Keibubapaan

Pertama Kali Anak Nak Ke Sekolah, Trik Mudah Ajar Anak Bangun Pagi!

Share

Musim awal persekolahan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Pastinya mama makin berdebar untuk menghantar anak-anak ke tadika atau pra sekolah kan? Pastinya pelbagai ragam anak yang merunsingkan mama. Salah satunya pasti masalah untuk kejutkan anak bangun pagi.

Sebenarnya jika mama tahu caranya pasti mama tak perlu keluarkan suara yang tinggi dan berkali-kali untuk kejutkan anak. Untuk mama, ini tip mudah!


TIPS JIKA ANAK SUSAH BANGUN PAGI

Pagi hari adalah waktu yang paling sibuk. Dimulai dari menyiapkan sarapan, membuat bekal, bersiap untuk bekerja. Satu hal yang dapat membuat waktu pagi menjadi tenang adalah membangunkan anak ke sekolah dengan mudah dan waktu yang tepat. Ada caranya.

1.PASTIKAN WAKTU TIDUR ANAK CUKUP
Atur waktu tidur anak sebaiknya. Anak susah untuk bangun pagi kerana tidak mendapatkan waktu tidur yang mencukupi. Jangan beri anak tidur lambat.

2. SEBELUM TIDUR, INGATKAN ANAK
Sentiasa ingatkan anak dan pesan pada anak sebelum masuk tidur. Beritahu dia bahawa betapa pentingnya untuk dia bangun awal ke sekolah, dapat bersarapan dengan tenang dan sebagainya.

“Nak, dah sampai waktu tidur ya. Esok kita kena bangun awal nak ke sekolah”. Sentiasa ucapkan ucapan yang baik dan positif untuk ingatkan anak. Insyaallah anak akan serap ke dalam jiwanya.

3. BANGUNKAN DENGAN LEMBUT
Pastikan anda mengejutkan anak dengan nada dan suara yang lembut. Jangan berkeras kerana anak pastinya tidak akan bangun. Anak kecil perlukan pujukan untuk ke sekolah,  berlembut adalah jalannya. Duduknya anak seketika dan peluk kemas supaya dia lebih bersedia untuk bangun.

4. KONSISTEN
Latih dan ajar anak untuk bangun pada tempoh waktu yang tepat. Jika anda memilih 630 sebagai waktunya, pastikan waktu ini sentiasa sama setiap hari. Ini bagi membiasakan anak dengan waktu dia kena bangun.

 

Published by
SRM