adalah untuk kebaikan mereka pada masa akan datang. Tip terbaik untuk buat anak lebih seronok untuk menyimpan duitnya adalah dengan berkongsi jumlah duit raya yang ada dalam simpanannya. Berikan mereka kata-kata semangat untuk terus menyimpan, pasti mereka teruja!
Satu lagi contoh lain apabila anak meminta untuk membelanjakan duit rayanya. Tak salah pun kerana itu duit mereka. Jadi janganlah dihalang tetapi ibu bapa boleh buat ‘perjanjian’ dengan anak. Duit raya yang ada boleh dibelanjakan tetapi perlu juga disimpan. Jadi, guna formula 30 peratus untuk belanja dan 70 peratus lagi untuk disimpan.
Jangan paksa tapi ceritakan kepada anak mengapa kita perlu membuat simpanan. Dengan penjelasan yang betul, anak-anak akan jadi lebih mudah faham dan tidak kisah duit raya mereka disimpan. Jangan pula terlalu ikutkan kemahuan anak sehingga semua duit rayanya habis dibelanjakan.
Tempat Terbaik Untuk Buat Simpanan, Ibu Bapa Kena Tahu!
Salah satu perkara yang difikirkan ketika mahu buat simpanan, di mana yang paling sesuai? Ibu bapa akan membuat survey dan memilih cara simpanan terbaik dan paling mudah. Tak perlu fikir lagi, pelaburan yang dibuat di ASNB sememangnya menjadi pilihan!
Tahukah anda, ASNB sedang menjalankan kempen Labur Raya 2021 ASNB yang telah bermula sejak 15 Mei sehingga 31 Julai 2021 ini? Yang menariknya kempen ini kerana dengan membuat simpanan duit raya, anda dapat lagi duit raya!
ASNB telah mengambil inisiatif untuk memberikan duit raya kepada 3000 orang kanak-kanak yang membuat simpanan. Apabila membuat simpanan dan pelaburan di ASNB, anda berpeluang untuk memenangi sehingga RM200,000 untuk dikongsikan bersama. Anda boleh memilih sama ada untuk menyimpan di akaun ASB, ASB 2 atau ASB 3 Didik.
Dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk kita membuat simpanan melalui kaunter atau ejen-ejen ASNB. Gunakan saluran digital seperti portal myASNB dan aplikasi, perbankan internet atau mesin ATM Maybank untuk memasukkan duit ke akaun anak anda.
Supaya lebih konsisten menyimpan, anda boleh membuat potongan Auto Labur dengan pendaftaran serendah RM30 sahaja untuk akaun anak-anak. Jika belum mendaftar Auto Labur, anda berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM10 sekiranya menjadi salah seorang daripada 2500 pendaftar pertama Auto Labur Akaun Bijak.
Macam Mana Nak Daftar Auto Labur?
Jangan susah hati, prosesnya mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
1. Log masuk myASNB.
2. Pilih Akaun Bijak.
3. Tetapkan jumlah dan tarikh potongan bulanan.
4. Pendaftaran anda telah berjaya!
Nak tahu lebih lanjut tentang KEMPEN LABUR RAYA 2021 ASNB? Klik sahaja di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun bulan Syawal sudah berlalu, masih ada mama papa yang tidak pasti di mana nak membuat simpanan untuk anak-anak. Kalau dipegang duit raya anak, takut terguna pula. Betullah, bukan mudah sebenarnya kita nak mulakan simpanan. Ada saja ‘dugaan’, salah satunya sikap tidak konsisten dan keliru di mana nak simpan pun boleh buat rancangan nak menyimpan tergendala. Sudahnya, apa pun tak ada!
Paling merisaukan dalam keadaan ekonomi sekarang, kita semua perlu membuat perancangan awal terutamanya soal kewangan. Mama papa perlu bijak membuat simpanan demi masa depan anak-anak. Katakan ada rezeki mereka untuk lanjutkan pelajaran, dengan duit yang disimpan inilah boleh kita gunakan untuk bantu memudahkan mereka nanti. Tak perlulah susah payah membuat pinjaman nanti.
Anak-anak zaman sekarang mempunyai potensi yang sangat besar dan mama papa perlu memberi sokongan dari pelbagai sudut termasuk dorongan dan kewangan. Ramai yang mempunyai potensi hebat untuk digilap dan sudah pasti sokongan kewangan itu penting untuk pastikan anak-anak mendapat pendidikan untuk lebih berjaya.
Menyimpan Bersama Anak
Nak mulakan simpanan pendidikan anak, tak semestinya duit raya saja tapi latihlah anak dari awal untuk menghargai nilai duit. Bukan mama papa saja perlu bijak berbelanja, ajarkan juga anak-anak supaya pandai urus duit belanja sekolah. Bila diberi duit belanja ke sekolah, bakinya disimpan.
Kemudian, bolehlah ajar mereka untuk menabung. Nanti duit yang ada tu bolehlah disimpan. Dengan cara macam ni, dari kecil lagi anak sudah terdidik untuk menggunakan duit secara berhemah dan pandai menyimpan.
Boleh juga wujudkan tabung khas di rumah untuk sama-sama menyimpan satu keluarga. Sebagai contoh, simpanlah duit RM1 dan RM5. Bila dah penuh, kumpul semuanya dan disimpan di tempat yang selamat dan berbaloi.
Kena Bijak Pilih Tempat Simpanan
Haa mama papa yang simpankan dulu duit raya anak-anak tu, dah boleh rancang di mana nak simpan duit anak-anak. Yang penting tempat simpanan anak-anak tu adalah selamat, dipercayai dan berisiko rendah. Jika dilaburkan, eloklah di tempat yang memberi pulangan kompetitif, agar duit disimpan dapat terus berkembang.
Menyebut tentang simpanan dan pelaburan, sudah pasti mama papa pernah mendengar tentang Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
Simpanan dalam ASB bukan hanya untuk simpanan hari tua mama papa sahaja, tapi anak-anak juga perlu ada simpanan untuk masa depan mereka.
Tahukah mama papa, simpan dalam ASB boleh dimulakan seawal usia kelahiran? Nak buka akaun anak-anak senang sahaja! Cuma perlu bawa myKid anak-anak dan juga myKad mama papa ke cawangan dan ejen ASNB seluruh negara.
Simpan Vaganza Raya
Setiap tahun, ASNB akan mengadakan kempen menyimpan untuk anak-anak berumur 18 tahun ke bawah sebagai galakan untuk mama papa menambah simpanan anak-anak. Tahun ini, ASNB kembali lagi dengan Simpan Vaganza Raya dan menariknya dengan menyimpan untuk anak-anak di ASB, ASB 2 atau ASM berpeluang untuk menang hadiah unit amanah sehingga RM200,000 untuk dikongsi bersama.
Lebih menarik lagi, jika mama papa daftar Auto Labur untuk anak-anak di myASNB, anak-anak boleh dapat rebat RM10 dan ini terhad untuk 1,000 pendaftaran pertama. Auto Labur merupakan kemudahan untuk pelaburan automatik setiap bulan dipotong secara terus daripada akaun bank. Selain memastikan pelaburan konsisten untuk diri sendiri, mama papa juga boleh membuat Auto Labur untuk anak-anak agar tak lupa untuk menyimpan setiap bulan.
Bagusnya buat simpanan di ASB & ASB2!
Bagusnya membuat simpanan di ASNB adalah kerana kemudahan untuk melabur dalam talian menggunakan aplikasi myASNB atau perbankan internet dan sebagai persediaan awal demi masa depan anak-anak tersayang.
Percayalah, tak rugi menyimpan awal untuk anak-anak!
Sekiranya mama papa mahukan maklumat lanjut tentang ASNB, bolehlah layari:
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...