Sebaik memasuki tempoh trimester ketiga hamil, ibu dinasihatkan untuk mula bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersalin.
Apa persediaan yang mama boleh lakukan? Kenali tanda-tanda bersalin dan buat persediaan supaya anda lebih bersedia.
Perlu diingat, ada wanita hamil yang mengalami tanda bersalin sebelum minggu ke-40 dan ada juga yang lebih awal iaitu dalam kalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.
Secara amnya, tiada perbezaan yang ketara antara tanda bersalin untuk kehamilan pramatang dengan tanda bersalin untuk kandungan yang cukup bulan.
Tanda-tanda bersalin lazim
* Rasa sakit belakang, selalunya pada bahagian bawah belakang (pinggang).
Tanda bersalin ini mungkin berlaku sekejap-sekejap atau berterusan, tetapi ia tidak akan lega sehingga anda menukar posisi atau melakukan sesuatu yang menyelesakan anda.
* Kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap.
Tanda bersalin ini berlaku akibat rahim anda yang mengeras kemudiannya regang secara berselang-seli. Untuk sesetengah wanita, mereka mengatakan rasa sakit kontraksi mirip sakit akibat datang bulan yang teruk.
* Kejang pada bawah abdomen atau seperti sakit senggugut.
Rasa sakit untuk tanda bersalin ini persis rasa sakit angin yang boleh berlaku akibat cirit-birit.
* Keluar cecair dari faraj (pecahnya air ketuban).
Rasa ingin ke tandas atau kerap ke tandas untuk membuang air besar (kesan tekanan kepala bayi pada bahagian usus).
* Simptom seperti flu, contohnya loya, muntah, atau cirit-birit.
Hubungi doktor anda walaupun anda mengalami kes ringan. Jika simptom berlanjutan selama lebih 8 jam, anda mesti berjumpa dengan doktor.
* Tekanan dalam pelvis atau faraj meningkat.
Ads
* Pengeluaran lendir faraj meningkat.
* Pendarahan faraj, termasuklah pendarahan ringan.
Persediaan sebelum bersalin normal
1. Persediaan sebelum bersalin bagi mengurangkan risiko koyakan perineum darjah tinggi:
* Amalkan diet yang sihat demi memastikan bekalan mineral dan vitamin yang mencukupi untuk tisu kulit anda menjadi kuat dan fleksibel.
* Bersenam secara konsisten untuk membina dan mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular dan otot yang kuat bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan dan stamina semasa meneran. Senaman pranatal yang disyorkan termasuk Yoga, senaman Kegel, dan berjalan kaki.
* Belajar teknik pernafasan untuk mencegah tekanan semasa bersalin.
* Kekalkan berat yang sihat sebelum dan semasa hamil kerana berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko berlakunya koyakan vagina.
Ads
* Lakukan urutan perineum (kawasan faraj/vagina hingga dubur) sekali atau dua kali sehari dari minggu ke-34 kehamilan dan seterusnya. Gunakan pelincir kulit seperti minyak mineral, vitamin E atau minyak kelapa. Urutan perineum adalah cara yang cepat dan mudah untuk meningkatkan fleksibiliti lantai pinggul anda bagi mengurangkan risiko berlaku koyakan teruk.
2. Bergerak
Kerap lakukan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan untuk memudahkan anda bersalin. Jika larat, anda juga boleh lakukan aktiviti naik turun tangga, namun perlu berhati-hati.
Uruskan bulu ari-ari anda
Kawasan ari-ari yang bersih dan kemas akan membantu anda serta doktor menjalankan sebarang prosedur yang diperlukan ketika proses kelahiran sekaligus mengurangkan risiko infeksi yang mungkin berlaku.
3. Hadiri kelas pranatal
Selain mendapatkan nasihat daripada ibu atau saudara-mara, anda juga boleh menghadiri kelas-kelas melahirkan bayi supaya menyediakan informasi yang diperlukan ketika bersalin.
Persediaan bersalin yang khusus untuk pembedahan C-section
Pembedahan C-section atau cesarean melibatkan kelahiran bayi melalui potongan surgeri pada abdomen dan uterus wanita.
Pembedahan C-section ini boleh dilakukan secara sukarela (elective) atau berdasarkan indikasi kesihatan yang mendesak seperti keadaan kehamilan yang berpotensi untuk mengakibatkan komplikasi.
Kebanyakan daripada persediaan sebelum bersalin untuk pembedahan C-section akan diberitahu oleh doktor anda terlebih dahulu khususnya jika ia adalah pembedahan yang sukarela.
Ads
Persediaan Sebelum Bersalin C-Section:
1. Beberapa minggu sebelum tarikh kelahiran, anda perlu pergi ke hospital untuk menghantar borang pra pendaftaran dan dokumen untuk bersalin anda.
2. Malam sebelum tarikh kelahiran, anda perlu menyiapkan prosedur pra pembedahan.
* Jalani anesthesia epidural, yang melibatkan suntikan di belakang badan anda untuk membuatkan anda kebas semasa menjalani pembedahan.
* Diberikan sejenis ubat yang digunakan untuk mengosongkan asid cecair perut.
* Dibenarkan untuk meminta ubat antiloya, dan berbuat demikian sebelum epidural untuk mengelakkan rasa tidak selesa.
Pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar yang mengumumkan kehamilan anak kedua mereka bulan lalu kini mengumumkan jantina anak kedua mereka.
Melalui Instagramnya, baik Aurel mahupun Atta turut memuat naik video serta beberapa keping gambar pada majlis pengumuman jantina itu.
Pasangan selebriti yang juga anak dan menantu penyanyi ternama, Kris Dayanti ini meraikan kelahiran bakal anak perempuan kedua itu dalam sebuah majlis gilang gemilang bersama ahli keluarga.
“Masya Allah! It’s a girl guys,” tulis Aurel melalui kapsyennya.
Bahkan kongsi Aurel dan Atta lagi menerusi Instagram mereka, anak perempuan kedua itu sememangnya ditunggu orang mereka dan seluruh ahli keluarga The Atta Family, The Hermansyah, Gen Halilintar dan The Lemos.
“Allahuakbar. Anak ini dicintai dan ditunggu semuanya,” tulisnya di Instagram.
Pada majlis yang turut bersiaran langsung di Youtube itu, Atta dan Aurel mengenakan pakaian bertemakan warna pastel berona merah jambu dan kebiruan.
Begitu juga seluruh ahli keluarga lain yang turut sama mengenakan pakaian berona sama.
Di awalnya, ayah dan ibu termasuklah Kris Dayanti, Anang dan Ashanty diberikan penghormatan untuk membuka kotak hadiah ketika pengumuman itu sehinggalah akhirnya asap berona merah jambu dilepaskan tanda pengumuman bayi perempuan.
Semoga kelahiran anak kedua ini menambahkan lagi kebahagiaan pasangan selebriti ini dan seluruh keluarga.
Terdahulu, Aurel dan Atta Halilintar selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta pada 22 Februari 2022.
Peluang mengerjakan haji tak datang selalu jika tak dijemput Allah SWT. Murahnya rezeki ibu mengandung, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dapat menjalankan ibadah haji sekali lagi pada tahun ini ketika dirinya sedang berbadan dua. Namun kehamilan tidak menghalang ibu kepada empat anak ini untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna kali ini.
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini sempat berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah hajinya ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Menerusi akaun Instagramnya, beliau memaklumkan keadaannya yang dibantu dengan pelbagai kemudahan ketika mengerjakan ibadah. Malah skuter menjadi pilihannya untuk melancarkan pelbagai urusan di sana. Jadi tiada masalah baginya yang sedang hamil.
“Banyak juga yang tanya larat ke saya tengah hamil jalan kaki lama-lama. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi Kaabah.
“Cuma ketika saie dari Safa ke Marwah saya naik skuter ni bawa sendiri. Satu orang 50 Riyal kat Masjidil Haram ni macam-macam kemudahan ada bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Datin Seri Nur Shahida juga sempat berkongsi perjalanan hajinya yang bakal berangkat ke Arafah hari ini. Semoga dipermudahkan segala ibadah.
“Insya-Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. Insya-Allah doa-doa sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.
“Insya-Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka. Sebanyak-banyak malaikat-malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya…begitulah hebat nya hari Arafah,” kongsinya.
Bakal bergelar ibu tak lama lagi, pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, 41, berkongsi rasa keterujaan apabila akan menimang bayi perempuan Julai ini.
Sarimah berkata, berita gembira itu begitu dinantikan kerana selama ini dia banyak dikelilingi lelaki.
“Saya anak sulung dalam keluarga dan ada tiga adik-beradik lelaki. Jadi, saya sudah terbiasa dengan kehidupan yang sentiasa lasak.
“Apabila doktor maklumkan saya bakal menimang anak perempuan, saya agak terkejut. Seronok rasanya, apatah lagi nanti boleh mengayakan dan melaram sama-sama. Lagi-lagi baju anak perempuan semua cantik,” katanya.
Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak dan pelancaran produk kecantikan Thrill by Sarimah Ibrahim Exclusively on Shopee, di Damansara Perdana.
Harap Dapat Lahir Normal
Sarimah juga menyatakan dia berharap dapat melahirkan puterinya itu secara normal dan berdoa urusannya nanti dipermudahkan.
“Sepanjang kehamilan, bayi saya sentiasa mengiring dan posisi itu langsung tidak berubah. Kalau posisinya masih sama, berkemungkinan besar saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan,” katanya.
Sarimah pada 1 Februari lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Sementara itu, sempena pelancaran Thrill by Sarimah Ibrahim di Shopee, Thrillist mendapat potongan harga 30% bagi semua produknya dari 30 Mei hingga 5 Jun 2019. Bedak asas berharga RM52.50 manakala bedak kompak berharga RM45.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.