Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui? Selain beg hospital, adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi?
Persediaan bersalin di hospital
Sebelum kita mengetahui apakah keperluan beg hospital yang perlu anda bawa, ada perkara penting lain harus diuruskan sebelum waktu bersalin tiba.
Ia adalah soal pra pendaftaran hospital yang melibatkan borang maklumat peribadi dan kehamilan, insuran atau pembayaran nanti.
Sudah tentu anda tidak mahu memikirkan perkara ini sewaktu sedang menahan sakit kontraksi, bukan?
Pastinya situasi perlu mengisi borang semasa sedang sakit ingin beranak akan menjengkelkan anda.
Cara terbaik adalah untuk melakukan persiapan awal dengan membuat pra pendaftaran sebagai persediaan bersalin di hospital atau sebarang pusat bersalin pilihan anda.
Memilih hospital dan pra pendaftaran
Selain beg hospital, pra pendaftaran ini adalah untuk melancarkan urusan dan prosedur melahirkan anak nanti.
Beg hospital
Ia adalah peluang untuk mengisi lebih awal pelbagai borang yang diperlukan untuk kemudahan rawatan kesihatan.
Ini juga bertujuan mempercepatkan proses kemasukan apabila tiba tarikh jangkaan bersalin.
Seperkara yang perlu anda ketahui, tidak semua hospital atau pusat bersalin menyediakan proses pra pendaftaran ini. Kebanyakannya melibatkan hospital atau pusat bersalin swasta.
Pra pendaftaran biasanya melibatkan:
Trimester pertama: Lakukan tinjauan hospital yang menyediakan perkhidmatan bersalin. Lakukan lawatan untuk melihat kesesuaian. Jangan lupa dapatkan maklumat mengenai polisi hospital dan lain-lain
Trimester kedua: Pilih hospital dan ia akan dinyatakan dalam rekod perubatan anda
Trimester kedua atau ketiga: Anda akan diberikan borang untuk diisi oleh hospital pilihan
Trimester ketiga: Tunggu masa bersalin tiba dan jangan lupa bawa salinan borang pra pendaftaran dalam beg hospital anda
Kelengkapan beg hospital
Soal pra pendaftaran sebagai persediaan bersalin di hospital sudah anda ketahui. Bagaimana pula dengan kelengkapan yang perlu dibawa nanti?
Berikut antara senarai semak yang boleh membantu:
1. Lesen memandu atau kad pengenalan diri
2. Kad insurans atau sebarang dokumen hospital yang telah anda isi
3. Telefon dan pengecas
4. Pakaian untuk bayi termasuklah stokin
5. Pakaian ibu untuk dipakai selepas dibenarkan pulang ke rumah. Sediakan pakaian yang selesa dan mudah dipakai
Seluar dalam tambahan yang sesuai dipakai bersama pad (tuala wanita)
Bra penyusuan dan lapik payudara untuk mengelakkan sebarang kebocoran jika anda merancang untuk menyusukan bayi
6. Beg tambahan kecil untuk mengisi sebarang bekalan atau cenderahati daripada pihak hospital yang mungkin diberikan
Barang yang harus dielakkan dalam beg hospital
Adakalanya bakal ibu akan membawa barang secara berlebihan. Namun ada sesetengah barangan yang tidak seharusnya dibawa ke hospital, seperti:
- Terlalu banyak pakaian untuk ibu dan bayi – elakkan berlebihan atau ia hanya akan menyusahkan anda
- Barangan berharga! Tidak perlu memakai barangan kemas atau apa sahaja barangan bernilai. Beringat itu adalah lebih baik, bukan?
- Wang tunai yang banyak
- Sediakan penjaga di rumah
Mempunyai anak lain?
Jangan lupa untuk menyediakan penjaga untuk mereka semasa anda berada di wad bersalin. Pastikan anda mudah untuk menghubungi penjaga tersebut, tidak kira masa.
Jika mempunyai haiwan peliharaan, hantarkan ia kepada pusat jagaan haiwan untuk sementara.
Mengemas rumah untuk menyambut kepulangan bayi
Selain menyediakan beg hospital, kebanyakan parents terlupa mengenai hal ini. Dan kemudiannya akan menyebabkan anda menjadi kelam kabut.
Jadi, bersih dan kemaskan rumah lebih awal bersama pasangan sebelum tiba tarikh jangkaan bersalin.
Jika ada anak yang lain, libatkan mereka untuk membersihkan rumah bagi menyambut ketibaan bayi baharu.
Sekiranya mampu, anda boleh mengupah syarikat yang menyediakan perkhidmatan membersih dan mengemaskan rumah.
Apa lagi perkara yang terbaik selain pulang ke rumah bersama bayi dengan keadaan rumah yang kemas dan bersih
Selain beg hospital, kerusi keselamatan bayi juga penting!
Jangan lupa untuk membeli kerusi keselamatan bayi dan memasangnya lebih awal sebelum tiba hari bersalin.
Jika tidak pasti, anda boleh bertanya dan mendapatkan bantuan penjual kerusi keselamatan bayi mengenai cara pemasangan yang betul.
Selain beg hospital, selesaikan hal pendaftaran!
Untuk memudahkan proses kemasukan, pastikan anda menyelesaikan hal pra pendaftaran hospital (jika perlu) dengan lebih awal.
Ia dapat membantu mengurangkan tekanan apabila tiba saat untuk beranak nanti! Ingat, hospital yang anda pilih adalah pilihan anda sendiri!
Jika terdapat sebarang keraguan atau masih tidak pasti hospital yang menjadi pilihan untuk melahirkan anak nanti, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan pandangan dan kepastian.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI