Sekian lama menanti, akhirnya Allah memakbulkan doa Yatt Hamzah dan suami untuk menimang cahaya mata lelaki pertama yang merupakan anak keenamnya pada Sabtu lalu selepas pernah mengalami keguguran September tahun lalu.
Menerusi perkongsian terbarunya, Yatt meluahkan rasa syukur apabila dapat juga memeluk anak lelaki yang ditunggu-tunggu selama ini dan perasaan itu sangat indah.
Berkongsikan pengalaman bersalin bayi lelaki kali ini, Yatt menjelaskan dia hampir dibedah namun meluahkan rasa syukur dapat melahirkan anaknya secara normal walaupun terpaksa menahan sakit selama 8 jam.
Tambahnya lagi, disebabkan dia meneran terlalu kuat pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan. Ujarnya, menerusi foto dikongsikan jelas kelihatan mukanya dipenuhi bintik merah.
Dalam pada itu, Yatt berkata kelahiran anak keenamnya itu adalah zuriat penutup dan bersyukur dikurniakan bayi lelaki selepas mempunyai empat anak perempuan. Katanya lagi, ramai yang bertanyakan tips mendapatkan anak lelaki, namun Yatt berkata dia tidak mengamalkan apa-apa.
“Alhamdulillah, inilah Si Bongsu Anakanda Putera yg ditunggu2 sekian lama.. Satu2nya Putera Bonda selepas kakak2nya 4 Puteri, barulah dia muncul. Kelahiran yg dinanti2kan bukan sahaja kami keluarganya tapi sahabat2 dan followers Bonda.
Ads
“Sungguh tak sangka zuriat penutup ini (in shaa Allah), kami dapat seorang Putera. Sampai ramai sangat yang WhatsApp dan DM bertanya, apa tips nak dapat anak lelaki!?
“Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa2 tips dan tidak mengamalkan apa2 melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah,” tulisnya.
Ads
Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha kini berusia setahun.
Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Kredit: IG yatthamzah_suci
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila melihat najis bayi warna hijau lumut pastinya akan menyebabkan kebimbangan, betul tak ibu-ibu?
Jom kita ketahui lebih lanjut mengapa tinja bayi berwarna sedemikian, apakah puncanya dan bagaimana menangani situasi tersebut dalam perkongsian
Mengapa najis bayi warna hijau?
Sebenarnya najis hijau termasuk dalam variasi najis biasa. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), warna najis biasa adalah sebarang warna coklat, tan, kuning atau hijau.
Najis berwarna hijau merupakan perkara normal pada si manja terutamanya bayi baru lahir. Bahkan kanak-kanak yang lebih dewasa juga mungkin mengalaminya.Walaupun keadaan najis berwarna hijau itu menyebabkan kerisauan, namun dalam kebanyakan kes ia berlaku kerana sesuatu yang dimakan oleh anak, vitamin atau ubat yang diambil atau sakit perut yang mengakibatkan cirit-birit.
Memahami simptomnya
Najis hijau mungkin berlaku dengan sendiri atau disertai gejala tertentu bersama ketidakselesaan perut:
Najis yang terbentuk secara normal mungkin tampak kehijauan pada masa-masa tertentu – hijau adalah variasi warna najis normal
Ada kalanya najis kelihatan hitam, tetapi mungkin berwarna hijau gelap
Tinja hijau juga boleh disertai dengan najis cair seperti dalam kes cirit-birit
Punca najis berwarna hijau
Terdapat banyak punca najis berwarna hijau dan jarang disebabkan masalah perubatan serius.
Najis bayi warna hijau lumut
Bayi, khususnya yang baru lahir, berkemungkinan besar mengalami najis hijau ini. Berikut antara kemungkinan puncanya:
Najis pertama bayi yang baru lahir – mekonium – seperti hitam, tetapi mungkin kelihatan kehijauan
Cecair hempedu yang berlebihan
Najis bayi menyusu badan, kerana ia beralih daripada mekonium kepada susu matang
Najis hijau mungkin menunjukkan ketidakseimbangan foremilk/hindmilk pada bayi yang menyusu, yang mengakibatkan si manja mendapat bahagian foremilk (susu berair) yang lebih banyak daripada hindmilk (susu lebih pekat dan berlemak). Walaupun ini boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, namun ia tidak menunjukkan masalah bekalan susu atau susu badan
Tinja hijau mungkin menunjukkan intoleransi terhadap makanan dalam diet ibu. Dalam kes ini, bayi mungkin kelihatan tidak selesa atau kembung perut
Najis hijau, terutamanya apabila disertai dengan jaluran darah, mungkin menunjukkan alahan kepada sesuatu dalam diet ibu yang menyusu atau susu formula
Jenama susu formula tertentu
Jangkitan virus atau bakteria boleh menyebabkan najis cair dan kehijauan
Najis bayi warna hijau berkemungkinan disebabkan anda memperkenalkan makanan pejal dalam diet, terutamanya sayuran hijau
Pada kanak-kanak
Anak yang dihantar ke taska atau pusat asuhan dan mula berinteraksi dengan kanak-kanak lain, boleh mendapat virus yang menyebabkan cirit-birit – selalunya cair dan berwarna kehijauan
Apabila anak kecil mengembangkan lelangitnya (palate), mereka mungkin mengalami sensitif makanan yang menjadikan najis kehijauan seperti bayam, sayuran hijau lain dan makanan mengandungi pewarna
Anak lebih dewasa
Seperti punca najis bayi warna hijau dan kanak-kanak, anak yang lebih dewasa juga boleh mengalami tinja hijau disebabkan:
Mengambil makanan hijau
Mengambil ubat atau vitamin
Cirit-birit atau sakit perut
Warna najis yang berbahaya!
Menurut AAP, najis berwarna hijau tidak pernah menjadi punca kebimbangan. Namun, najis hijau dan cair sering menunjukkan masalah cirit-birit yang memerlukan perhatian dan penjagaan pada kanak-kanak di semua peringkat umur.
Terdapat warna najis yang mungkin menunjukkan petanda masalah.
Jika najis anak berwarna putih, merah – khususnya merah terang – atau hitam, anda harus berjumpa pakar pediatrik segera. Ia mungkin tidak berbahaya, tetapi sebaiknya lakukan pemeriksaan.
Merawat masalah najis bayi warna hijau
Seperti dinyatakan pada awal tadi, najis kehijauan bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Tetapi tiada salahnya untuk melakukan pemeriksaan jika wujud kerisauan.
Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan perubatan, bagi memastikan keadaan anak selamat.
Jika anak kelihatan sangat sakit dan najisnya berwarna hijau, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor segera! Ini kerana sebagai contoh, najis kehijauan yang disertai cirit-birit boleh menandakan penyakit virus atau bakteria.
Sekiranya anak mengalami najis hijau cair selama beberapa hari, mereka mungkin mendapat dehidrasi kesan daripada penyakit yang dialami.
Biasanya kes dehidrasi boleh dipulihkan dengan menghidrat anak. Tetapi seandainya anak tampak lesu atau sukar bangun, mereka mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk mengatasi dehidrasi tersebut.
Perubahan pemakanan bantu atasi masalah najis bayi warna hijau
Jika anak mengalami najis hijau disebabkan sesuatu yang dimakan, vitamin atau ubat, anda tidak perlu mengeluarkannya daripada diet hanya kerana risau tinjanya berwarna sedemikian.
Namun, jika makanan, vitamin atau ubat itu menjejaskan mereka dengan cara lain, seperti menyebabkan perut berangin atau sakit, anda boleh mempertimbangkan untuk menyingkirkannya daripada diet pemakanan anak.
Sekiranya keadaan najis hijau itu disertai dengan ketidakselesaan fizikal pada anak, maka sudah tiba masanya untuk campur tangan. Contohnya:
Jika bayi menyusu badan mempunyai najis berwarna hijau dan berbuih, disertai dengan perut berangin dan terjeluak, si manja mungkin mengalami ketidakseimbangan foremilk/hindmilk atau intoleransi makanan atau alahan. Berundinglah dengan pakar untuk penyelesaian terbaik
Sekiranya susu formula menyebabkan najis bayi warna hijau lumut bersama sakit perut, rujuklah doktor untuk menukar jenama susu formula lain
Seandainya anak menghidapi penyakit atau sakit perut yang menyebabkan najis berwarna hijau, dan tidak sihat, lakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui rawatan bagi penyakit atau masalah perut mereka. Anak juga perlu dihidrat semula jika mengalami dehidrasi
Dalam mana-mana situasi yang tidak menyenangkan atau anak tampak sakit, segera bawa mereka untuk pemeriksaan doktor. Sentiasalah mendengar naluri keibubapaan anda apabila melibatkan keadaan kesihatan anak.
Senyuman adalah perkara pertama orang perhatikan dalam penampilan. Lebih-lebih lagi daripada si kecil yang senyumannya secantik pelangi, sinaran matahari dan segala perkara yang indah.
Kesihatan gigi dan mulut yang baik bermula daripada penjagaan gigi sejak peringkat awal usia walaupun gigi pertama belum muncul.
Dalam memastikan penjagaan gigi si kecil terpelihara sejak awal usia, ibu bapa juga perlu bijak membuat pilihan produk bersesuaian membantu usaha penjagaan gigi anak.
PRODUK MANA YANG SESUAI?
Mulakan tugas membersih mulut dan gusi bayi yang baharu lahir dengan kain lembap dan Buds Oral Gel for Baby Teeth and Gums yang bebas daripada bahan pengawet.
Pada usia satu tahun, bila lebih banyak gigi muncul dan anak mula makan pelbagai jenis makanan, anda perlu beralih ke Buds Children’sToothpaste with Xylitol, variasi yang tidak mengandungi Fluorida. Gunakan ubat gigi ini sehingga anak anda mampu meludah dan membilas mulut dengan sendiri.
Menjelang usia tiga tahun, bila anak sudah boleh meludah ubat gigi selepas memberus, anda boleh memperkenalkan Buds Children’s Toothpaste with Fluoride. Pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa Fluorida mampu melindungi gigi dengan lebih baik terutamanya apabila kanak-kanak mula tumbuh gigi kekal. Ibu bapa boleh memilih untuk terus menggunakan Buds Children’sToothpaste with Xylitol (bebas Fluorida) jika anak masih belum bersedia untuk menggunakan ubat gigi berfluorida.
Fluorida disarankan oleh World Health Organisation (WHO) serta pelbagai organisasi kesihatan negara-negara maju. Secara saintifik, ia adalah bahan yang masih paling berkesan dalam pencegahan pereputan gigi. Organisasi-organisasi ini percaya bahawa dengan dos yang bersesuaian dan penyeliaan ibu bapa, kebaikan Fluorida akan melebihi kesan-kesan sampingan yang berpotensi jika tertelan.
LEMBUT, SELAMAT DAN BERKESAN!
Memanfaatkan penemuan saintifik terkini mengenai keberkesanan bahan-bahan tumbuhan aktif dalam penjagaan gigi, rumusan Buds mengandungi:
Bahan pembersih yang diperolehi semula jadi
Jus daun Lidah Buaya organik yang bersifat anti-bakteria dan menenangkan
Asid Fitik berasaskan bijirin (sebagai bahan perencat bagi pembentukan plak gigi, penghakisan enamel dan pereputan gigi)
Xylitol semula jadi untuk mencegahkan kaviti gigi dan mengekalkan kesihatan mulut secara menyeluruh
Tahap Fluorida yang selamat ditambahkan dalam ubat gigi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun untuk menguatkan lagi pencegahan kaviti gigi
Untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa, ubat gigi Buds adalah selamat walaupun ditelan secara tidak sengaja kerana ia bukan sahaja bebas daripada bahan pengawet, malah ia juga diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan yang memiliki profil keselamatan dan klinikal yang baik serta berkualiti tinggi.
Sama seperti produk-produk Buds yang lain, Buds memastikan ia disahkan organik oleh ECOCERT, sebuah badan pensijilan bebas antarabangsa yang termasyhur dengan integriti, kualiti dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni yang selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam.
Menerusi Instagramnya, Haziq memanjatnya rasa syukur yang tidak terhingga kerana dipermudahkan urusan kelahiran bayi ketiganya itu. Begitu juga dengan kesihatan isteri yang baik dan semakin sihat.
Menurut kata Haziq lagi, anak ketiganya yang merupakan seorang bayi perempuan ini lahir tepat jam 9.52 pagi semalam.
“Assalamualaikum. 25/5/2022 952am, another princess was born,”tulisnya berkongsi khabar gembira.
Kata Haziq lagi, kali ini dia amat bertuah kerana berpeluang menemani isterinya ketika berada di dewan pembedahan malah dapat memegang tangan isterinya sepanjang detik mencemaskan itu.
Titip ucapan paling sweet untuk isteri
Melalui entri yang sama itu juga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut berterima kasih buat isteri tersayang malah membingkiskan ucapan penuh manis buat isterinya, Ayunda Putri.
“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT.
“Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat. Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Tq so much 🤍,” tulis Haziq lagi.
Dalam pada itu, perkongsian khabar gembira dari Haziq itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan pengikut setianya.
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...