Pertama Kali Sambut Raya Sebagai Mummy Daddy, Amar Dan Amyra Rosli Bawa Anaqi Kenal Saudara Mara

Share

Pelakon drama bersiri popular Nur iaitu Amyra Rosli dan suaminya yang juga pelakon Amar Baharin teruja sambut raya pertama bergelar ibu ayah.

Jika tahun lepas pasangan selebriti terkenal ini pertama kali menyambutnya sebagai suami isteri, tahun ini kehadiran putera tersayang, Aqeef Anaqi, lapan bulan membuatkan ia sambutan lebaran tambah bermakna.

Sama seperti ibu bapa lain, Amar dan Amyra akui tahun pertama menyambut raya sebagai ibu ayah, persiapan lebih tertumpu pada Anaqi.

Yang bagusnya, pasangan suami isteri serta anak mereka yang juga duta jenama pakaian Primavalet ini merancang membawa Anaqi berjumpa dengan sanak saudara di samping mengeratkan silaturrahim sempena hari lebaran.

Mereka sendiri teruja untuk membawa Anaqi bertemu sanak saudara kerana masih ada lagi yang tak berkesempatan bertemu si kecil sejak lahir disebabkan kekangan masa masing-masing.

Menurut Amar disebabkan mereka berdua berasal dari Kuala Lumpur, jadi tiada masalah baginya untuk ambil kesempatan masa hari raya nanti untuk pusing bertemu sanak saudara di sekitar Kuala Lumpur, Semenyih dan Pulau Pinang.

Bagus cara yang diamalkan oleh Amar ini. Sekurang-kurangnya dari kecil lagi Anaqi sudah dibiasakan bertemu dan berkenalan dengan sanak saudara. Nanti bila makin besar makin erat hubungan silaturrahim mereka.

Sumber: Sinar Harian & Instagram amarbaharin

 

Published by
Hasnita Sawal