Alhamdulillah selepas melalui pengalaman mengandung selama 9 bulan, wanita bertubuh genit, Syakila Norazma­ yang pernah tular di media sosial sebelum ini kerana saiz badannya seperti kanak-kanak sekolah rendah telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 25 Januari lalu.

“Pertama Kali Tengok Adik, Nangis Ibu..” Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita yang mesra disapa Yaya itu mengucapkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram, jam 1.47 petang itu berjalan dengan lancar.

“Terima kasih yang mendoakan kami..”

@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah

Dalam video berdurasi 17 saat itu memaparkan momen indah Yaya bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.

“Pertama Kali Tengok Adik, Nangis Ibu..” Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.

Ads
@buyahhh #fyp ♬ suara asli – ༺🄼🄰༻ – Aris JUNIOR🚸

 Dari awal doktor beritahu perlu czer

“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” katanya.

“Pertama Kali Tengok Adik, Nangis Ibu..” Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

Dalam satu lagi perkongsian videonya juga, Yaya akui dia berasa seolah-olah seperti tak percaya lagi dah ada bayi.

Ads
@buyahhh rasa mcm xcaye pun ade , lepas je ibu besalin ibu tgok adik ibu nangis. nangis tanda bahagia, tq daddy @azry.vs__ ♬ original sound – 𝔐𝔖ℌ 𝔈𝔡𝔦𝔱𝔰⚡️

“Lepas je ibu bersalin ibu tengok adik ibu nangis. Nangis tanda bahagia, tq daddy tunggu ibu dari awal sampai adik keluar..

“Pertama Kali Tengok Adik, Nangis Ibu..” Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi perhatian netizen apabila ramai mengagumi suami Yaya yang menerima diri Yaya seadanya tanpa memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.

Ads

Kredit: TikTok @buyahhh , Instagram @buyaaaa

BACA [Jangan Biar Anak Belajar Sendiri. Kena Join Sekali, Barulah Dia Cepat ‘Tangkap’ & Teruja!]

“Pertama Kali Tengok Adik, Nangis Ibu..” Wanita Tinggi 119cm Lahirkan Bayi Lelaki

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI