Perut bayi buncit, adakah normal atau perlu dibimbangkan? Perut buncit sering dikaitkan dengan masalah kesihatan serius akibat pola makan yang buruk pada orang dewasa. Namun, adakah perkara yang sama berlaku kepada bayi?
Perut Bayi Buncit, Adakah Normal Atau Perlu Dibimbangkan
Sebagai ibu bapa, mungkin anda tertanya-tanya apakah normal jika perut bayi buncit. Menurut laman Kids Health, perut bayi yang besar umumnya adalah perkara yang normal dan tidak perlu dibimbangkan.
Beberapa keadaan yang menjadi penyebab perut buncit pada bayi antara lain adalah:
Bayi Kekenyangan
Apabila si kecil kekenyangan selepas menyusu, ukuran perutnya akan membesar. Ibu dan ayah tidak perlu khuatir kerana ini merupakan keadaan yang wajar. Biasanya, perut bayi akan segera mengempis kembali seperti biasa selepas buang air kecil atau buang air besar.
Perut Bayi Kembung
Kemungkinan lain penyebab perut bayi buncit adalah kerana kembung. Hal ini juga termasuk normal kerana bayi boleh menelan banyak udara ketika menangis atau menyusu. Selain itu, sistem pencernaan bayi belum berkembang sepenuhnya.
Oleh itu, ususnya belum menghasilkan bakteria baik yang mencukupi untuk mencerna makanan. Untuk mengatasi ini, bantu si kecil untuk bersendawa setelah selesai menyusu. Tiarapkan bayi dan mengurut punggungnya juga dapat mengatasi perut kembung pada bayi.
Bayi Mengalami Kolik
Menurut American Academy of Family Physicians, kolik adalah keadaan yang umum berlaku pada bayi baru lahir. Biasanya, keadaan ini akan semakin parah dan sering berlaku pada usia 4-6 minggu. Jika perut bayi besar disertai tangisan yang berterusan selama berjam-jam tanpa alasan yang jelas, mungkin ia sedang mengalami kolik.
Gejala lain termasuk mengepal tangan dengan kuat saat menangis, kaki meringkuk, dan otot perut yang mengencang. Umumnya, keadaan ini tidaklah berbahaya tetapi boleh menyukarkan dalam merawat si kecil. Untuk mencegahnya agar tidak semakin parah, cuba berkonsultasi dengan doktor.
Penyakit yang Perlu Dibimbangkan Jika Perut Bayi Buncit
Walaupun perut buncit pada bayi umumnya normal, terdapat beberapa penyakit yang perlu ibu bapa waspadai, antaranya:
Alergi Makanan atau Susu
Sejumlah bayi mungkin mengalami alergi terhadap susu formula atau makanan pejal (MPASI) yang dikonsumsi. Malah, mungkin juga bayi mengalami alergi ASI jika ibu menyantap makanan yang tidak sesuai untuk si kecil.
Masalah Penyerapan Nutrisi
Gangguan penyerapan nutrisi (malabsorpsi) cukup umum berlaku pada bayi. Menurut American Academy of Pediatrics, gangguan ini berlaku kerana tubuh anak tidak mampu mencerna zat gizi tertentu. Untuk memastikan keadaan ini, cuba berkonsultasi dengan doktor agar dilakukan pemeriksaan lebih lanjut.
Pembengkakan Hati
Perut bayi buncit juga boleh berlaku kerana mengalami pembesaran organ hati atau disebut atresia bilier. Gejala lain termasuk kulit dan mata bayi berwarna kekuningan (jaundice), warna air kencing yang sangat gelap seperti teh, warna najis yang agak putih atau kelabu, berat badan menurun, dan pertumbuhan bayi lambat. Penyakit ini memerlukan rawatan perubatan khusus.
Necrotizing Enterocolitis (NEC)
Menurut laman Cleveland Clinic, NEC adalah masalah pencernaan serius yang kebanyakan berlaku pada bayi yang lahir pramatang. Keadaan ini ditandai dengan peradangan pada usus sehingga mengalami kebocoran. Tahap keparahan NEC pada bayi berbeza-beza, dari yang ringan hingga yang sangat parah sampai mengancam nyawa.
Bilakah Perlu Berjumpa Doktor Jika Perut Bayi Buncit?
Meskipun keadaan-keadaan di atas bukan masalah kesihatan yang serius, ibu bapa perlu mengawasi keadaan si kecil setiap saat. Segeralah berjumpa doktor jika ia mengalami gejala-gejala berikut:
*Ukuran perut bayi terlalu besar dan tidak wajar.
*Pembesaran perut berlaku dalam jangka masa lama dan tidak mengempis meskipun sudah buang air dan dipijat.
*Bayi rewel dan menangis terus menerus.
*Tubuh bayi demam.
*Muncul ruam pada permukaan kulitnya.
*Perut terasa keras dan membengkak.
*Mengalami cirit-birit.
*Terdapat darah pada najis bayi.
*Bayi kelihatan mual dan muntah.
Konsultasi dengan doktor jika si kecil mengalami salah satu daripada gejala ini untuk mengetahui penyakit yang dialami. Dapatkan rawatan yang tepat.
Baca artikel lain juga: Doktor Berjaya Keluarkan Janin Seberat 2kg Dari Perut Bayi 7 Bulan
Tuam Bayi Boleh Membantu Keselesaan Perut Bayi
Tungku Bayi Ekspres Guna 2 Bahan Utama. Berkesan Rawat Kembung Perut Bayi Dan Ibu Bersalin
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI